Thursday, April 15, 2010

Cerita Tak Guna



Mari pakat-pakat tengok siakap koi ni. Ini mungkin bukan perkara hebat bagi orang-orang yang kaki pancing ataupun kaki mengilat tegar. Mungkin diorang dah pernah dapat lebih hebat daripada ni. Tapi bagi anak Bera yang rumahnya beratus kilometer dari laut atau dari muara, ni dah kira satu pencapaian yang sangat memuaskan.

Rezeki tak diatur dek manusia. Ikan ni koi dapat di Tanjung Sedeli, berumpankan seekor belanak hidup yang koi dapat di tempat yang sama. Koi cangkukkan belanak tu tanpa target dan tanpa harapan...sekadar nak hilangkan rasa kecewa selepas berpanas seharian tanpa hasil. Ada brother kat sebelah koi yang mengaku dirinya berpengalaman berpuluh tahun mengail di muara, mentertawakan koi kerana katanya belum ada sejarah orang memancing kat situ guna umpan lebih sejengkal panjangnya. Dalam hati koi, takpe...kalau belum ada sejarah, biar koi jadi ' history setter' nya.

Ni la yang koi kata rezeki tak diatur dek manusia. Tak sempat menyandar joran ke pengadang pelantar, tak sempat koi nak selaraskan drag pancing koi, melipat joran tarik dek ikan. Koi sempat longgarkan sikit je drag dan bermulalah pertarungan. Pertarungan dengan ikan tu tak berapa ngat bagi koi, pertarungan perasaan dengan brother tadi yang lebih mencabar. Sepanjang mesen koi menjerit tu, dia tak berhenti-henti kata yang ikan tu mesti terlucut punya. Belum ada sejarah orang dapat naikkan ikan besar dari jeti buruk tempat koi mancing tu, katanya. Balik balik sejarah...balik balik sejarah...macam la sejarah tak boleh diubah. Ada juga orang macam tu...

Bila ikan tu dah terdampar di tebing, adik ipar koi cepat-cepat turun ke air dan balut ikan tu dengan tuala, peluk dan bawa naik ke atas. Koi memang takde pengalaman dengan ikan sebesar tu...hampir lima kilo. Ikan liar pulak tu, tenaganya...fuh...challenging. Koi dapat pun bukan kerana kepandaian, tapi kerana rezeki. Brother tu mungkin lupa...pengalaman dan kepandaian dia memancing tak memungkinkan dia boleh dapat ikan dalam tub mandi.

Lepas je ikan tu koi sumbat dalam boot kereta, koi dapat bayangkan hari esok berbaris la pemancing lain kat jeti buruk tempat koi duduk tu, dan salah seorangnya mungkin brother yang terror memancing tu. Koi juga bayangkan yang brother tu terkial-kial mengejar belanak hidup nak buat umpan...

Buat la apa yang patut. Rezeki Tuhan, tak de orang boleh duga!

No comments:

Post a Comment