Tuesday, May 5, 2009

Aku...


Tahun ini genap la 12 tahun aku di sekolah ini. Murid pertama aku di sini sudahpun berusia 24 tahun. Terasa lama tapi belum lagi terasa jemu. Murid silih berganti. Ada yang sudahpun berada di pusat-pusat pengajian tinggi dan ramai juga yang terus berada di kampung, aku tengok hari-hari. Aku tak pernah rasa apa-apa bila ada di kalangan bekas anak muridku yang berjaya, pulang ke kampung dengan seribu satu macam kehebatan. Tapi aku tersentuh bila melihat mereka yang kurang berjaya...mengusung sabit ke ladang, membanting tulang. Aku harap mereka begitu bukan kerana kegagalan aku mendidik mereka suatu masa dulu. Aku dah cuba segala yang terdaya...

Sekali- sekala menjengah ke padang bola, aku terasa tua bila budak-budak yang aku jerkah satu masa dulu, berada bersamaku, mengejar bola dengan susuk tubuh yang tegap, jauh mengatasi aku. Tak pun terfikir satu masa dulu, bahawa aku akan menjadi ' rakan sepermainan ' mereka satu hari. Hormat mereka terhadapku masih sama seperti dulu...

Berapa lama lagi aku akan berada di sini, bergantung kepada masa. Kalau aku tinggalkan sekolah ini nanti, aku pasti akan merinduinya!

No comments:

Post a Comment