Wednesday, April 15, 2009

PPSMI dari sisi seorang guru...















Kalau kebanyakkan tulisan saya sebelum ini banyak merapu tentang minat dan pendedahan terhadap aliran cara fikir saya, kali ini saya mahu dilihat dari sisi yang lain, seorang guru Bahasa Inggeris.Isunya pula tentang PPSMI, satu perkara yang sudah begitu tenat dipolitikkan. Perjuangannya berkisar kepada kedaulatan Bahasa Melayu, konon katanya penggunaan Bahasa Inggeris akan menenggelamkan bahasa ibunda kita itu.

Di sini saya catatkan kata-kata 'pejuang bahasa' yang saban hari tanpa jemu memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu.

Pejuang A : " Koi tak bekenan lalu ke eTem ni. Esok-esok anok-anok kite Bahasa Melayu pun puntang panting buat dek seme mende nok diajor dalam Bahase Inggeris ".

Pejuang B : " Hawau lahabau punya Bahasa Inggeris, maruah Melayu tercabau dan tercalau ".

Pejuang C : " Banggo sangak ko Bahso Inggeris, oghe Melayu doh nok mapuh dah dio tok tahu".

Pejuang D : "Depa tak tau sat lagi Bahasa Melayu oghang pakat lupa. Tadak sapa nak ambik peduli. Yang depa dok ghalit bercakap kut Bahasa Inggeris, haghu...haghu..."

Pejuang E : " Aku dok setuju setarang abaroh puok-puok ni duk ngajor dalang Bahse Inggerih. Bahse Melayu duk cacang situ nak wak guane gamok?".

Dah baca? Mana daulatnya Bahasa Melayu yang diperjuangkan? Saya tak nampak pun...yang ternampak di mata saya ialah kata-kata klise yang telah diprogramkan. Tidak bolehkan kalau eTems ini kita terima dari sudut ilmu dan kepentingannya kepada wajah-wajah bersih di sekeliling saya di dalam gambar di atas. Rugi ke kalau kita menguasai bahasa lebih dari bahasa ibunda? Bukankah junjungan kita Nabi Muhammad SAW bersabda " tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China". Atau kita sekadar mengulang apa yang kita dengar di mana-mana? Jadi belatuk hutan la kita...

Tuesday, April 14, 2009

Kadang-kadang tak daya juge...

Hari ini TV bebayor menayangkan cerita anak-anak muda menghadiri uji bakat untuk menjadi artis program realiti. Koi sangat jarang menonton cerita-cerita gitu...minat koi terhadap muzik dan hiburan ni sangat terhad. Lagi pun program realiti ni dah koi declare sebagai my number one enemy! Sebabnya? Buat dek program ni la koi tak dapat nengok bola TV1, ala...Super League yang main macam budak Darjah Satu tu la...tak kan tak tau!

Sambung balik tentang ujibakat tadi. Bila koi tengok betui-betui, koi tak nampok bakat dan kesungguhan, tapi yang koi nampok keinginan pandir yang tak dapat ditahan-tahan nak jadi penyanyi. Mana yang suara gaya katak tertelan kabait, mana yang mekap gaya tokey opera, semuanya ghairah nak jadi penyanyi. Jangan tak tau, ada yang tudung atas kepala tapi suruh dek 'penemuduga' berjoget, apa nok kabor. Lupa ke dunia! Alasannya, nak membantu keluarga. Kesiannya la koi nengokkan, punya la makmurnya Malaysia ni, macam-macam menda boleh buat, ke situ kemaruknya budak-budak kita.

Koi ingat kehairanan koi habis di situ je, rupenya tak. Ada la pulak laporan menunjukkan mak ayah ' bakal pelajar akademi' menangis-nangis dan tak berhenti-henti mengucapkan syukur apabila anak daranya terpilih sebagai calon 'pelajar'. Kembang lalu tekok koi. Apa ni? Beresak tangis la kononnya depan kamera bila terpaksa berpisah dengan anak yang nak pergi ' menimba ilmu'. Agaknya dua tiga hari sebelum anak masuk akademi, mak tak duduk diam dah membayangkan gone la rupa bentuknya kulit album anak ni esok bila dah jadi artis. Ayah pulak gi kedai main berlari je dah, nak membelikan anak dye rambut. Ye lah, anak nak masuk akademi, takkan dengan rambut tak berkaler. Mana ada kelas!

Pun pelik koi tak habis setakat tu je. Kata dek penonton setia program ni ( bini koi la...) ada yang dah masuk universiti sanggup tangguhkan pengajian sebab terpilih menyertai akademi ni. Patutla...tak reti la koi mentafsir kegilaan orang-orang sekarang ni. Tahniah la untuk mak ayah yang berfikiran demikian, latih la anak-anak sejak kecil bior nanti bila besor sikit diorang tak la kekok berdepan dengan penonton, dan menyanyi dengan mikrofon.

Boleh dah mengumpul dye rambut pelbagai warna bermula sekarang...esok-esok manalah tau dye habis di pasaran...tak 'jangok' la pulok anok kita.

Koi : Kalau koi menyanyi, pecoh perut katok suka.

Monday, April 13, 2009

BILA HANTU BERCERITA TENTANG HANTU...

Hari ni koi melayan sorang pakcik berborak tentang hantu. Tentang pengalaman silam dia berdepan dengan hantu. Koi baik punya layan, dan pakcik tu pulok baik punya temberang. Mekalau dengor ke ceritanya, takde spesis hantu yang dia tak pernah jumpa. Pakcik tu ingat koi percaya sangat la tu...dia tak tahu aliran pemikiran koi tentang benda-benda mistik ni. Kalau dia tahu, emboh dia pulok naik hantu.

Dia kabo kalau jalan tengah - tengah malam kat jambatan Sg Batu dekat Kepayang ni kena hati-hati. Sebab dia pernoh kena kejor dek perempuan muda dukung anak kecik. Koi sengih je, dalam hati koi kalau nak kejor, kejor la. Kalau hantu tu start ngejor kat jambatan tu, paling-paling pun kat Simpang Kerayong baru dapat. Tu pun kalau lampu merah, koi kena berenti. Kalau tidak mau dekat Buntut Pulau baru dapat. Masa tu elok dia dah letih, maklumlah terbang jauh ngejor kereta. Masa tu kalau koi jilat taring dia pun takpe dah...dia tak mampu buat apa-apa dah main dengan letih.

Dia cerita juga tentang lembaga berbalut kain putih terlompat-lompat mengejor kereta dia. Dia siap berkumunikasi lagi dengan lembaga tu, dia kabor la. Ye ke tidok entoh la... dia kata kalau orang yang tak ada kebolehan macam dia, memang kena kejor la dengan lembaga tu. Tu pun koi sengih je. Dalam hati koi masa tu, kalau lembaga tu terlompat-lompat ngejor kereta koi, betapa lah tak adilnya koi. Koi orang sukan dan keadilan dalam sukan tu amat penting dalam melahirkan atlit yang berwibawa. Kalau koi dalam kereta dan hantu tu melompat-lompat di luar kereta, koi akan turun melompat sekali dengan dia. Barulah perlawanan itu menjadi adil dan saksama.

Kalaulah pakcik tu tahu apa yang koi fikirkan, mampus koi! Tak kena gaya mau dia suruh bayor sebab banyok buang masa dia bercerita. Come on la Melayu, berenti-berenti la bimbang ke hantu. Hantu bimbang takut tersampuk perangai kita, kita tak tahu!

Sori la pakcik, nanti kalau kita jumpa lagi...koi bagi pakcik bunga!

THE BIGGEST TRANSFORMATION IN LIFE....


















Dulu koi obses sangat dengan kasut bola...koi tak boleh hidup tenang tanpa main bola. Tak sabar tunggu petang, ada kalanya kalau hujan petang, berasa nak marah. Nauzubillah...punya la gilanya ke bola. Sehingga bila koi masuk bidang perguruan, peluang untuk koi pergi jauh dalam sukan ni mula terhad. Kekangan tugas dan keperluan lain yang lebih perlu diutamakan. . Tapi alhamdulillah, koi pernah juga merasa mewakili pskpp negeri ke peringkat kebangsaan selama 5 tahun. Rata juga la koi berjalan dengan bermain bola.

Seiring dengan peningkatan usia, hobi tu mulai perlahan-lahan koi tinggalkan. Berlaku la tranformasi besor dalam hidup koi. Menjinjit adidas copa mundial beloh petang bukan lagi satu kemestian. Koi dah ada 'cinta' lain.

Cinta koi sekarang ni mula beralih kepada ryobi, shimano, abu garcia dan daiwa. Koi tak kisoh buang banyak modal untuk rapala, abu tormentor dan entoh apa nama lagi suku sakat gewang yang tersimpan dalam koleksi koi. Masa koi sekolah dulu pun, memancing dah jadi kegilaan cuma terhalang oleh minat terhadap bolasepak. Dan sekarang la masanya untuk koi membalas dendam. Koi tak kisoh lalu tak dapat ikan asalkan dapat memancing. Koi tak peduli terpaksa bergelumang dengan katak buat umpan haruan. Padahal koi bukan makan pun ikan tu. Lantak la...janji puas! Banyak kali pula koi terserempak dengan tedung sela ( king cobra ) tapi koi bukan cari dia.

Bola? Koi masih main lagi liga-liga peringkat daerah, main cara orang tua. Dan ia lebih kepada nak jumpa kawan, senang nak mempedo'oh. Bukan nak menang lagi dah macam dulu-dulu. Copa mundial koi masih banyak yang tak berpakai. Dan koi harap anak jantan koi akan mengambil alih semua kasut bola tu nanti bila tiba masanya. Tapi entoh la...tak nampok gaya lalu. Dia pun sekarang lain macam je koi tengok, asal balik je sekolah " aboh...boring la. Jom fishing"

apa nok kabor...belari ngali cacing. Mujur la bini koi faham!

P/s : tahu dah kat mana nak cari koi? Tahu takpe!


Laaaa...baung lagi. Lemoh!


Aishhh...lemoh! asal gi mancing je, dapat baung. Asal gi mancing je ,dapat baung. Bosan betoi...bukan apa...sian la kat orang yang tak dapat tu.

Dah la baung, besor pulak tu! kalau kecik-kecik tu tahan jugak, tak la terasa hati ngat rodong-rodong.

Tengok je la gambor ni kalau tak percaya. Tapi ye la...gambor ni tak menepati syarat sebenornya. Kalau ikutkan, subject utama gambor ni ikan baung tu. Tapi, jadi terbalik pulak, baung tu relax je, buat tak pada je ...tukang pegang pulok yang posing lebih-lebih!

Selain dari gembira layan tarik ikan ni, koi juga terasa insaf setiap kali menatap gambor ni. Betapa lah zalimnya seorang abah, sibuk pegi beri ikan makan kat sungai. Anok sendiri tinggal tulang, besor sikit je dari baung! Takpe la...koi dah insaf dah ni. Lepas ni koi janji, umpan yang dah siap bermata kail untuk baung tu...koi suap ke anak pulok. Bior gemuk

Awok orang rezeki mata je la....

Susah sangat ke nak cakap maaf...

One fine day, I sent my wife for a course in Temerloh. Sampai je kat lampu isyarat bandor baru, lampu pulok meroh. Nak langgor je lampu, kang berkecai pulok. So, koi pun tunggu la. Tengoh dok menung nunggu lampu tu, tetiba koi rasa kereta koi bergegar. Anok koi yang baru lima tahun masa tu sound," aboh, ada orang langgar car kita". Koi pun turun dan bila koi tengok je ke belakang, satu BMW dan kissed habis bumper koi. Buta gamoknya!

Koi approached BMW tu dan dalam balam-balam tinted window dia , koi nampok driver (perempuan) locked pintu. Mula tidok la nok maroh ngat, tapi bila nampok gitu, mula la meloya. Koi suruh dia turunkan cermin dan minta dia turun.

Rupanya ada tiga akok dalam tu. Hak bawok kereta tu tak terkata apa dah. Kalau masuk wad dengan muka gaya dia masa tu, mau kena masuk 11 paint darah. Hak berdua tu pulok yang suara lebih. Dia kata ' drebor pening kepala, brek kereta tak makan '. Koi kata kalau tau brek tak makan, ngapa tak brek dari jauh, bawak kereta tak memandang ke depan ke? Kereta koi dah lama berhenti, bukannya mengejut! Dia banyak bunyi la pulak. Kalau orang tak tau punca, mungkin akan ingat koi pulak yang langgor kereta dia. Agaknya sebab dia drive BMW tu la yang jadi gitu tu, agaknya laaa...

Bila dia tengok koi macam tak puas hati je, dia pun sound" hei encik, kalau nak sangat duit cakap je la. Kitorang boleh bayor la...". Menyirap daroh koi. Koi tak pernoh lagi berdepan dengan penghinaan macam ni sekali. Dia ingat koi hadap sangat duit dia tu. Koi pun sound antara lembut dangan tak berapa lembut..."simpan je duit awok tu. Tadi awok cakap kawan awok ni pening, kan. Kereta awok brek tak makan, kan? Daripada awok bagi koi duit tu, lebih baik awok belikan ubat pening kawan awok ni. Ataupun tolong dia baiki brek kereta dia ni.."

Koi pun tarik tangan wife koi, masuk kereta and blah! Akak dua tiga orang tu lupe agaknya, selain duit dia yang dia rasa besor sangat, sepatah perkataan 'maaf' di permulaan insiden tadi lebih tinggi maknanya!

Tinggi sangat ke darjat kita untuk meminta maaf? Agaknya kita lupe...besor mana pun kereta kita, gunanya tetap sama...untuk buat gelek taik lembu je!

Saturday, April 11, 2009

My 'mem' and I...


I do not know what to call her actually, coz' she can be anything. Anything? Whatever la...

I meant she can be my friend, sometimes accompanying me deep into the jungle for fishing.
She can be likes my mom, non-stop mumbling for the whole day long.

She always be my lover, talking to me when I'm lonely.

She is also my story teller, telling me story that I have missed for the day.

She is also my 'ice-cube' , cooling me whenever I got "hot'.She is always pulling me back to the track whenever I go wrong.

She can be my clown, fulfilling my life with joy and happiness.

All the time, she is my ' developer', she is always busy developing my tummy to make it bigger and bigger!

Thank you, my deer...er...dear!