Tuesday, September 1, 2009

Bila Kekaguman Datang...

Semalam dalam perjalanan balik, untuk kesekian kalinya, koi bertembung dengan sekumpulan Mat Bangla, berjalan kaki di tepi lebuh besar di Triang 03. Masa tu lebih kurang pukul 6.15, sejam sebelum berbuka puasa. Ada la dalam empat lima orang. Biasa la diorang ni, dengan dressing yang warna-warninya. Seluar pink pun ada, dipadankan pulak dengan baju hijau berkilat. Tapi bukan itu yang koi nak cerita. Ada perkara lain yang lebih menarik perhatian koi.

Selalu jugak koi selisih dengan puak-puak ni dalam waktu lebih kurang sama. Masing-masing happy je berjalan kaki ramai-ramai sambil bergurau sesama mereka. Setiap kali berselisih, setiap kali tu juga la kekaguman menyelit dalam hati koi. Ini la puak yang seringkali diberikan gambaran dan konotasi negatif oleh orang-orang di negara koi yang makmur ni. Di hina, ditindas, tenaga diperah tanpa imbuhan yang setimpal, bukan perkara baru yang diorang ni hadapi. Tapi, atas rasa tanggungjawab, menyuap mulut tanggungan yang mereka tinggalkan, jauh pun jauh la. Diorang datang jugak atas nama mencari rezeki.

Tapi itu belum cukup untuk buat koi kagum. Bukan itu sebabnya. Kalau setakat macam tu, biasa la ye tak...dah memang namanya tanggungjawab, kena la buat.

Yang buat koi tersentuh, setelah sepanjang siang kerja di ladang sawit, diorang tak pernah lupa tanggungjawab diorang kepada Allah. Sampai masa, ramai-ramai pakat ke masjid. Jauh tu diorang berjalan kaki dari rumah kongsi yang disediakan oleh pihak Felda. Kalau koi sendiri pun, berjalan kaki sejauh itu, rasanya tak sanggup. Bagi kita sembahyang boleh dibuat di rumah, tapi mungkin bagi diorang, di masjid lebih afdal dan fadhilatnya lebih tinggi.

Masa tu koi terfikir ke anak-anak Malaysia yang sering mengaku dirinya lebih serba-serbi berbanding Mat Bangla. Ada je benda yang negatif, macam Bangla. Ada je perkara buruk, macam Bangla. Seronok sangat dapat melabelkan manusia dengan label gitu. Mat Bangla yang koman ngat pada kita tu, masuk je waktu, tak kira penat tak penat, terus ke masjid. Jalan kaki pulak tu. Koi? Kita? Ada kat mana masa tu....?

Kalau nak dibanding, lebihnya kita dengan Mat Bangla ni satu je...pakaian kita matching. Masuk bab tanggungjawab, keberanian, kegigihan, ketekunan bekerja, dan lebih penting keagamaan, kita jauh ngat tewasnya...

No comments:

Post a Comment