Kalau ikutkan perancangan, koi terpaksa out station...ngail udang dengan sekutu-sekutu rapat koi. Tapi kesian pulok ke anok bini, asyik kena tinggal je. Koi bawok la diorang ke Maran, konon nak ke Teladas, mandi air terjun. Untuk pastikan tempat tu masih okay ke tak, koi call ke IPD Maran, tanya pak polisi. Pak polisi tu kata okey, masih beroperasi dan dah banyak perubahan. Okey la maklumat tu...lagi pun koi ke sana hampir 16 tahun dulu. Tentu banyak benda yang dah berubah.
Anok koi jangan cerita la...dia punya yahoo mengalahkan yahoo.com. Sampai di sana, koi tengok jalan runtuh. Tapi masih boleh lalu lagi, okey la tu. Sesampai je di sungainya, ya Rabbi...takde menda lalu dah. Nak salahkan maklumat pak polisi tu pun tak boleh jugak, sebab dia cuma kata dah banyak perubahan. Dia tak katapun perubahan yang macam mana. Berubah dari baik ke tenat pun, berubah jugak namanya, kan. Koi terus mati semangat. Dulu koi datang punya la cantik tempat ni, datang dengan bas lagi. Jalan kaki masuk ke dalam, tak terasa penat bila sampai. Punya la menarik.
Koi ingat nak ambik gambar dan masukkan dalam blog koi. Tapi dah jadi macam ni, koi ambik gambo papan tanda je la. Betul la kata orang tua...anak sungai lagikan berubah. Masa koi datang kali pertama dulu, koi tak terfikir pun yang satu masa " anak sungai ini akan berubah".
Kalakar la ko ni Jaa....
ReplyDeletebiasa la...merapu kan opsyen aku
ReplyDeleteAnyway ..thanks...enjoy gek aku baca blog ko ni..sambil sambil belajo bahsa pahang..ni tq again...
ReplyDeleteBukan enjoy saje, at the end of the year...ada yuran tahunan tu. Macam kad kredit jugak...kahkahkah
ReplyDeletegambar air terjun Teladas hari ini..view kat
ReplyDeletehttp://maranayamkampung.blogspot.com/