Tuesday, June 23, 2009

Dan janji Allah itu benar belaka...

Koi dikejutkan oleh panggilan pada pukul 2 pagi. Bila koi ambik telefon dalam keadaan mamai, koi terpandang no seorang kakak dan koi dah mula menjangkakan sesuatu yang tidak enak telah berlaku. Dalam mamai juga, koi buka mesej dalam inbox yang bersusun dan salah satunya berbunyi " assalamualaikum, saya nak beritahu mak saya dah meninggal dunia pagi tadi dalam pukul satu lebih...".

Lama koi termenung. Koi mengenalinya sejak zaman persekolahan disebabkan persahabatan yang akrab dengan anaknya. Dia seorang ibu yang baik, mulutnya tidak berhenti-henti bercerita, membuang segala perasaan silu jika bertandang ke rumahnya. Koi selesa dengan seorang ibu yang becok begitu.

Sebaik koi menjadi guru, koi masih terus menziarahinya. Terus mendengar celotehnya tentang penyakit yang dihadapinya, tentang tegarnya dia berulang alik ke hospital menjalani rutin hidupnya. Koi sambung study dan selalu jugak koi singgah menziarahinya ( rumahnya terletak di laluan koi setiap kali menghadiri kelas ). Habis belajar, kesibukan dan jarang keluar menghadkan masa untuk terus mendengar celotehnya. Selepas hampir dua tahun, koi singgah dan kesihatannya sudah mula menurun. Dia hanya terbaring tapi masih mampu bercerita. Bersungguh benar dia mahu bercerita dan koi tak rasa jemu pun melayaninya.

Bermula pagi ini, koi tak mungkin mendengar ceritanya lagi. Dia telah kembali kepada penciptanya. Yang masih terngiang di telinga koi sehingga sekarang hanya kata-katanya pada suatu masa " terima kasih la sebab awak datang juga melawat orang tua ni...".
Koi melakukannya atas dasar bahawa satu masa koi juga akan menjadi tua dan akan melalui apa yang dilaluinya.

Kepada semua anak-anaknya, Allah telah menjanjikannya dan janjiNya benar belaka. Dia maha mengetahui di mana tempat untuk ibu yang berjasa itu!
Al Fatihah.

Koi: Ada masanya koi terfikir alangkah baiknya kalau Allah mengambil koi terlebih dahulu supaya koi tak perlu melalui semua ni.


No comments:

Post a Comment