Thursday, April 15, 2010

Selagi Ada Tuba Di Hati...

Baru-baru ni anok koi ajok koi pergi mancing. Kebetulan koi takde kerja, koi pun suruh la dia bersiap. Lama dah tak gi memancing ngan dia, best jugak dapat pergi. Semangat betul dia. Capai itu, capai ini...

Koi bawak dia ke sungai Tementi, sungai kecik yang banyak ikan walaupun takde ikan besar-besar. Dalam kereta, dia tak abis-abis bercerita, merancang aktiviti yang nak dibuatnya di sungai karang. Sampai je ke sungai, dia cepat-cepat turun dan berlari ke tepi air. Tak menyempat koi nak park kereta lagi dah. Tiba-tiba dia diam dan matanya bulat memandang ke sungai. Katanya, banyak ikan mati.

Koi terkejut bila tengok anak-anak ikan memutih mati dalam sungai tu. Baunya jangan cerita la. Dia tanya koi sebab apa ikan tu mati macam tu. Koi bagi tau dia ini lah angkara tuba. Dia tanya tuba tu apa. Koi bagitau tuba tu adalah makanan asasi puak-puak yang berketahanan tinggi. Dia tanya lagi ngapa anak-anak ikan macam tu pun nak tuba jugak. Koi bagitau anak-anak ikan tu tak boleh lah dibiarkan besar, nanti ramai sangat yang boleh mendapat manfaat daripadanya. Jadi sementara belum besar, elok la dihapuskan. Dia kata tak berdosa ke buat macam tu. Koi cakap tak. Berdosa ni dikira kalau orang makan atau gunakan hak kita, biar lima sen pun...tapi kalau kita punahkan hak orang ramai dan membuat khianat kepada makhluk Allah yang lain, tu tak kira berdosa, pada si penuba la...

Koi ajak dia balik. Koi nampak riak kecewa pada wajah kecil dia tapi koi tak boleh nak buat apa. Sebelum balik koi pesan kat dia, nanti bila Amar besar, jangan bawak balik ikan tuba ke rumah...abah ngan mama tak berketahanan tinggi untuk makan racun.

Tercangak-cangak dia...tak faham agaknya.

No comments:

Post a Comment