Tuesday, September 29, 2009

Udang Pulak Lagi....

Udang yang diperolehi di Sungai Pesagi. Naik hujung sepit, kering kontang air sungai. Merekah terus tanah...nak ngabor ke besornya. Ni baru sekor je koi tunjuk ni...hak lain tak dapat lagi! Hak ni pun aboh koi dapat...koi macam biasa la...ambik hak kecik kecik je. Hak besar besar banyak tulang...

Friday, September 4, 2009

Merdeka apa namanya?

Dah 52 tahun dah kita merdeka. Tak sedar je. Ramai pejuang kemerdekaan yang bertungkus-lumus menggadai nyawa untuk memerdekakan tanahair ni dulu dah takde dah gamoknya. Atas nama menghargai, setiap tahun kita pakat berarak la kononnya ke hulu ke hilir. Mana yang mengusung bendera, dengan benderanya. Mana yang gila bertempik, bertempik haje kerjanya...merdeka ke darat, merdeka ke baruh. Mana yang gila berucap, belejeh sokmo air liur. Kitnya yang koi nampok, kalau tuk nenek kita dulu berhempas pulas nak bebaskan Tanah Melayu daripada orang Inggeris, cucu cicit nya pulak sekarang ni sibuk nak jadi orang putih.

Acu pegi ke bandar. Tak payah bandar besar-besar la, padan dengan Temerloh tu je. Bersepoh-sepoh klon Britney Spears, Drew Barrymore, Angelina Jolie dan entoh sapa-sapa lagi. Pakaian memasing jangan la, seksi ngalahkan pelakon Hollywood. Lupa ke mak ayah nunggu di muka pintu di Lipat Kajang, di Lebok, di Paya Pasir, di Paya Pulai...takde pulok pun dalam surat beranok bertulis Ohio. Dalam berpakaian gitu, lupa juga ke hidung tu kepek ngalah kan baru lepas kena langgor dek kerbau. Orang putih sangat la kononnya tu. Merdeka ke gitu? Sikit lagi sok ada pulak la yang gi ke Pekan Sari bolen gitu haje, tengok la me tak pecaye...Merdeka la gelor kan...

Hak jantan nya pulok, rambut. Entoh mana dapatnya pesen gitu gaye koi pun tak tahu. Yang dah bangka tu tak kata la, tak dapat nak ejas dah. Yang darjoh enam pun rambut dah macam-macam gaye pesen. Kena pandang lama-lama baru nampok ada gaye orang. Me tidok, gaye cipan ada, gaya platipus ada, gaya musang kelong pun ada. Tak tau la apa nak jadi...

Tu baru Temerloh. Tak masuk lagi Kuantan, Penang, Kuala Lumpur, Kuala Ketil...Rasa koi banyokyang nyambut hari merdeka sambil mabuk-mabuk. Yang nyambut dengan konsert jangan cerita la. Berbilang taun ada... Kalau ikut ke koi, nunggu pukul 12 malam nak melaungkan merdeka tu pun tak payoh. Siang bukannya takde, buat menda buat keje ngantuk ke mata gitu. Tunku dulu dia sambut siang je, lagi la tenatnya dia yang mengusahakan merdeka tu. Ke maksudnya merdeka tengoh malam gitu, bini tidor di rumah kita bertempik di luar?

Hak bahagian berlakon dalam TV pulok jangan cerita la. Asal merajuk je lari ke London, asal merajuk je ke London. Macam la ke Sanggang, ke Kelebang tak boleh lari. Dialognya pulak satu hal. Cakap Melayu sepatoh, orang putih sepatoh. Cakap Malayu je la atau pun cakap orang putih sepenuhnya, senang. Kalau cerita orang putih tu, koi tak pernah dengor pun dia cakap selit-selit ngan Bahasa Melayu.

Merdeka ke gitu? Merdeka konon...


Budak Nak UPSR...

Hari ni hari terakhir persekolahan biasa sebelum UPSR minggu depan. Pejam celik, pejam celik...dah UPSR dah. Rasa macam baru ngat lagi awal tahun nya. Cepatnya masa berlalu, makin hari makin ke laju. Bimbang juga koi tengokkan budak-budak ni. Cukup dah ke ilmu yang koi bagi untuk budak-budak ni menjawab? Betul dah ke apa yang koi buat sepanjang sembilan bulan budak belajar ni? Bimbang betul...

Tapi koi tengok budak-budak relax je, takde masalah lalu gaya nye. Koi suruh gunakan peluang yang ada sikit-sikit untuk bertanya, takde lalu yang datang bertanya. Tak tahu la samada dah penuh sangat ilmu kat dada sampaikan dah takde kelompangan untuk disumbatkan dengan ilmu baru atau tak tahu apa yang nak ditanya. Berasa nak marah jugak tapi lantak la...dah namanya budak.

Buat la budak, apa yang patut. Sebagai cikgu, koi doakan awak orang boleh buat yang terbaik. Koi tak dapat apa-apa pun kalau awak orang berjaya...jadi, buatlah sesuatu untuk diri masing-masing.


Wednesday, September 2, 2009

Minyak Paling Pick-up di Dunia

Ini bukan soal politik. Koi tak ambik tahu hal-hal politik ni, koi tak berada di landasan yang betul dan tak ada pengetahuan tentang politik macam sesetengah orang tu. Koi hanya nak bercerita tentang apa yang benar-benar berlaku.

Baru-baru ni kerajaan umumkan pengeluaran minyak petrol baru RON95 dengan harga RM1.75 seliter. Okay la tu ye tak, biar pun murah 5 sen je berbanding dengan minyak yang sedia ada, tapi kira dah cukup baik la tu. Seliter memang le 5 sen beza harganya, cuba bayangkan kalau kita isi 5 juta liter, dah banyak mana kita jimat?

Tapi koi akui minyak ni memang bagus. Dia punya pick-up, perghhhh...mencanak pergi nya. Apa tak mencanaknya, seminggu sebelum tu umum harga RM1.75 seliter. Tak dan berapa hari dah naik RM 1.80 pulak dah seliter. Tak pick-up ke namanya tu? Minyak RON lain lambat. Nak naik tu lepas kaji, kaji..lepas kaji,kaji. RON95 ni takde, berdesup...

Huishhh...pick-up gile!

Tuesday, September 1, 2009

Bila Kekaguman Datang...

Semalam dalam perjalanan balik, untuk kesekian kalinya, koi bertembung dengan sekumpulan Mat Bangla, berjalan kaki di tepi lebuh besar di Triang 03. Masa tu lebih kurang pukul 6.15, sejam sebelum berbuka puasa. Ada la dalam empat lima orang. Biasa la diorang ni, dengan dressing yang warna-warninya. Seluar pink pun ada, dipadankan pulak dengan baju hijau berkilat. Tapi bukan itu yang koi nak cerita. Ada perkara lain yang lebih menarik perhatian koi.

Selalu jugak koi selisih dengan puak-puak ni dalam waktu lebih kurang sama. Masing-masing happy je berjalan kaki ramai-ramai sambil bergurau sesama mereka. Setiap kali berselisih, setiap kali tu juga la kekaguman menyelit dalam hati koi. Ini la puak yang seringkali diberikan gambaran dan konotasi negatif oleh orang-orang di negara koi yang makmur ni. Di hina, ditindas, tenaga diperah tanpa imbuhan yang setimpal, bukan perkara baru yang diorang ni hadapi. Tapi, atas rasa tanggungjawab, menyuap mulut tanggungan yang mereka tinggalkan, jauh pun jauh la. Diorang datang jugak atas nama mencari rezeki.

Tapi itu belum cukup untuk buat koi kagum. Bukan itu sebabnya. Kalau setakat macam tu, biasa la ye tak...dah memang namanya tanggungjawab, kena la buat.

Yang buat koi tersentuh, setelah sepanjang siang kerja di ladang sawit, diorang tak pernah lupa tanggungjawab diorang kepada Allah. Sampai masa, ramai-ramai pakat ke masjid. Jauh tu diorang berjalan kaki dari rumah kongsi yang disediakan oleh pihak Felda. Kalau koi sendiri pun, berjalan kaki sejauh itu, rasanya tak sanggup. Bagi kita sembahyang boleh dibuat di rumah, tapi mungkin bagi diorang, di masjid lebih afdal dan fadhilatnya lebih tinggi.

Masa tu koi terfikir ke anak-anak Malaysia yang sering mengaku dirinya lebih serba-serbi berbanding Mat Bangla. Ada je benda yang negatif, macam Bangla. Ada je perkara buruk, macam Bangla. Seronok sangat dapat melabelkan manusia dengan label gitu. Mat Bangla yang koman ngat pada kita tu, masuk je waktu, tak kira penat tak penat, terus ke masjid. Jalan kaki pulak tu. Koi? Kita? Ada kat mana masa tu....?

Kalau nak dibanding, lebihnya kita dengan Mat Bangla ni satu je...pakaian kita matching. Masuk bab tanggungjawab, keberanian, kegigihan, ketekunan bekerja, dan lebih penting keagamaan, kita jauh ngat tewasnya...