Friday, June 26, 2009

Semuanya Bermula Di Sini

Mungkin ramai yang tak perasan, ini lah tempat di mana rang undang-undang dibahaskan, akta-akta diperbincangkan, dasar-dasar negara diperdebatkan, penyata kira-kira keluar masuk wang negara dianalisa, diperbetulkan mana yang tak betul, diperhalusi dan seterusnya diluluskan.

Pengerusi biasanya tidak dilantik secara tetap. Siapa yang ada cerita menarik atau isu hangat yang nak dibincangkan, secara otomatik akan dilantik sebagai pengerusi. Tak la semestinya siapa yang duduk di hujung meja dia yang jadi pengerusi.

Buka la isu apa pun, kebanyakkan rekod dan perangkaan kepada isu tersebut ada tersimpan di sini. Biasanya, salah seorang dari kalangan para delegasi yang hadir pada satu-satu masa akan dengan sukarela membentangkan dan mengupas isu tersebut dengan panjang lebar. Bukan setakat tu sahaja, siap dengan tokok tambah dan lebih sadis lagi, dengan carut-marutnya.

Aku cadangkan kepada semua pihak, daripada tukang sapu sampah sampai la ke pentadbir sebuah dunia, datanglah ke sini jika anda menghadapi masalah dalam pentadbiran kerjaya anda. Pakar rujuk kepada segala jenis masalah berada di sini. Barrack Obama mungkin tak perlu pening kepala kalau dia sanggup luangkan masa menghadap Hj KM, segala perencah tentang kestabilan kaum dan agama di Selatan Thailand sudah lama difikirkan oleh Matmie hanya menunggu Abisheet, PM Tailand, datang mengadap. Matmie dah sedia nak persembahkan Power Pointnya. Ustaz Akhil Hayy pula tak perlu memikirkan jawapan yang tepat untuk dijawab kepada pihak media tentang rumahtangganya kerana semuanya sudah direkod oleh Padil.

Keterangan gambar : Para delegasi dengan seriusnya membincangkan tentang kegagalanTom ( seekor kucing ) yang telah berpuluh tahun cuba menangkap Jerry ( seekor tikus ) iaitu sejak dari para delegasi kecil-kecil lagi. Bangang punya Tom.

ps: Tu tengok dalam gambor tu, hak baju biru cair tu, berapa kali Effa Raziah kentut sehari dia tahu tu...hehehe

Tuesday, June 23, 2009

Dan janji Allah itu benar belaka...

Koi dikejutkan oleh panggilan pada pukul 2 pagi. Bila koi ambik telefon dalam keadaan mamai, koi terpandang no seorang kakak dan koi dah mula menjangkakan sesuatu yang tidak enak telah berlaku. Dalam mamai juga, koi buka mesej dalam inbox yang bersusun dan salah satunya berbunyi " assalamualaikum, saya nak beritahu mak saya dah meninggal dunia pagi tadi dalam pukul satu lebih...".

Lama koi termenung. Koi mengenalinya sejak zaman persekolahan disebabkan persahabatan yang akrab dengan anaknya. Dia seorang ibu yang baik, mulutnya tidak berhenti-henti bercerita, membuang segala perasaan silu jika bertandang ke rumahnya. Koi selesa dengan seorang ibu yang becok begitu.

Sebaik koi menjadi guru, koi masih terus menziarahinya. Terus mendengar celotehnya tentang penyakit yang dihadapinya, tentang tegarnya dia berulang alik ke hospital menjalani rutin hidupnya. Koi sambung study dan selalu jugak koi singgah menziarahinya ( rumahnya terletak di laluan koi setiap kali menghadiri kelas ). Habis belajar, kesibukan dan jarang keluar menghadkan masa untuk terus mendengar celotehnya. Selepas hampir dua tahun, koi singgah dan kesihatannya sudah mula menurun. Dia hanya terbaring tapi masih mampu bercerita. Bersungguh benar dia mahu bercerita dan koi tak rasa jemu pun melayaninya.

Bermula pagi ini, koi tak mungkin mendengar ceritanya lagi. Dia telah kembali kepada penciptanya. Yang masih terngiang di telinga koi sehingga sekarang hanya kata-katanya pada suatu masa " terima kasih la sebab awak datang juga melawat orang tua ni...".
Koi melakukannya atas dasar bahawa satu masa koi juga akan menjadi tua dan akan melalui apa yang dilaluinya.

Kepada semua anak-anaknya, Allah telah menjanjikannya dan janjiNya benar belaka. Dia maha mengetahui di mana tempat untuk ibu yang berjasa itu!
Al Fatihah.

Koi: Ada masanya koi terfikir alangkah baiknya kalau Allah mengambil koi terlebih dahulu supaya koi tak perlu melalui semua ni.


Monday, June 22, 2009

Tak puas hati betui koi

Yesterday, my wife fasting so I took her to the nearest pasar malam...kot2 la dia nak makan apa-apa. Tengoh duk jalan-jalan tu, koi terpandang satu peristiwa yang bagi koi sangat menyayat hati. Ada la sorang brother pertengahan umur sedang mengasingkan ikan sungai mengikut jenis, nak jual la gamaknya. Takpe la dia nak jual ikan sungai tu, nak digonekan pulak, ye tak. Dalam banyak banyak jenis ikan yang dilonggokkannya tu, koi terpandang beberapa longgok anak ikan toman. Ada la dalam sebesar ibu jari dan lebih kurang sejengkal panjang. Kalau dipandang secara kasar, mau dalam seseratus ekor lebih jugak la. Tekejut koi...anak ikan yang bergerak secara kumpulan macam tu memang senang ditangkap. Kat situ berakhirnya nasib anak-anak ikan yang masih merah tu.

Brother yang jual tu mungkin tak tahu sebanyak mana waris-waris toman baru yang boleh dilahirkan dengan nyawa yang dia dah tamatkan tu, sekiranya anak-anak toman tu dibiarkan terus hidup. Brother tu juga mungkin tak tahu, kalau orang yang biasa ke sungai, ikan toman orang tak makan. Bukannya sedap pun...koi kalau pancing toman pun hanya untuk test kemahiran dan sport fishing, tu aje. Kalau nak makan, sorry. Baik koi makan ikan bilis je...

Zalimnya manusia...tapi bila pikir semula, tak boleh juga nak salahkan brother tu. Entah anak-anak dia nak sekolah, belanja itu, belanja ini...mana lagi sumber duit yang ada selain dari cuba lakukan apa sahaja.

Bila koi bergerak je untuk blah dari situ, koi tahu yang satu masa anak koi mungkin tak kenal dah ikan toman dewasa, dah pupus kesemuanya. Tapi takpe la...kesinambungan hidup anak-anak penjual anak toman lebih penting daripada nyawa toman itu sendiri!

Puas Hati Koi...




Menewaskan si sepit biru memerlukan kepakaran yang jitu. Ada ijazah berjela pun belum tentu tahu cara nak mendaratkan spesis ini. Saksikan.....masa-masa macam ni...ijazah sepanjang lebuh raya PLUS pun tadak makna....

Friday, June 19, 2009

The Place I Want To Visit The Most.

Manusia yang hebat-hebat di Malaysia ni dah menetapkan tempat-tempat hebat yang mereka nak lawati. Dah tentu la tempat tu pulak mestilah sehebat status mereka. Aku tak terkejut bila ada yang menetapkan nak ke Kampuchea la, Vietnam la, England la, London la, situ la...sini la. Lantak la, ya tak...duit masing-masing.

Aku pun macam tu jugak. Aku ada satu tempat yang paling aku suka lawati. Aku dah lawati tempat ni beratus ribu kali sepanjang kehidupan aku bergelar orang. Yang menghairankan, lawat la sekerap mana pun, aku tak pernah jemu padahal aku jenis orang yang cepat menyampah kalau terpaksa menghadap sesuatu benda tu berulang kali.



Ngapa aku suka tempat ni? Mudah saja jawapannya...kat situ ada tugu yang kukuh yang tak pernah terjejas sedikit pun sejak puluhan tahun yang lalu. Tugu tu bernama Kasih Sayang. Setiapkali aku tiba, aku cuba memandang ke atas untuk melihat puncaknya. Tingginya menyapu awan.

Di situ juga bersemayam dua orang pemimpin ulung yang mungkin tidak hebat pada mata orang lain tapi maha hebat pada pandangan aku. Shakespeare yang di agung-agungkan oleh manusia lain di muka bumi ni, bagi aku hanya layak melutut di kaki mereka berdua ni. Bahasa Pahang pekat yang dipertuturkan mereka kedengaran lebih agung dari karya Mozart atau sesiapa sahaja.

Aku, adik adik aku akan terus melawat ke sini dari masa ke masa kerana ' petugas' di tempat ini tidak pernah menunjukkan wajah penat. Lawatilah pada bila-bila masapun, berapa kali pun dalam sehari, senyuman pasti akan menanti kami di muka pintu. Aku pasti akan membawa anak dan isteri aku terus melawat ke tempat kegemaran aku ni sepanjang kehidupan aku, insyaAllah. Ada banyak perkara yang boleh dipelajari di sini.

Oh ya...lupa nak bagitau, ni la gambar tempat tu...rumah mak aku!

Wednesday, June 17, 2009

Bantu la kami encik...

Satu malam Selasa, koi kat Temerloh. Saja jalan-jalan bawak anak isteri...dan koi berhenti kejap kat stesen minyak kat tapak pekan sehari tu. Masa tu dalam pukul 11 malam. Sebaik turun, datang la seorang budak perempuan dalam lingkungan tiga empat belas tahun umurnya. Di tangannya ada beberapa kotak yang koi tak tahu apa isinya dan beberapa gulungan kertas yang koi agak mungkin kalendar. Dia beri salam dan koi jawab seadanya. Katanya memohon derma untuk rumah anak yatim di Kedah. Koi yang tengah mengisi minyak hanya mendengar, nak tahu apa lagi ceritanya.

Selepas beberapa ketika, koi tanya budak tu adakah dia masih bersekolah dan dia kata ya, sekolahnya di Kedah. Koi tak pernah kisah tentang menghulurkan seseringgit dua untuk sama-sama mengongsi rezeki Allah. Seringgit dua koi tu mungkin tak dapat nak bina sekolah, tapi mungkin dapat mengisi perut budak tu kalau memang betul dia lapar ( dia kata dia belum makan lagi seharian ). Cuma koi macam tak percaya bila budak tu kata " bantu la kami encik...untuk kami meneruskan persekolahan seperti anak-anak lain".

Kata-kata macam tu boleh memancing kesedihan dan simpati. Yang terlintas di benak koi, kata-kata tu mungkin telah di ' program ' kan. Koi nak je tanya budak tu, kalau koi bagi dia berpuluh ribu pun, macam mana dia nak meneruskan persekolahan kerana malam tu sepatutnya dia berada di rumah mentelaah pelajaran, menyediakan buku-buku atau apa yang patut untuk persekolahan pada keesokkan harinya. Kalau nak kata selepas aktiviti memungut derma tu baru dia nak balik dan bersedia untuk persekolahannya keesokan hari, mustahil sebab sekolahnya di Kedah. Wallahuallam...

Koi tak boleh pikir banyak sangat. Haram bagi seorang Muslim untuk tidur dalam kekenyangan sedangkan seorang Muslim yang lainnya kelaparan. Koi kesian kat adik tu, dia tak sepatutnya merayau menjual kalendar pada ketika dia sepatutnya belajar untuk masa depannya. Koi teringat GPK Ko koi Tn Hj KM pernah kata, kalau kita usap saja kepala seorang anak yatim dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, Allah menyediakan sabuah mahligai untuk kita di syurga.

Sapa la yang zalim sangat suruh ' anak yatim ' semuda itu jual kalendar tengah-tengah malam?

Monday, June 15, 2009

Terasa Diri Dah Terlalu Tua...


Seksanya diri bila bermain dengan usia yang dah lanjut gaya koi ni. Ngengap...rasa nak muntah, rasa nak rebah...semuanya ada. Sebelum main rasa daya, rasa nak berlari ke serata padang. Dan je masuk dua tiga belas minit, mula dah...

Ramai dah yang seperaih dengan koi jadi penonton je walaupun pernoh jadi star dulunya. Koi? Tunggu la sikit lagi, sesetaun dua lagi. Sayang nok ninggalkan rodong-rodong...