Tuesday, November 15, 2011

Perginya Matahari....

Baru hari ni koi ada kekuatan untuk menulis tentang 'matahari' yang selama ni menyinari hidup koi..matahari yang telah dijemput penciptanya pulang.

Menulis terlalu panjang hanya akan membuatkan hati terusik. Cukuplah untuk koi katakan bahawa setiapkali koi balik ke rumah, koi rasa sangat kehilangan bila tak ada lagi senyuman yang menanti di muka pintu, senyuman yang mengiringi sehingga koi bergerak meninggalkan rumah semula, gelak tawa yang mengiringi lawak bodoh yang koi buat, orang yang mendengar cerita koi, yang bertanya koi menang ke kalah main bola, yang memujuk koi suruh bawak dia gi memancing, yang menasihati koi dan yang memayung koi dengan penuh kasih sayang, semenjak koi tapak kaki dua jari hingga ke hari terakhir pemergiannya...

Hidup koi kosong dan gelap, sunyi tapi koi redha dengan ketentuan Allah. Setiap kali koi balik, koi selalu yakinkan diri bahawa mak ada...mungkin dia ke rumah anak-anaknya yang lain dan koi cuma tak ada rezeki untuk berjumpanya pada masa itu. Dengan cara itu, koi tak akan rasa kehilangan dan tak akan jemu balik ke rumah dengan harapan akan ada satu masa koi akan jumpa mak...

Selamat jalan mak. Semoga Allah memberkati keseluruhan hidup mak ketika mak masih di dunia, dan akan menempatkan mak di tempat yang selayaknya di sisiNya sebagai seorang ibu yang terlalu banyak berjasa, sesudah mak dibawa pulang ke sisiNya.

Mak...pancing yang mak suruh koi ikat beberapa hari sebelum mak pergi tu...koi ada simpan. Koi dah bagitau Azzah dan Amar...apa pun, pancing tu mesti berada di situ...itulah pancing murah yang bernilai paling tinggi pada koi.

Tinggal dulu mak.