Tuesday, May 5, 2009

Aku...


Tahun ini genap la 12 tahun aku di sekolah ini. Murid pertama aku di sini sudahpun berusia 24 tahun. Terasa lama tapi belum lagi terasa jemu. Murid silih berganti. Ada yang sudahpun berada di pusat-pusat pengajian tinggi dan ramai juga yang terus berada di kampung, aku tengok hari-hari. Aku tak pernah rasa apa-apa bila ada di kalangan bekas anak muridku yang berjaya, pulang ke kampung dengan seribu satu macam kehebatan. Tapi aku tersentuh bila melihat mereka yang kurang berjaya...mengusung sabit ke ladang, membanting tulang. Aku harap mereka begitu bukan kerana kegagalan aku mendidik mereka suatu masa dulu. Aku dah cuba segala yang terdaya...

Sekali- sekala menjengah ke padang bola, aku terasa tua bila budak-budak yang aku jerkah satu masa dulu, berada bersamaku, mengejar bola dengan susuk tubuh yang tegap, jauh mengatasi aku. Tak pun terfikir satu masa dulu, bahawa aku akan menjadi ' rakan sepermainan ' mereka satu hari. Hormat mereka terhadapku masih sama seperti dulu...

Berapa lama lagi aku akan berada di sini, bergantung kepada masa. Kalau aku tinggalkan sekolah ini nanti, aku pasti akan merinduinya!

Anok koi kalau pasal membuat gaya...



Ini la hero gua...
Ingat pesan abah..nanti dah besar jangan ngada-ngada nak hensem macam abah! Macam mama sudah...

Monday, May 4, 2009

Alang-alang mempedo'oh

Pagi itu, cuaca amat sejuk sekali. Semua air dalam batang paip di rumahku menjadi beku. Ayah menyuruh aku pergi mandi ke telaga di rumah jiran yang terletak kira-kira 8 km dari rumahku. Aku berjalan dengan pantas, empat belas minit kemudian, aku sudah terpacak di tepi telaga itu. malangnya, cuaca yang sejuk membuatkan air di dalam telaga itu turut menjadi beku. Aku mengambil keputusan untuk tidak mandi pada pagi itu lalu aku pulang semula ke rumah. Ibuku ketika itu sedang sibuk menyiapkan sarapan. Api dari dapur gas yang digunakan oleh ibuku juga menjadi beku kerana cuaca yang sejuk itu.

Selesai sahaja menyediakan sarapan, ibu menghidangkannya kepada kami. Cuaca yang terlalu sejuk membuatkan kami tidak selesa lalu ayah mencadangkan supaya kami bersarapan di dalam unggun api. Kami mengikut saja saranan ayah lalu buat kesekian kalinya bersarapanlah keluarga kami dalam unggun api untuk mengatasi kesejukan yang melampau itu. Ayah yang kurang sihat hanya sempat menghabiskan 38 ketul goreng pisang yang setiap satunya sepanjang setengah meter sebelum terlentang kekenyangan.


Selesai bersarapan, ibu mendesak aku agar menemaninya ke kedai. Aku malas lalu ibu mulai naik angin. Beliau meluru ke dapur dan keluar semua dengan parang di tangannya. Tanpa aku duga, ibu menikamku bertubi-tubi. Mulanya aku biarkan sahaja...tapi bila merasakan aku mulai hendak pitam akibat kekurangan darah, lalu aku pun bersetuju menemani ibuku ke kedai. Ibu hanya tersenyum lalu menikamkan pisau yang digenggamnya ke dada ayah yang sedang tidur. Simpan di situ katanya!


Kami bergerak seiringan menuju ke kedai. Perjalanan yang jauh membuatkan ibu mulai bosan lalu menyanyikan lagu-lagu kompang yang diketahuinya. Suaranya bertingkah dengan suara katak di parit berdekatan yang menyangka ibu mahu berbual dengannya. Aku biarkan sahaja ibu terus menyanyi. Dengan tidak semena-mena, lalu lah sebuah helikopter yang dipandu laju lalu kipasnya telah melibas belakang ibu. Ibu tercampak ke dalam gaung lalu menjerit " aduh!". Aku berlari mendapatkan ibu. Perlahan-lahan kulihat mata ibuku mulai menjadi hijau berbelang-belang. Aku mulai bimbangkan keadaan ibu. Lantas aku berpaling untuk mencari daun kapal terbang bagi merawat luka ibuku dilibas kipas helikopter tadi.


Sebaik sahaja aku menjumpai daun tersebut, aku berpaling semula mendapatkan ibu. Aku terkejut teramat sangat. Mata ibu yang hijau berbelang tadi rupanya menandakan dia begitu marah dengan apa yang terjadi padanya lalu menukarkan dirinya menjadi Incredible Hulk. Ibu mulai menjadi gagah..tiada apa yang selamat dari dilibasnya. Dengan tidak semena-mena, ibu melompat dari gaung lalu mengejar helikopter yang melanggarnya tadi. Pemandu helikopter itu terkejut lalu menukarkan dirinya menjadi kereta kecil. Rupa-rupanya helikopter itu adalah Transformer. Lalu mereka pun bertempur di udara. Asap kulihat berkepul-kepul naik ke udara menandakan pertempuran belum reda. Tiba-tiba dari jauh aku lihat debu-debu berterbangan ke udara.. Rupa-rupanya ayahku yang berlari hendak memberikan bantuan, kufikirkan unta!


Sebaik sampai ke medan pertempuran, ayah telah menukar dirinya kepada sejenis makhluk raksasa yang bernama Gadabon. Ibu yang terkejut telah menukarkan dirinya menjadi Ultraman Kosmos dan memfire ayah sehingga terbelah dua. Aku menjerit memberitahu ibu bahawa itu ayah lalu ibu turut memfire aku.


Ps : Ada lagi sape-sape nak lawan meraban? Moh la kalau daya...
Justify Full

Teladas Dah Tenat!
















Kalau ikutkan perancangan, koi terpaksa out station...ngail udang dengan sekutu-sekutu rapat koi. Tapi kesian pulok ke anok bini, asyik kena tinggal je. Koi bawok la diorang ke Maran, konon nak ke Teladas, mandi air terjun. Untuk pastikan tempat tu masih okay ke tak, koi call ke IPD Maran, tanya pak polisi. Pak polisi tu kata okey, masih beroperasi dan dah banyak perubahan. Okey la maklumat tu...lagi pun koi ke sana hampir 16 tahun dulu. Tentu banyak benda yang dah berubah.

Anok koi jangan cerita la...dia punya yahoo mengalahkan yahoo.com. Sampai di sana, koi tengok jalan runtuh. Tapi masih boleh lalu lagi, okey la tu. Sesampai je di sungainya, ya Rabbi...takde menda lalu dah. Nak salahkan maklumat pak polisi tu pun tak boleh jugak, sebab dia cuma kata dah banyak perubahan. Dia tak katapun perubahan yang macam mana. Berubah dari baik ke tenat pun, berubah jugak namanya, kan. Koi terus mati semangat. Dulu koi datang punya la cantik tempat ni, datang dengan bas lagi. Jalan kaki masuk ke dalam, tak terasa penat bila sampai. Punya la menarik.

Koi ingat nak ambik gambar dan masukkan dalam blog koi. Tapi dah jadi macam ni, koi ambik gambo papan tanda je la. Betul la kata orang tua...anak sungai lagikan berubah. Masa koi datang kali pertama dulu, koi tak terfikir pun yang satu masa " anak sungai ini akan berubah".

Trip Haruan Kumpau...


Koi terbaca satu artikel dalam satu majalah memancing tersohor tentang satu port toman dan haruan di Chenor. Tengok ke gambor dalam tu, gaye nye lambat lempor je umpan beletup terus kerje dek haruan dan toman. Koi pun terus kontek sekutu kuat koi, Wan Azizan. Cong dek koi lebih kurang, terus tegak rambut dia yang tak berapa ada tu. Apa nok kabor, segantang membeli katak, mencadang ke toman la katakan!Hehehe...

Sehari suntuk masa koi habis ngebalakan pancing je. Koi siapkan Shimano 500 koi dengan tali sulam 8lb. Konon nak layan la, walaupun bagi setengah pemancing, gila punya kerja layan toman dengan set 500 dan tali 8lb. Pancing koi, lantak koi la ye tak! Maka bertolak ka kome dengan penuh semangat cap unta. Koi tak makan pun ikan jenis tu...layan minat je.

Tengok la katak atas tapok tangan koi tu ha, senyum je dia. Ngata ke kome la tu..


Sampai je ke situ, koi disambut dengan satu deburan di celah lumut. Rupanya iklan je, sampai ke sudoh la haram tak disentuhnya katak yang kome bawok tu. Patut la koi tergerak nak guna set 500 je...rupanya kalau koi bawok set besor anok tungau pun takde hal, gerenti tak putus punya. Dah ikan tak makan...mana nak putus, ye tak? Tempat jangan cerita la lawonya. Tengok gambo kat bawoh ni..


Tapi tolongla paham...kome pegi bukan nak nengok pemandangan! Tempat lawo pun tak guna...


P/s : Jangan biarkan diri anda diperdayakan oleh gambor!



Thursday, April 30, 2009

Sistematiknya kawan kome...

Koi nak cerita sikit tentang seorang kawan kome di SK Kepayang ni. Puji la ni tapi takde niat tersembunyi. Dia bukannya boleh nyain borang biasiswa anok koi...jadi takde la kena-mengena dengan bodek-membodek tulisan koi ni.

Dia cikgu biasa je, macam cikgu-cikgu lain di Malaysia ni. Tengok dari luarannya dia sama je dengan kita. Tapi bagi koi dia ada banyak kualiti yang takde pada koi. Dia sorang yang tenang, relax je. Tak ada menda yang boleh buat dia menggelabah. Koi rasa dia ni, kalau langit dah runtuh separuh pun, dia selamba je menubuhkan jawatankuasa dan bermesyuarat. Punya la tenangnya dia.

Dia payah marah. Kutuk mengutuk dah jadi budaya sekolah koi. Siapa tak tahan, alih la telinga letak ke tempat lain. Tapi dia ok je...tak pernah berkerut kening menunjukkan kurang senang atau sebarang perasaan negatif. Ye, la dia pun kaki kutuk juge. Maroh la...me tak lunyai dahi kena tengkeh, aci apa...

Dia setelkan kerja on-time dan perfect. Bagi la kerja apapun, setel punya. Tak pernah nampok gaya serius pun, tapi hasilnya tip-top dan marvellous. Mengikut skima.

Dia sistematik. Yang ni koi paling kagum dan tak mampu nak lawan. Koi buat apa-apa main larung je tapi dia memang sistematik habis. Nak buat sesuatu tu, siap dengan check-list, nota-nota kecik kiri kanan poket. Tak ada benda yang dia terlepas pandang, kelas gitu!

Dia jenis tak kesoh. Contohnya bidang sukan, dia bagus main bola. Dengan susuk tubuh dia tu dia boleh jadi star kalau dia nak tapi dia tak kesoh pun. Adik dia bekas pemain bolasepak Malaysia ( betul ni ) tapi dia kasut bola pun haram takde!

Dia tekun. Bukanlah tempat peniaga-peniaga kecil buat pinjaman tu. Nak tahu dia tekun ke tak tekun, tengok kalau dia memancing. Pandangan dia tak lepas dari hujung joran, ada masanya tali tangsi dah sekerat abis makan dek udang, dia tekun je tengok. Tu bukan tekun, tu terlelap!

Dia memang best la...besor sok koi nak jadi macam dia!

p/s : Meenor, bodek macam ni gaya takkan tak dapat lalu teh secawan? Seluruh dunia boleh baca cerita awak ni...main-main...

Alasan perokok...

Tanya la perokok apa alasan mereka merokok. Mungkin anda akan berjumpa dengan salah satu jawapan di bawah.

1. Hilangkan tension - kerja banyak, hisap rokok boleh menghilangkan tension.
2. Pening kepala - nak hilangkan pening.
3. Fikiran serabut - merokok boleh membantu menenangkan fikiran yang libang-libu.
4. Membantu kerajaan - cukai rokok boleh membantu menjana ekonomi negara.
5. Memastikan kesinambungan hidup anak-anak penanam tembakau - kalau tak de siapa nak merokok, tembakau tak laku. Kesian ke anak penanam tembakau bila ayah mereka tiada sumber pendapatan.
6. Saranan doktor - doktor kata kalau tak isap rokok nanti badan gemuk, penyakit mudah datang. Kat mana spesis doktor ni belajar koi pun tak tahu la.
7. Nak test organ dalaman - nak tengok jantung dan paru-paru setahan mana. Agak-agak tak tahan, baru la berhenti. Kalau tahan takde hal la...
8. Duit lebih - takut nak simpan duit banyak-banyak maklumla sekarang ni macam-macam cara orang boleh dapatkan duit kita. Jadi, bakar je senang!
9. Nyamuk banyak - bila ada asap tu tahan la sikit nyamuk. Lagipun, isap banyak2, mati, takde la kisah ke nyamuk lagi dah!
10. Macho - nampak la macam hero filem orang putih tu. Kelas la sikit ye tak?
11. Kesian kat gambar - dah kerajaan tampal gambar-gambar kat kotak rokok, takde orang nak tengok, kesian la pulak. Beli la jugak...
12. Takut rambut uban - hisap rokok banyak-banyak, mati cepat takde la uban kat rambut.
13. Yang awok sibuk-sibuk ngape? duit koi...ikut koi la! ( alasan paling TOP! )
12.