Tuesday, August 9, 2016

Bila koi berada di sini...

Terima kasih kerana memberi peluang untuk merasa sesuatu yang berbeza dari kebiasaan...

Dulu koi cikgu...koi bangga dan gembira dengan title tu walaupun koi sendiri tak pasti adakah itu yang terbaik untuk koi. Atau yang koi rasa terbaik untuk diri koi sendiri tu  belum tentu terbaik untuk anak didik koi. Banyak belas tahun koi jadi cikgu...koi tahu serba serbi... selok belok  dan tendang terajang dalam bidang tugas koi mendidik. Koi masuk je  kelas, koi dah tahu apa yang koi patut buat, apa yang patut diajar, siapa yang nak koi ajar dan bagaimana koi patut mengajar... Bukan hebat sangat tapi pengalaman memberi semua yang bernama cikgu kelebihan yang sama.

Mudahnya menguruskan murid, budok kenit-kenit. Koi cakap, koi maroh, koi jerkoh..malah sekali sekali koi rotan, lansung tak meninggalkan bekas dalam hati diorang. Hati koi senang. Koi ultraman di mata anok didik koi...koi tak sabor setiap pagi nak gi sekolah...nak tengok mata-mata jernih yang bercahaya tu. Koi rasa koi kuat. Sebab semua anok anok tu mengharapkan koi...

Masa beruboh. Koi rancang bahagian koi. Allah rancang bahagian Dia. Perancangan Allah tu sentiasa lebih baik.  

Koi tercampok ke sini. Buat benda asing yang koi tak pernoh bayang. Ngebala ke orang tua. Cara, perkataan, penampilan, keyakinan...semuanya akan diperhatikan, dinilai dan kadang kadang akan dihukum. Koi bukan penakut. Koi tak lari dari apa yang koi dipertanggungjawabkan. Koi patut buat...koi buat. Sebagai manusia...mungkin akan berlaku kesilapan di mana-mana sepanjang proses tu...tak dapat nak lari dah dari situ...

Kalau satu masa itu berlaku, koi mohon dimaafkan. Koi manusia. Tak kira bagaimana koi menjaganya, kelalaian akan berlaku juge. Kita ada tugasan kita masing-masing yang perlu dibereskan. Koi belajar banyak dari cikgu-cikgu di sekolah..terima kasih. Pengalaman sentiasa mematangkan...

Dulu...masa koi di sekoloh..anok murid koi mungkin akan kata...Ultraman dah sampai...
Sekarang...nampok je muka koi datang sekoloh...rakan cikgu mungkin akan kata..tu, raksasa...

Tuesday, August 2, 2016

Membuat pedooh sikit


Tengok la lukisan koi ni budok...ni baru lukis dengan kaki, Kalau lukis dengan tangan, terejun kera pada pokok nyor ter,,


















Monday, July 25, 2016

Koi....

Assalamualaikum...

Tidak semua manusia menulis untuk dibaca tulisannya..

Ada yang sekadar melepaskan rasa, jangan biar rasa tu terlalu lama bergumpal dalam kepala. Koi tak tahu koi dalam kategori yang mana. Menulis untuk apa...yang koi tahu...koi dah lama biarkan blog koi tak berusik.

Sekarang masanya koi rasa nak sambung semula...hidup perlu terus gembira. Dengan segala sumber yang ada...


Tuesday, November 15, 2011

Perginya Matahari....

Baru hari ni koi ada kekuatan untuk menulis tentang 'matahari' yang selama ni menyinari hidup koi..matahari yang telah dijemput penciptanya pulang.

Menulis terlalu panjang hanya akan membuatkan hati terusik. Cukuplah untuk koi katakan bahawa setiapkali koi balik ke rumah, koi rasa sangat kehilangan bila tak ada lagi senyuman yang menanti di muka pintu, senyuman yang mengiringi sehingga koi bergerak meninggalkan rumah semula, gelak tawa yang mengiringi lawak bodoh yang koi buat, orang yang mendengar cerita koi, yang bertanya koi menang ke kalah main bola, yang memujuk koi suruh bawak dia gi memancing, yang menasihati koi dan yang memayung koi dengan penuh kasih sayang, semenjak koi tapak kaki dua jari hingga ke hari terakhir pemergiannya...

Hidup koi kosong dan gelap, sunyi tapi koi redha dengan ketentuan Allah. Setiap kali koi balik, koi selalu yakinkan diri bahawa mak ada...mungkin dia ke rumah anak-anaknya yang lain dan koi cuma tak ada rezeki untuk berjumpanya pada masa itu. Dengan cara itu, koi tak akan rasa kehilangan dan tak akan jemu balik ke rumah dengan harapan akan ada satu masa koi akan jumpa mak...

Selamat jalan mak. Semoga Allah memberkati keseluruhan hidup mak ketika mak masih di dunia, dan akan menempatkan mak di tempat yang selayaknya di sisiNya sebagai seorang ibu yang terlalu banyak berjasa, sesudah mak dibawa pulang ke sisiNya.

Mak...pancing yang mak suruh koi ikat beberapa hari sebelum mak pergi tu...koi ada simpan. Koi dah bagitau Azzah dan Amar...apa pun, pancing tu mesti berada di situ...itulah pancing murah yang bernilai paling tinggi pada koi.

Tinggal dulu mak.

Tuesday, September 28, 2010

Catatan Dari Koi...

Lama dah koi tak menulis dalam ni. Hidup dalam tujuh lapan bulan ni banyok ralit ke lain. Bila yang koi ralit te dah mula tak ralit ke koi...baru la koi sedor. Bangkit dari mamai...balik ke alam nyata.

Sepanjang bermimpi ni, kehidupan koi memang kalut. Yang koi kejor, makin hari makin jauh. Kadang-kadang tersentuh juga dek tangan, tapi tak lama dan tak berubah menjadi hak selamanya. Perasaan dalam perut jangan cerita la...bercampur aduk. Kadang-kadang rasa nak marah, rasa terkilan, rasa nak tukar je memori dalam kepala supaya benda-benda yang pernah melintasi otak koi, tak terus ter'save' dan kekal di situ.

Kitnya ye la, nak maroh pun ke sapa...nak terkilan pun apa benda yang nak diterkilankan?. Koi yang biorkan kewarasan dipengaruhi illusi. Koi yang setuju untuk terus berlari walaupun kaki dah sangat penat dan lemoh. Koi juge yang kononnya kuat sangat, lupa ke usia, sibuk ngejor entoh apa-apa.

Dalam kalut ribut hidup lelaki bernama koi ni, ada masanya koi tersasul mempersoalkan peraturan alam. Koi macam lupa pulok setiap yang indah tu datangnya sekali dengan yang menjengkelkan, yang molek-molek tu datangnya sekali dengan yang tak molek. Koi abaikan peratutan yang menyatakan bahawa dalam setiap positif tu ada negatif, dalam setiap gembira tu mesti ada duka. Benda tu adalah 'rules'...tak boleh elak dah.

Kitnya tu la...kaki...alang-alang dah melangkoh, bior sampai reboh-rempoh te la. Nama nak berpatah balik ke belakang, bior la dok. Bior satu masa koi terpaksa heret kaki koi...koi akan heret. Janji hati puas!

Koi dah mula berpuas hati memegang nama lelaki ni; AHMAD IZHAR BIN YAHYA!

Tuesday, April 20, 2010

Kawan Koi Yang Paling Kamceng...


Ni la kawan koi yang paling kamceng dengan koi di Asia Tenggara ni. Kecuali masa dia takde dengan koi...masa lain semua dia ada...hehe.

Tak dapat lalu nak buat kerja lain kalau dia ada. ada-ada je benda yang dia buat nak bagi koi bertempik ke dia. Kalau tak kena marah sehari, agaknya miang-miang badan dia.

Tapi kalau dia takde...rasa tak best pulak.