Thursday, March 11, 2010

Jantan





Ni gambor2 anok jantan koi dengan binatang. Barang menda binatang la...semuanya suka. Masa-masanya lemoh jugak memikirkan. Tapi dah minat dia...layan ke je la.

Orang kabor budok yang cintakan binatang ni, jenis orang yang penyayang. Tu orang cakap. Bagi koi yang mengadap dia berbilang hari ni, koi tak nampok lagi ke sifat penyayangnya tu. Silap sikit, bersilat. Silap je sikit, bersilat. Dah la gitu, dia minat gitu je...yang ngebala ke binatang-binatang tu semuanya koi. Letih! Koi pulak jenis tak minat ke benda-benda rutin ni. Mula la berserabut kepala otak nak memberi makan. Memberi makan dia pun ada masanya koi malas...hehe...

Rusa ni bukan la koi bela. Me ada rusa sebanyok ni, Bantayan ngan Abang Mat Bujul berulang ke rumoh koi je la bebilang petang membawok peluru tunggal.





Thursday, March 4, 2010

Lama tak jumpa

Lama dah koi tak update blog koi ni. Maklumlah banyok ngat menda nak buat, tak ada masa nak ngebalakan blog. Sibuk ke benda? Kerja la...benda lagi. Nak tahu detail...karang la koi kabor....dekat-dekat nak siap koi menulis ni karang.

Seronok jugak dapat menulis gini, yak. Macamana koi boleh terlupa benda ni. Cuai ngat koi ni...banyak ngat mengarut ke benda-benda tak mempaedoh lagi mempedo'oh...lansung tak ingat ke blog koi ni.

Nok tahu ngat sibuk ke menda...macam koi kabor tadi la. Maklumla koi ni kan cikgu...tentulah banyok keje nak buat. Nak ngail pun koi jugek...ngodek ruan, koi jugek...ngumpan baung, koi jugek...layan anok puyu, koi jugek... Tu baru keje-keje 'core-business' je tu...membeli cengkerik, ngikat mata kail, nangkap katak buat umpan ngodek tak kira lagi tu.

Kalau orang nengok kaki, orang tak kabor cikgu. Berkerakoh dengan selut. Tapi tu la...dunia koi, anok kampung. Me tak ngebalakan mata kail sari, rasa nyeluok nok muntoh, sejuk angat sejuk angat je badan. Nanti senang-senang koi update gambor!

Monday, February 1, 2010

Master of Prawns


Koi nak siarkan gambor ni pun koi rasa malu. Tak payah lalu ber Shimano, Daiwa, atau entoh apa-apa jenama Jepun yang mencecah empat lima ratus harga. Padan dengan joran dan mesen mana yang ada je. Tu pun bukannya beria ngat pilih-pilih dekat nak gi ngail. Main capai ikut dan je. Sampai je ke sungai, balik-balik hak dia juga makan dek udang. Entah menda yang keselak sangat dek udang...tak reti la nak ngaborkan. Dia dah lima nam ekor udang baya-baya lengan, koi baru empat ekor...tu pun anok nyet-nyet. Nak beria ngat marah kang...aboh sendiri. Nak tak nak, tengok kan je la kelakunya.

Tak jadi gini. Kena cari juga punca ngapa udang gemor ngat ke dia. Koi rasa buat dek baju masuk ke dalam tu la yang gecor ngat dek udang tu. Takpe..takpe...sekali lagi pegi ngan dia sok, koi bukan setakat baju masuk ke dalam je, koi siap pakai nektai dengan name tag sekali. Me tak makan juga dek udang...koi tuba sungai tu. Tengok laa.

Thursday, January 7, 2010

Surat Panggilan Bola

Bahagian Sumber Manusia,
JPN Pahang
Indera Mahkota,
Kuantan.

Kepada,
Encik Nuar,
SMK Kemayan, Triang
Pahang. 04.01.2010

Tuan/ Puan,
Panggilan Menyertai Pasukan PSKPP Pahang Ke Kejohanan Bolasepak PSKPP Kat Sabah.

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Kami ada tengok Encik Nuar main masa perlawanan akhir dengan Lipis itu ari, ala yang masa kat Jerantut tu. Mula-mula hairan jugak...pasal apa pemain Bera yang sorang ni tak turun-turun main. Rupanya simpan perlawanan akhir. Itu ari pun bukan la tujuan kami datang nak membuat pemilihan, kami lalu kat jalan besar tepi padang tu je. Ingat nak ke kedai beli rokok. Tiba-tiba nampak Encik Nuar main, lincah gila. Dengan hantaran2 yang tepat ke kaki pihak lawan dan gerakan-gerakan pantas yang mengelirukan rakan, kami memang tak teragak-agak untuk pilih demo wakil Pahang. Nak ke tak nak ni? Ha kalau nak, kemas beg!

3. Tak payah cerita la kat kawan-kawan tentang surat ni. Nanti ramai pulak yang nak ikut, menyusahkan je.

4. Sebelum pegi ke Sabah nanti, cat la dulu kereta Vios mu tu, tukar kalar. Bukan apa, nanti tengah-tengah main kat Sabah, dapat pulak lagi panggilan telefon rumah kena kepung dengan puak pemisah Tamil, sebab terkeliru dengan kereta. Tak nak la macam tu, ye. Susah la kami.

5. Stoking, shin-pad, kasut bola ada belaka dah ke? Kalau takde, pakai la dulu hok budak sekolah. Ala... macam yang Sedi selalu buat tu la. Duit belanja pun kalau buleh gelap kan je duit budak bayar yuran sekolah tu dulu. Ada pitih sok ganti la semula. Takdok gak, tak payoh!

6. Ha tu je dulu untuk kali ni. Kalu mung berasa malu nak pegi sorang, ajok Sedi. Takut nampok dek orang, bubuh dalam beg. Muat tu!

Sekian la. Deh.

'Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas "

Terima kasih.

Monday, October 19, 2009

Aku Sepasang Kasut Yang Derita

Aku tak tahu nak macamana cerita ni nak aku mulakan. Aku tak ingat dilahirkan di mana, tak ingat apa namaku dan asal keturunanku. Mungkin akibat tekanan dan bebanan kerja yang aku alami setiap hari sejak dibeli oleh tuan baruku ini membuatkan aku mengalami ' long term memory lost '.

Aku sepasang kasut yang bersaiz agak besar juga. Memandangkan aku tak pernah ke sekolah jadi aku tak kenal angka. Memang la saizku ada tertulis di badanku ni tapi ye lah...dah aku cakap aku tak kenal angka...takkan tu pun korang tak reti-reti lagi. Yang aku tahu, aku pernah terdengar rakan-rakan tuan ku berbual, untuk menyiapkan aku, tujuh lapan ekor juga la kerbau bersaiz sederhana berjalan tanpa kulit. Ye ke tidaknya...tak dapat la pulak aku pastikan.

Bila aku siap, aku ditempatkan di sebuah kedai. Kedai apa namanya tak tahu lah pulak aku. Yang aku pasti, kedai kasut. Takkan la pulak nak diletakkan di kedai roti...ye tak? Lama jugak la aku melahu kat kedai tu, takde orang yang nak beli. Kawan-kawanku yang bersaiz Asia dah ramai yang kena jual...aku je yang tak laku-laku lagi. Apa la nasib aku...kadang-kadang aku tertanya juga ...buruk sangat ke aku ni?

Satu hari, dari jauh aku terpandang seorang lelaki menuju ke arahku. Perasaan ku bercampur baur, antara gembira, gementar dan bimbang. Gembira kerana aku bakal menjadi milik orang hari ni, gementar bila mengenangkan beban yang mungkin aku tanggung apabila melihat saiz lelaki itu. Tapi sebagai seorang kasut, aku mesti menerima ketentuan Ilahi tu dengan tabah. Seorang kasut? Peduli hape aku...anak manusia yang gi sekolah sampai tingkatan 5 tu pun
penjodoh bilangan pun tak betul guna jugak...ni pulak aku, kasut! Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap gelita. " Ah sudah...", kata hatiku. " Nak pitam ke aku ni?", tanyaku sendirian. Oh...rupa-rupanya keadaan menjadi gelap kerana bakal tuan baruku itu terlalu besar orangnya. Aku ingatkan aku mengalami tekanan darah rendah tadi. Terlupa la pulak yang aku kasut... darah rendah datang dari mana, ye tak?

Lalu bertuan baru lah aku hari itu setelah tuanku itu berakad jual beli dengan seorang tokey cina. Macamana diorang berakad tak tahulah pulak aku, aku mana ada telinga nak dengar. Aku pun ikut la tuan baru ku itu ke Kumai, duduk felda la aku. hehe...

Panjang sangat dah pulak cerita aku ni. Aku takde masalah nak bercerita, takut Zahar la malas nak menaip. Dia tu bukannya jenis rajin sangat...ni pun menaip benda tak berfaedah, mahu la dia. Cuba kalau benda berfaedah...huh, jangan harap! Contohnya tu Adapp tu, mana dibuatnya. Mujur ada Matmie. Takpe...kita pendekkan!

Bermula lah kehidupan yang penuh penderitaan buat aku. Aku menanggung ratusan kilo punya beban setiap hari dan ia amat menyiksakan diriku. Tubuh badanku dah mula lari 'tune', dah mula herot-petot. Siksanya la aku. Satu hari masa perhimpunan di tempat kerja tuan aku tu, seorang rakannya menunjukkan kepada tuan ku itu keadaan badanku yang dah terkupas dan koyak rabak. Tapakku juga dah patah. Malangnya haram dipedulikan dek tuan ku itu. Katanya dia nak beli kasut baru. Aku rasa sangat gembira...padan la muka kasut baru tu karang. Bior dia mampus menanggung beban kerja yang melampau-lampau.

Tuesday, September 29, 2009

Udang Pulak Lagi....

Udang yang diperolehi di Sungai Pesagi. Naik hujung sepit, kering kontang air sungai. Merekah terus tanah...nak ngabor ke besornya. Ni baru sekor je koi tunjuk ni...hak lain tak dapat lagi! Hak ni pun aboh koi dapat...koi macam biasa la...ambik hak kecik kecik je. Hak besar besar banyak tulang...

Friday, September 4, 2009

Merdeka apa namanya?

Dah 52 tahun dah kita merdeka. Tak sedar je. Ramai pejuang kemerdekaan yang bertungkus-lumus menggadai nyawa untuk memerdekakan tanahair ni dulu dah takde dah gamoknya. Atas nama menghargai, setiap tahun kita pakat berarak la kononnya ke hulu ke hilir. Mana yang mengusung bendera, dengan benderanya. Mana yang gila bertempik, bertempik haje kerjanya...merdeka ke darat, merdeka ke baruh. Mana yang gila berucap, belejeh sokmo air liur. Kitnya yang koi nampok, kalau tuk nenek kita dulu berhempas pulas nak bebaskan Tanah Melayu daripada orang Inggeris, cucu cicit nya pulak sekarang ni sibuk nak jadi orang putih.

Acu pegi ke bandar. Tak payah bandar besar-besar la, padan dengan Temerloh tu je. Bersepoh-sepoh klon Britney Spears, Drew Barrymore, Angelina Jolie dan entoh sapa-sapa lagi. Pakaian memasing jangan la, seksi ngalahkan pelakon Hollywood. Lupa ke mak ayah nunggu di muka pintu di Lipat Kajang, di Lebok, di Paya Pasir, di Paya Pulai...takde pulok pun dalam surat beranok bertulis Ohio. Dalam berpakaian gitu, lupa juga ke hidung tu kepek ngalah kan baru lepas kena langgor dek kerbau. Orang putih sangat la kononnya tu. Merdeka ke gitu? Sikit lagi sok ada pulak la yang gi ke Pekan Sari bolen gitu haje, tengok la me tak pecaye...Merdeka la gelor kan...

Hak jantan nya pulok, rambut. Entoh mana dapatnya pesen gitu gaye koi pun tak tahu. Yang dah bangka tu tak kata la, tak dapat nak ejas dah. Yang darjoh enam pun rambut dah macam-macam gaye pesen. Kena pandang lama-lama baru nampok ada gaye orang. Me tidok, gaye cipan ada, gaya platipus ada, gaya musang kelong pun ada. Tak tau la apa nak jadi...

Tu baru Temerloh. Tak masuk lagi Kuantan, Penang, Kuala Lumpur, Kuala Ketil...Rasa koi banyokyang nyambut hari merdeka sambil mabuk-mabuk. Yang nyambut dengan konsert jangan cerita la. Berbilang taun ada... Kalau ikut ke koi, nunggu pukul 12 malam nak melaungkan merdeka tu pun tak payoh. Siang bukannya takde, buat menda buat keje ngantuk ke mata gitu. Tunku dulu dia sambut siang je, lagi la tenatnya dia yang mengusahakan merdeka tu. Ke maksudnya merdeka tengoh malam gitu, bini tidor di rumah kita bertempik di luar?

Hak bahagian berlakon dalam TV pulok jangan cerita la. Asal merajuk je lari ke London, asal merajuk je ke London. Macam la ke Sanggang, ke Kelebang tak boleh lari. Dialognya pulak satu hal. Cakap Melayu sepatoh, orang putih sepatoh. Cakap Malayu je la atau pun cakap orang putih sepenuhnya, senang. Kalau cerita orang putih tu, koi tak pernah dengor pun dia cakap selit-selit ngan Bahasa Melayu.

Merdeka ke gitu? Merdeka konon...