Wednesday, April 22, 2009

Osteochilus hasselti ( terbul )


Osteochillus hasselti atau terbul ( gambar ) adalah spesis yang hidup berkumpulan dalam kebanyakkan sistem saliran di negara kita. Spesis ini diketahui menjadikan alga ( lumut ) sebagai makanan utama selain buah kelapa sawit atau ubi sebagai diet sampingan. Selain dari kepakaran yang jitu, tiada jalan mudah untuk memancing spesis ini kerana mulutnya yang kecil selain tabiat makannya yang seakan-akan menyedut. Ikan ini tiada nilai pemakanan kerana tulangnya yang banyak dan hanya sesuai untuk dibuat pekasam.

Manakala Amarius KurusSus atau nama biasanya Amir Fahmi Ahmad Izhar adalah anok koi...hak pegang ikan tu la. Dia pun tiada nilai pemakanan sebab dia tu orang!

Info : Pejabat Ikan yang berhampiran


Koi : Agaknya ini lah gaya bahasa standard yang koi kena guna dalam blog koi. Koi tak reti la standard ngat gitu. Koi takde standard!

4 comments:

  1. ha ha ha takat nak ngail xyah guna bahasa standard pun...bukannyer reti dok ikan tue...bila weh nak ngajok koi ngail...nak gek merasa...me kala cerita bukan main lagi he he he

    ReplyDelete
  2. ngail ikan ni la paling best, yat. Koi pernah dapat berkilo sekali pergi. Ngalahkan menjala. Buat pekasam....fuh. Bukan setakat pergh...tapi pergggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
    Nak ngikut? Nyamuk banyak!hehe

    ReplyDelete
  3. ye ke ngail ikan paling best...me kala gitu ngentet xbest laa he he he

    ReplyDelete