Tuesday, April 20, 2010

Kawan Koi Yang Paling Kamceng...


Ni la kawan koi yang paling kamceng dengan koi di Asia Tenggara ni. Kecuali masa dia takde dengan koi...masa lain semua dia ada...hehe.

Tak dapat lalu nak buat kerja lain kalau dia ada. ada-ada je benda yang dia buat nak bagi koi bertempik ke dia. Kalau tak kena marah sehari, agaknya miang-miang badan dia.

Tapi kalau dia takde...rasa tak best pulak.

Monday, April 19, 2010

The Silly Kaloi.



Ikan ni bolehlah diiktiraf sebagai makhluk air yang paling bingai dalam dunia. Letak la umpan apa pun, kena la mata pancing berapa banyak kali pun, kalau terlucut dia akan makan semula sehingga la riwayatnya berakhir ataupun dia dah kehilangan selera.

Koi mancing ngan Ammar, dapat sampai sembilan ekor setempat. Hulur je makan, hulur je makan...makan je hulur... Sedar-sedar dah sekerat guni beras sepuluh kilo tu dah.

Ada rodong kata umpan lipas tanah paling mujarab. Ada juga koi pernah dengar orang memancing guna umpan bunga raya, pepatung la...lipas rumah la...tapi tak payahlah nak memeningkan kepala kalau setakat nak tangkap ikan yang sebangang ni. Beli je cengkerik singgit, lepas tu boleh la berangan nak dapatkan ikan bodoh yang paling significant dengan mitos masyarakat Melayu ni.

Rasa dagingnya? Ptuihh...bukan nak cerita la...baik makan tak payah berlauk, lagi sedap. Rasa daun kayu reput! Tapi kalau buat pekasam...cerita pun tak guna. Sapa nak tahu mana tempat nak dapat ikan ni, contact koi...kita kasi dia pupus dari moka bomi ini...( bahasa org jahat ).

Haa sengih apa lagi...dari usung joran kulu kilir ikan tak dapat, baik ngail kaloi...

Mat Kenerak...



Ni gambor Ammar dengan baung kenerak yang koi dapat si sangkar Rambo ( Rahimi Jelam ), punya la excited nya dia bila koi dapat ikan tu. Rata diusungnya....

Dia kabor dia nak bela ikan tu. Koi kata kalau nak bela, simpan la dalam tempat berair. Dia tak nak, nak pegang jugak. Dia ingat menatang tu kambing gamoknya...boleh idup di darat. Nak jadi cerita, lepas koi mancing tu koi terjumpa ngan Rahimi, tuan sangkor hak tu la. Kome ngeteh dulu di simpang ke padang golf belengu tu...ikan kenerak dia tu koi suruh di letak kat dalam kereta. Dia pun letak la kat tempat kaki dalam kereta.

Sekali bila balik ke rumah, ikan tu dah keras kejun. Dia punya la marah, sampai ke petang taknak bercakap dengan koi. Dia nampak salah koi sebab lama ngat ngeteh yang buat ikan tu mati. Dia tak nampak yang sekerat hari ikan tu kena usung ke hulur ke hilir tak jumpa ngan air...mana tak kejun!

Alahai anok...me ikutkan hati...lutu ke dalam arus te je...

Friday, April 16, 2010

Anak Bapak...



Ni gambor kat kolam udang. Dia nak ngikut koi ngail udang kat sungai...koi tak nampak jalan macamana nak bawak dia. So, koi bawak dia ke kolam udang. Siapkan umpannya, siapkan alatannya...lepas tu koi biarkan je dia uruskan sendiri. Nak mancing sangat.

Tak nampak pun kekoknya dia ngisi umpan ke mata kail, ngulur pancing dan yang lebih menarik, dia naikkan udang dengan selamba...macam pro. Ada lelaki tua berbangsa Cina di sebelahnya, sudahnya tak beri tumpuan pada pancing...asyik nengok ke Amar je... Yang si Amar pulak jangan cerita la...dapat udang ngalahkan dapat jentolak bangganya!

Satu je yang koi lemas sikit...dia tak nak pegang udang yang dia dapat. Dia takut! Ada juga bahagian yang jadi kerja koi... Tu udang yang koi pegang tu hasil pancingan dia la tu...


Indahnya Ciptaan Allah





Tak tercapai dek akal melihatkan betapa indahnya ciptaan Allah ni. Dari awan yang berbelak-belak, matahari yang baru nak naik, arnab yang secomel itu...sampai la ke Ammar yang dihantar Allah sebagai amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin. Alhamdulillah...

Thursday, April 15, 2010

Selagi Ada Tuba Di Hati...

Baru-baru ni anok koi ajok koi pergi mancing. Kebetulan koi takde kerja, koi pun suruh la dia bersiap. Lama dah tak gi memancing ngan dia, best jugak dapat pergi. Semangat betul dia. Capai itu, capai ini...

Koi bawak dia ke sungai Tementi, sungai kecik yang banyak ikan walaupun takde ikan besar-besar. Dalam kereta, dia tak abis-abis bercerita, merancang aktiviti yang nak dibuatnya di sungai karang. Sampai je ke sungai, dia cepat-cepat turun dan berlari ke tepi air. Tak menyempat koi nak park kereta lagi dah. Tiba-tiba dia diam dan matanya bulat memandang ke sungai. Katanya, banyak ikan mati.

Koi terkejut bila tengok anak-anak ikan memutih mati dalam sungai tu. Baunya jangan cerita la. Dia tanya koi sebab apa ikan tu mati macam tu. Koi bagi tau dia ini lah angkara tuba. Dia tanya tuba tu apa. Koi bagitau tuba tu adalah makanan asasi puak-puak yang berketahanan tinggi. Dia tanya lagi ngapa anak-anak ikan macam tu pun nak tuba jugak. Koi bagitau anak-anak ikan tu tak boleh lah dibiarkan besar, nanti ramai sangat yang boleh mendapat manfaat daripadanya. Jadi sementara belum besar, elok la dihapuskan. Dia kata tak berdosa ke buat macam tu. Koi cakap tak. Berdosa ni dikira kalau orang makan atau gunakan hak kita, biar lima sen pun...tapi kalau kita punahkan hak orang ramai dan membuat khianat kepada makhluk Allah yang lain, tu tak kira berdosa, pada si penuba la...

Koi ajak dia balik. Koi nampak riak kecewa pada wajah kecil dia tapi koi tak boleh nak buat apa. Sebelum balik koi pesan kat dia, nanti bila Amar besar, jangan bawak balik ikan tuba ke rumah...abah ngan mama tak berketahanan tinggi untuk makan racun.

Tercangak-cangak dia...tak faham agaknya.

Cerita Tak Guna



Mari pakat-pakat tengok siakap koi ni. Ini mungkin bukan perkara hebat bagi orang-orang yang kaki pancing ataupun kaki mengilat tegar. Mungkin diorang dah pernah dapat lebih hebat daripada ni. Tapi bagi anak Bera yang rumahnya beratus kilometer dari laut atau dari muara, ni dah kira satu pencapaian yang sangat memuaskan.

Rezeki tak diatur dek manusia. Ikan ni koi dapat di Tanjung Sedeli, berumpankan seekor belanak hidup yang koi dapat di tempat yang sama. Koi cangkukkan belanak tu tanpa target dan tanpa harapan...sekadar nak hilangkan rasa kecewa selepas berpanas seharian tanpa hasil. Ada brother kat sebelah koi yang mengaku dirinya berpengalaman berpuluh tahun mengail di muara, mentertawakan koi kerana katanya belum ada sejarah orang memancing kat situ guna umpan lebih sejengkal panjangnya. Dalam hati koi, takpe...kalau belum ada sejarah, biar koi jadi ' history setter' nya.

Ni la yang koi kata rezeki tak diatur dek manusia. Tak sempat menyandar joran ke pengadang pelantar, tak sempat koi nak selaraskan drag pancing koi, melipat joran tarik dek ikan. Koi sempat longgarkan sikit je drag dan bermulalah pertarungan. Pertarungan dengan ikan tu tak berapa ngat bagi koi, pertarungan perasaan dengan brother tadi yang lebih mencabar. Sepanjang mesen koi menjerit tu, dia tak berhenti-henti kata yang ikan tu mesti terlucut punya. Belum ada sejarah orang dapat naikkan ikan besar dari jeti buruk tempat koi mancing tu, katanya. Balik balik sejarah...balik balik sejarah...macam la sejarah tak boleh diubah. Ada juga orang macam tu...

Bila ikan tu dah terdampar di tebing, adik ipar koi cepat-cepat turun ke air dan balut ikan tu dengan tuala, peluk dan bawa naik ke atas. Koi memang takde pengalaman dengan ikan sebesar tu...hampir lima kilo. Ikan liar pulak tu, tenaganya...fuh...challenging. Koi dapat pun bukan kerana kepandaian, tapi kerana rezeki. Brother tu mungkin lupa...pengalaman dan kepandaian dia memancing tak memungkinkan dia boleh dapat ikan dalam tub mandi.

Lepas je ikan tu koi sumbat dalam boot kereta, koi dapat bayangkan hari esok berbaris la pemancing lain kat jeti buruk tempat koi duduk tu, dan salah seorangnya mungkin brother yang terror memancing tu. Koi juga bayangkan yang brother tu terkial-kial mengejar belanak hidup nak buat umpan...

Buat la apa yang patut. Rezeki Tuhan, tak de orang boleh duga!