Wednesday, November 30, 2016
Time goes fast...
Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah mencecah empat belas tahun usia anak jantan kesayangan ni. Alhamdulillah..dia membesar seratus peratus di hadapan mata. Tak pernah sehari pun berjauhan.
Masih nakal, masih malas dan masih degil tapi koi percaya...perlahan-lahan semua itu akan berubah seiring dengan kedewasaannya nanti. Semoga dengan peningkatan usianya tahun demi tahun, dia tahu dan sedar apa rasionalnya dia seringkali dibebel, seringkali diingatkan tentang terlalu banyak perkara yang ada ketikanya buat dia bosan mendengar.
Untuk Amar....mama dan abah tak nak banyak...tidak mengharapkan sesuatu yang Amar tak mampu penuhi, tak perlu hadiahkan kami dengan bulan dan bintang...tak payah semua tu. Cukuplah kalau Amar faham bhawa abah dan mama sayangkan Amar dan nak tengok Amar berjaya dalam hidup.
Dalam nakal dan malasnya...dia anak yang penyayang dan manja. Terima kasih Allah...anugerah ini terlalu hebat.
Monday, November 28, 2016
VT FC
Tak banyak cerita yang koi nak tulis tentang team ni. Seronok dan puas bermain. Menang kalah bukan perkara pokok. Yang penting bersembang, merapu, bertaki, bercerita...dah cukup menyenangkan hati.
Datang dari latarbelakang kerja yang berbeza. Pencapaian dalam bolasepak yang berbeza. Ada yang pernah mewakili Pahang dan ada yang sekadar main bawah mencepu tepi paya...tapi boleh bersatu di bawah nama persahabatan.
Koi pun datang dah kemudian. Ada yang koi dah sedia kenal dari awal dan ada yang koi baru kenal sesebulan dua ni. Tapi koi rasa ok...tak kekok...
Boleh duduk ngeteh sekali sesejam dua...menda lagi endok ye dak..
Tuesday, August 9, 2016
Bila koi berada di sini...
Terima kasih kerana memberi peluang untuk merasa sesuatu yang berbeza dari kebiasaan...
Dulu koi cikgu...koi bangga dan gembira dengan title tu walaupun koi sendiri tak pasti adakah itu yang terbaik untuk koi. Atau yang koi rasa terbaik untuk diri koi sendiri tu belum tentu terbaik untuk anak didik koi. Banyak belas tahun koi jadi cikgu...koi tahu serba serbi... selok belok dan tendang terajang dalam bidang tugas koi mendidik. Koi masuk je kelas, koi dah tahu apa yang koi patut buat, apa yang patut diajar, siapa yang nak koi ajar dan bagaimana koi patut mengajar... Bukan hebat sangat tapi pengalaman memberi semua yang bernama cikgu kelebihan yang sama.
Mudahnya menguruskan murid, budok kenit-kenit. Koi cakap, koi maroh, koi jerkoh..malah sekali sekali koi rotan, lansung tak meninggalkan bekas dalam hati diorang. Hati koi senang. Koi ultraman di mata anok didik koi...koi tak sabor setiap pagi nak gi sekolah...nak tengok mata-mata jernih yang bercahaya tu. Koi rasa koi kuat. Sebab semua anok anok tu mengharapkan koi...
Masa beruboh. Koi rancang bahagian koi. Allah rancang bahagian Dia. Perancangan Allah tu sentiasa lebih baik.
Koi tercampok ke sini. Buat benda asing yang koi tak pernoh bayang. Ngebala ke orang tua. Cara, perkataan, penampilan, keyakinan...semuanya akan diperhatikan, dinilai dan kadang kadang akan dihukum. Koi bukan penakut. Koi tak lari dari apa yang koi dipertanggungjawabkan. Koi patut buat...koi buat. Sebagai manusia...mungkin akan berlaku kesilapan di mana-mana sepanjang proses tu...tak dapat nak lari dah dari situ...
Kalau satu masa itu berlaku, koi mohon dimaafkan. Koi manusia. Tak kira bagaimana koi menjaganya, kelalaian akan berlaku juge. Kita ada tugasan kita masing-masing yang perlu dibereskan. Koi belajar banyak dari cikgu-cikgu di sekolah..terima kasih. Pengalaman sentiasa mematangkan...
Dulu...masa koi di sekoloh..anok murid koi mungkin akan kata...Ultraman dah sampai...
Sekarang...nampok je muka koi datang sekoloh...rakan cikgu mungkin akan kata..tu, raksasa...
Tuesday, August 2, 2016
Membuat pedooh sikit
Tengok la lukisan koi ni budok...ni baru lukis dengan kaki, Kalau lukis dengan tangan, terejun kera pada pokok nyor ter,,
Subscribe to:
Posts (Atom)