Monday, October 19, 2009

Aku Sepasang Kasut Yang Derita

Aku tak tahu nak macamana cerita ni nak aku mulakan. Aku tak ingat dilahirkan di mana, tak ingat apa namaku dan asal keturunanku. Mungkin akibat tekanan dan bebanan kerja yang aku alami setiap hari sejak dibeli oleh tuan baruku ini membuatkan aku mengalami ' long term memory lost '.

Aku sepasang kasut yang bersaiz agak besar juga. Memandangkan aku tak pernah ke sekolah jadi aku tak kenal angka. Memang la saizku ada tertulis di badanku ni tapi ye lah...dah aku cakap aku tak kenal angka...takkan tu pun korang tak reti-reti lagi. Yang aku tahu, aku pernah terdengar rakan-rakan tuan ku berbual, untuk menyiapkan aku, tujuh lapan ekor juga la kerbau bersaiz sederhana berjalan tanpa kulit. Ye ke tidaknya...tak dapat la pulak aku pastikan.

Bila aku siap, aku ditempatkan di sebuah kedai. Kedai apa namanya tak tahu lah pulak aku. Yang aku pasti, kedai kasut. Takkan la pulak nak diletakkan di kedai roti...ye tak? Lama jugak la aku melahu kat kedai tu, takde orang yang nak beli. Kawan-kawanku yang bersaiz Asia dah ramai yang kena jual...aku je yang tak laku-laku lagi. Apa la nasib aku...kadang-kadang aku tertanya juga ...buruk sangat ke aku ni?

Satu hari, dari jauh aku terpandang seorang lelaki menuju ke arahku. Perasaan ku bercampur baur, antara gembira, gementar dan bimbang. Gembira kerana aku bakal menjadi milik orang hari ni, gementar bila mengenangkan beban yang mungkin aku tanggung apabila melihat saiz lelaki itu. Tapi sebagai seorang kasut, aku mesti menerima ketentuan Ilahi tu dengan tabah. Seorang kasut? Peduli hape aku...anak manusia yang gi sekolah sampai tingkatan 5 tu pun
penjodoh bilangan pun tak betul guna jugak...ni pulak aku, kasut! Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap gelita. " Ah sudah...", kata hatiku. " Nak pitam ke aku ni?", tanyaku sendirian. Oh...rupa-rupanya keadaan menjadi gelap kerana bakal tuan baruku itu terlalu besar orangnya. Aku ingatkan aku mengalami tekanan darah rendah tadi. Terlupa la pulak yang aku kasut... darah rendah datang dari mana, ye tak?

Lalu bertuan baru lah aku hari itu setelah tuanku itu berakad jual beli dengan seorang tokey cina. Macamana diorang berakad tak tahulah pulak aku, aku mana ada telinga nak dengar. Aku pun ikut la tuan baru ku itu ke Kumai, duduk felda la aku. hehe...

Panjang sangat dah pulak cerita aku ni. Aku takde masalah nak bercerita, takut Zahar la malas nak menaip. Dia tu bukannya jenis rajin sangat...ni pun menaip benda tak berfaedah, mahu la dia. Cuba kalau benda berfaedah...huh, jangan harap! Contohnya tu Adapp tu, mana dibuatnya. Mujur ada Matmie. Takpe...kita pendekkan!

Bermula lah kehidupan yang penuh penderitaan buat aku. Aku menanggung ratusan kilo punya beban setiap hari dan ia amat menyiksakan diriku. Tubuh badanku dah mula lari 'tune', dah mula herot-petot. Siksanya la aku. Satu hari masa perhimpunan di tempat kerja tuan aku tu, seorang rakannya menunjukkan kepada tuan ku itu keadaan badanku yang dah terkupas dan koyak rabak. Tapakku juga dah patah. Malangnya haram dipedulikan dek tuan ku itu. Katanya dia nak beli kasut baru. Aku rasa sangat gembira...padan la muka kasut baru tu karang. Bior dia mampus menanggung beban kerja yang melampau-lampau.