Wednesday, June 17, 2009

Bantu la kami encik...

Satu malam Selasa, koi kat Temerloh. Saja jalan-jalan bawak anak isteri...dan koi berhenti kejap kat stesen minyak kat tapak pekan sehari tu. Masa tu dalam pukul 11 malam. Sebaik turun, datang la seorang budak perempuan dalam lingkungan tiga empat belas tahun umurnya. Di tangannya ada beberapa kotak yang koi tak tahu apa isinya dan beberapa gulungan kertas yang koi agak mungkin kalendar. Dia beri salam dan koi jawab seadanya. Katanya memohon derma untuk rumah anak yatim di Kedah. Koi yang tengah mengisi minyak hanya mendengar, nak tahu apa lagi ceritanya.

Selepas beberapa ketika, koi tanya budak tu adakah dia masih bersekolah dan dia kata ya, sekolahnya di Kedah. Koi tak pernah kisah tentang menghulurkan seseringgit dua untuk sama-sama mengongsi rezeki Allah. Seringgit dua koi tu mungkin tak dapat nak bina sekolah, tapi mungkin dapat mengisi perut budak tu kalau memang betul dia lapar ( dia kata dia belum makan lagi seharian ). Cuma koi macam tak percaya bila budak tu kata " bantu la kami encik...untuk kami meneruskan persekolahan seperti anak-anak lain".

Kata-kata macam tu boleh memancing kesedihan dan simpati. Yang terlintas di benak koi, kata-kata tu mungkin telah di ' program ' kan. Koi nak je tanya budak tu, kalau koi bagi dia berpuluh ribu pun, macam mana dia nak meneruskan persekolahan kerana malam tu sepatutnya dia berada di rumah mentelaah pelajaran, menyediakan buku-buku atau apa yang patut untuk persekolahan pada keesokkan harinya. Kalau nak kata selepas aktiviti memungut derma tu baru dia nak balik dan bersedia untuk persekolahannya keesokan hari, mustahil sebab sekolahnya di Kedah. Wallahuallam...

Koi tak boleh pikir banyak sangat. Haram bagi seorang Muslim untuk tidur dalam kekenyangan sedangkan seorang Muslim yang lainnya kelaparan. Koi kesian kat adik tu, dia tak sepatutnya merayau menjual kalendar pada ketika dia sepatutnya belajar untuk masa depannya. Koi teringat GPK Ko koi Tn Hj KM pernah kata, kalau kita usap saja kepala seorang anak yatim dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, Allah menyediakan sabuah mahligai untuk kita di syurga.

Sapa la yang zalim sangat suruh ' anak yatim ' semuda itu jual kalendar tengah-tengah malam?

No comments:

Post a Comment