Friday, June 19, 2009

The Place I Want To Visit The Most.

Manusia yang hebat-hebat di Malaysia ni dah menetapkan tempat-tempat hebat yang mereka nak lawati. Dah tentu la tempat tu pulak mestilah sehebat status mereka. Aku tak terkejut bila ada yang menetapkan nak ke Kampuchea la, Vietnam la, England la, London la, situ la...sini la. Lantak la, ya tak...duit masing-masing.

Aku pun macam tu jugak. Aku ada satu tempat yang paling aku suka lawati. Aku dah lawati tempat ni beratus ribu kali sepanjang kehidupan aku bergelar orang. Yang menghairankan, lawat la sekerap mana pun, aku tak pernah jemu padahal aku jenis orang yang cepat menyampah kalau terpaksa menghadap sesuatu benda tu berulang kali.



Ngapa aku suka tempat ni? Mudah saja jawapannya...kat situ ada tugu yang kukuh yang tak pernah terjejas sedikit pun sejak puluhan tahun yang lalu. Tugu tu bernama Kasih Sayang. Setiapkali aku tiba, aku cuba memandang ke atas untuk melihat puncaknya. Tingginya menyapu awan.

Di situ juga bersemayam dua orang pemimpin ulung yang mungkin tidak hebat pada mata orang lain tapi maha hebat pada pandangan aku. Shakespeare yang di agung-agungkan oleh manusia lain di muka bumi ni, bagi aku hanya layak melutut di kaki mereka berdua ni. Bahasa Pahang pekat yang dipertuturkan mereka kedengaran lebih agung dari karya Mozart atau sesiapa sahaja.

Aku, adik adik aku akan terus melawat ke sini dari masa ke masa kerana ' petugas' di tempat ini tidak pernah menunjukkan wajah penat. Lawatilah pada bila-bila masapun, berapa kali pun dalam sehari, senyuman pasti akan menanti kami di muka pintu. Aku pasti akan membawa anak dan isteri aku terus melawat ke tempat kegemaran aku ni sepanjang kehidupan aku, insyaAllah. Ada banyak perkara yang boleh dipelajari di sini.

Oh ya...lupa nak bagitau, ni la gambar tempat tu...rumah mak aku!

No comments:

Post a Comment