Thursday, April 30, 2009

Sistematiknya kawan kome...

Koi nak cerita sikit tentang seorang kawan kome di SK Kepayang ni. Puji la ni tapi takde niat tersembunyi. Dia bukannya boleh nyain borang biasiswa anok koi...jadi takde la kena-mengena dengan bodek-membodek tulisan koi ni.

Dia cikgu biasa je, macam cikgu-cikgu lain di Malaysia ni. Tengok dari luarannya dia sama je dengan kita. Tapi bagi koi dia ada banyak kualiti yang takde pada koi. Dia sorang yang tenang, relax je. Tak ada menda yang boleh buat dia menggelabah. Koi rasa dia ni, kalau langit dah runtuh separuh pun, dia selamba je menubuhkan jawatankuasa dan bermesyuarat. Punya la tenangnya dia.

Dia payah marah. Kutuk mengutuk dah jadi budaya sekolah koi. Siapa tak tahan, alih la telinga letak ke tempat lain. Tapi dia ok je...tak pernah berkerut kening menunjukkan kurang senang atau sebarang perasaan negatif. Ye, la dia pun kaki kutuk juge. Maroh la...me tak lunyai dahi kena tengkeh, aci apa...

Dia setelkan kerja on-time dan perfect. Bagi la kerja apapun, setel punya. Tak pernah nampok gaya serius pun, tapi hasilnya tip-top dan marvellous. Mengikut skima.

Dia sistematik. Yang ni koi paling kagum dan tak mampu nak lawan. Koi buat apa-apa main larung je tapi dia memang sistematik habis. Nak buat sesuatu tu, siap dengan check-list, nota-nota kecik kiri kanan poket. Tak ada benda yang dia terlepas pandang, kelas gitu!

Dia jenis tak kesoh. Contohnya bidang sukan, dia bagus main bola. Dengan susuk tubuh dia tu dia boleh jadi star kalau dia nak tapi dia tak kesoh pun. Adik dia bekas pemain bolasepak Malaysia ( betul ni ) tapi dia kasut bola pun haram takde!

Dia tekun. Bukanlah tempat peniaga-peniaga kecil buat pinjaman tu. Nak tahu dia tekun ke tak tekun, tengok kalau dia memancing. Pandangan dia tak lepas dari hujung joran, ada masanya tali tangsi dah sekerat abis makan dek udang, dia tekun je tengok. Tu bukan tekun, tu terlelap!

Dia memang best la...besor sok koi nak jadi macam dia!

p/s : Meenor, bodek macam ni gaya takkan tak dapat lalu teh secawan? Seluruh dunia boleh baca cerita awak ni...main-main...

Alasan perokok...

Tanya la perokok apa alasan mereka merokok. Mungkin anda akan berjumpa dengan salah satu jawapan di bawah.

1. Hilangkan tension - kerja banyak, hisap rokok boleh menghilangkan tension.
2. Pening kepala - nak hilangkan pening.
3. Fikiran serabut - merokok boleh membantu menenangkan fikiran yang libang-libu.
4. Membantu kerajaan - cukai rokok boleh membantu menjana ekonomi negara.
5. Memastikan kesinambungan hidup anak-anak penanam tembakau - kalau tak de siapa nak merokok, tembakau tak laku. Kesian ke anak penanam tembakau bila ayah mereka tiada sumber pendapatan.
6. Saranan doktor - doktor kata kalau tak isap rokok nanti badan gemuk, penyakit mudah datang. Kat mana spesis doktor ni belajar koi pun tak tahu la.
7. Nak test organ dalaman - nak tengok jantung dan paru-paru setahan mana. Agak-agak tak tahan, baru la berhenti. Kalau tahan takde hal la...
8. Duit lebih - takut nak simpan duit banyak-banyak maklumla sekarang ni macam-macam cara orang boleh dapatkan duit kita. Jadi, bakar je senang!
9. Nyamuk banyak - bila ada asap tu tahan la sikit nyamuk. Lagipun, isap banyak2, mati, takde la kisah ke nyamuk lagi dah!
10. Macho - nampak la macam hero filem orang putih tu. Kelas la sikit ye tak?
11. Kesian kat gambar - dah kerajaan tampal gambar-gambar kat kotak rokok, takde orang nak tengok, kesian la pulak. Beli la jugak...
12. Takut rambut uban - hisap rokok banyak-banyak, mati cepat takde la uban kat rambut.
13. Yang awok sibuk-sibuk ngape? duit koi...ikut koi la! ( alasan paling TOP! )
12.

Wednesday, April 29, 2009

Siapa koi sebelum ni...

1. Pengait sawit - koi pernah terjebak dengan pekerjaan ni dulu. Tenang dan mendamaikan. Koi dengan Isam, jiran sebelah rumah yang dah koi anggap macam keluarga sendiri. Bangun pagi, capai galah sabit, bermula la kerjaya untuk hari tersebut. Setandan 50 sen. Takde supervisor, takde line leader...ada koi ngan Isam je. Galah 2o kaki lebih, jatuh je galah ke tanah...balik! Ngape koi berhenti? Indon dah ramai...

2. Store keeper di Supermarket Pelangi, Temerloh - ada la dalam dua bulan koi kerja kat sini. Temuduga store keeper, lepas tu kena jaga department kat depan. Ala macam salesgirl tu...mana tahan! Alasan majikan, hari pembukaan supermarket tu, orang ramai. Jadi department tak cukup tenaga, semua budak-budak stor kena jaga kat depan. Dua kali je kawan sekampung datang dan tanya " Awok keje kat sini, Long?" terus koi berhenti.

3. Operator di Kilang Plywood kat Mentakab - koi pernah juga terjebak kerja kat sini. Koi berulang-alik dengan bas kilang bersama Allahyarham Ijan ( meninggal ditimpa dahan di Chenor semasa memancing )Masa tu koi jaga HotPress Kitagawa 20. Fungsinya menekan plywood yang belum siap setebal setengah kaki kepada setengah inci. Kat sini la koi tengok tangan mat indon terkapit, hancur dan masak di bawah suhu yang tinggi. Koi berhenti ngape? Koi swing satu budak India, dan koi terus tak pergi kerja lepas tu sebab takutkan Pembalasan si Pitung.

4. Pekerja kampung di Paya Pulai - koi dengan Cu Pik ( Pak Chu Taufik - lulusan U ) kononya nak merasa kerja kampung. Ambik kontrak gali longkang di ladang sawit. Bagai nak mampus menggali, membuang tanah yang menimbun dalam kalbot, RM30 je bayar dek kontraktor. Panas la perut! Lansung tak pegi dah!

5. Guru sandaran di SK Rentam - ada la dalam 6 bulan koi ngajor di Rentam, tempat koi dibesarkan. Bukan lalu jiwa koi kalau diikutkan, tapi koi bertahan sebab ia di kampung sendiri. Takde apa yang perlu koi risaukan. Lagipun ada Jalal masa tu ( tukang kebun ) yang koi rasa boleh masuk dengan kepala koi. Kat sini la koi melepak sehingga koi di tawarkan ke Maktab Perguruan Kent, Sabah pada penghujung 1993.

6. Cikgu di Bera - koi gembira dengan apa yang koi ada sekarang. Di sekeliling koi kawan-kawan kaki ngelekek, keluarga yang supportive dan segala-galanya. Dah 13 tahun koi terlibat dalam dunia pendidikan ni dan koi rasa puas dengan kerja sambilan koi ni. Kerja sambilan...? Ya, semua kerja yang koi senaraikan di atas tu adalah sambilan, kerja utama koi NGAIL!

Tuesday, April 28, 2009

brothers.....+ sister

















Ni la gambo kome adik beradik. Lawo-lawo belaka ye dak? Kalau BURUK SIKIT pun koi aje...yang lain tu semuanya BURUK BANYAK! kahkahakakahkakahaktui... Kalau setakat bolasepak 7 sebelah, cukup dah ni. Yang baju jalur kuning kat lengan ( duduk ) tu coach, yang baju merah tu tukang buat sirap, yang baju putih kat belakang tu kerani. Kerani? Boleh la...janji ada jawatan dalam pasukan. Ada sorang lagi ( lelaki ) takde dalam gambo, jadi pemain simpanan je la dia.

P/s : Ada kereta gaya keretapi pun tapi takde diorang semua ni, tak guna weh!

Monday, April 27, 2009

Boikot oh boikot...

Riuh - rendah satu Malaya dengan saranan supaya memboikot produk-produk yang dikeluarkan oleh negara-negara yang menyokong Zionis. Sana sini koi tengok macam-macam pamplet, brosur dan pelbagai gaya benda bercetak yang memaparkan senarai produk-produk yang perlu diboikot. Serba salah dibuatnya.

Tapi macam biasa la...koi terpaksa menetapkan sendiri apa yang boleh diikuti dan apa yang tidak boleh. Jauh dalam hati koi, koi adalah seorang Muslim yang tersentuh dengan apa yang ditanggung oleh saudara seMuslim koi di Palestine dan di mana-mana juga ceruk dunia yang terhasil dari kekejaman mana-mana pihak pun. Tak kira la Amerika ke, Israel ke... Koi tak pernah setuju dengan apa yang berlaku dan pendirian serta kesedaran koi terhadap perkara ini adalah jelas!

Walau macam manapun tidak semua saranan boikot tu koi mampu ikuti. Kalau setakat tak gosok gigi guna Colgate koi rasa okey lagi. Ubat gigi jenama lain bersepah di pasaran. Yang koi tak tahannya, bila anak nak KFC. Anak koi bukan gaya anak orang...dan dia nak sesuatu benda tu, huru-hara dalam rumah koi sama tenat je dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza kalau koi tak dapatkan kehendak dia tu. Mana boleh tangguh-tangguh. Dia mana nak ambik tahu berapa percent daripada belian ayam goreng tu disumbangkan kepada tabung peluru Zionis. Kalau koi bagitau dia pun dia faham ke?

Koi tak setuju duit koi disumbangkan untuk membeli peluru membunuh saudara seagama koi
( kalau betul la...) tapi dalam masa yang sama koi tak daya mendengor anak koi merahang nak ke KFC. Kepada tukang saran boikot-memboikot tu, minta maafla bebanyak kalau nampak koi berbaris dalam KFC. Daripada koi kena menggoreng ayam sendiri, baik la koi beli!

Belasungkawa...

Janji Allah tak dapat dijangka.

Koi berborak dengan Mohd Rozi ( orang Paya Pulai kenal dia dengan panggilan Ji Katok ) di kedai Megat suatu hari. Dia tanya koi anok dah berapa orang. Koi kata sorang. Koi tanya dia pulak dia kata belum lagi. Koi tanya dia ngape lambat sangat? Tunggu apa lagi? Dia jawab dalam nada bergurau, koi nak tunggu sampai ke tahap maksimum. Tak tahu la apa maksud dia, koi pun tak tanya dah sebab sibuk melayan anak koi membeli cekedi.

Jumaat malam Sabtu baru ni koi balik ke Paya Pulai, sampai depan simpang tu koi tengok banyak polis dengan dua buah motor berkecai. Koi lalu je la...malas la nak sama sibuk je ngambik statement situ. Bior polis je la ye tak? Esoknya koi dengor cerita Ji Katak yang kemalangan kat situ. Tekejut besor koi. Terkopak kepala dan cedera teruk di muka...nauzubillah.

Baru ngat lagi rasanya koi bergurau ngan dia. Janji Allah tak pernah mungkir... Allah maha mengetahui di mana tempat untuk dia. Al Fatihah...

Nota ibu jari kaki : Tengok akhbar Sinar hari Ahad 26/04/09.

Hero pun ada masanya tipu dek lais halus je...
















Jumaat baru ni, lepas je sembahyang, kome tiga orang, koi, Nuar, Matmie terus berangkat ke Purun, Rizal dah stanby kat sana. Masing-masing tengoh kemaruk nak pegi ngail. Projek terasnya nak pegi ngail puyu. Rizal kata dalam ladang Purun nun puyu punya la banyok. Bergantang la masing-masing membawok cengkerik. Sampai je, puyu puasa. Lepas Nuar dapat dua tiga ekor dan Rizal dapat 2 ekor, terus senyap. Yang diorang dapat tu puyu yang non-Muslim la agaknya ( sebab tak puasa ).

Bosan punya pasal, plan kedua dirangka. Berangkat pulok kome ke Sg Gesing, dekat Bukit Serdang. Layan lais ....setiap seekornya seberat kira-kira 0.0000004 gram, nampok balik sana gitu. Dapat la dalam 30 ekor, orait la tu. Yang pentingnya layan... Heran jugak koi, rekod sungai ni biasanya tak pernah menghampakan. Ke mana pegi habis lais dalam sungai ni? Terbongkang dalam jermai la agoknya.

Port punya la cantik. Tak pecaya? Tengok kat atas nun haa..

Thursday, April 23, 2009

Head Count Course

Yesterday, I was attending my Head Count Course conducted by my friends who have nothing to do. I walked in with a little understanding in my head and at the end of the course, after a lot of efforts and explanation made by my Facilitator, Encik Hasbullah Kamaruddin, an officer of Kementerian Pelajaran Malaysia, my understandings were all gone!

According to Tuan Hj Mohamed KM Abu Bakar, my GPK Koko, nobody would ask you about the ETR, OTI and all those confusing terms if you go to Chinese shops to buy equipments for your piping works.

Because of no encouragement and all those non-motivational opinion made the people around me, I simply switched off my CPU inside my head and kept it 'hanging' until the course over.

My wish is...stop doing this kind of course again!

Wednesday, April 22, 2009

Koi tak puas hati sampai hari ni...

Koi bukan pendendam. Jarang sangat la koi marah lama terhadap sesuatu perkara. Tapi ada satu kejadian yang koi tak boleh maafkan sampai hari ni. Koi tak boleh terima!

SM Mengkarak ( 1989 ) Tingkatan 5. Koi memang budak degil, koi akui. Koi ketua tingkatan tapi ada masanya koi buat juga kesalahan-kesalahan disiplin. Satu hari koi kena panggil ke bilik warden asrama atas tuduhan merokok dalam hutan belakang asrama. Koi pergi dengan yakin sebab koi tahu koi tak bersalah. Koi tak pernah merokok jadi koi nak takut apa.

Ustaz Saharudin ( kalau tak silap koi namanya ) tengking koi dengan kasar. Tengkingan dan jerkahannya hari tu koi masih ingat sampai hari ni. Koi tak sempat nak bela diri, dia dah jatuh hukum. Rotan! Banyak kali koi kena, tak terkira. Macam koi dah bunuh orang! Pecah tapak tangan koi. Sedih, marah, sakit hati, teraniaya...bercampur aduk. Dah la gitu...dia bebelkan pulak koi tengah-tengah kawan-kawan lain dan bagitau kawan-kawan jangan ikut macam koi. Sepatutnya dia bagitau kawan-kawan koi jangan jadi macam dia, menghukum tanpa usul periksa.

Untuk ustaz tu, dia harus akui dia dah berdosa dengan koi. Koi tahu koi bukan murid sanjungan dia dan bukan pelajar harapan sekolah tapi dia kena tahu, koi tak pernah merokok sebagaimana tuduhan dia tu , dulu, masa ni dan pada bila-bila pun. Koi tak pernah terniat pun meletakkan sebatang rokok di bibir untuk dihisap sehinggalah sekarang. Katalah ustaz tu datang jumpa koi sekarang dan menghulur tangan untuk bersalaman, koi akan sambut salam dia dan lepas tu, koi suruh dia balik. Koi cakap, koi akan buat!

Dan bila koi dah jadi cikgu sekarang, koi tak pernah bertindak ke atas murid setiapkali kes disiplin diadukan pada koi. Koi takut melakukan kesilapan yang sama. Koi tak nak budak mendendami koi atas kerakusan koi menggunakan kuasa. Biorla...cikgu lain ramai lagi!

Nak Cerita Pun Dah Naik Malas!




























Nak cerita beria ngat kang entoh awok kabo pedo'oh
. Tengok je la gambo-gambo ni. Gambo tak emboh mempedo'oh. Air liur te jangan bior ke belejeh... Tiga gambor yang memula ni adalah spesis ikan yang bernilai tinggi di pasaran.


Osteochilus hasselti ( terbul )


Osteochillus hasselti atau terbul ( gambar ) adalah spesis yang hidup berkumpulan dalam kebanyakkan sistem saliran di negara kita. Spesis ini diketahui menjadikan alga ( lumut ) sebagai makanan utama selain buah kelapa sawit atau ubi sebagai diet sampingan. Selain dari kepakaran yang jitu, tiada jalan mudah untuk memancing spesis ini kerana mulutnya yang kecil selain tabiat makannya yang seakan-akan menyedut. Ikan ini tiada nilai pemakanan kerana tulangnya yang banyak dan hanya sesuai untuk dibuat pekasam.

Manakala Amarius KurusSus atau nama biasanya Amir Fahmi Ahmad Izhar adalah anok koi...hak pegang ikan tu la. Dia pun tiada nilai pemakanan sebab dia tu orang!

Info : Pejabat Ikan yang berhampiran


Koi : Agaknya ini lah gaya bahasa standard yang koi kena guna dalam blog koi. Koi tak reti la standard ngat gitu. Koi takde standard!

Your blog is not up to the standard!

My friend ( Indian ) messaged me that my blog is not up to the standard. Everything for him is okay, except for the language used. What's wrong with the language? Can anybody tell me if anything wrong with my language?

I am really opened for any criticism, no heart feeling! But for my blog, I've set up my own standard and I've made up my mind on how I'm gonna present it. When I used my 'kampung' language in my writing, it illustrates myself and most important, my stand!

However, thanks to that bro for the honest opinion. My blog, I'm quite sure that only be accessed by Malaysian or narrower, by the people around me. Barrack Obama might be too busy to log on to my blog as well as GAPENA, who is now very busy fighting for the demolish of eTEMS. So they don't have time to read as well as to complaint my language used in my blog. Don't they?

I am pure Temerloh...if I refuse to popularize my language, who else? Is my stand clear enough?

Koi : I am the master of my plan!

Tuesday, April 21, 2009

Sukan sekoloh koi...















Ni la gambor sukan sekolah koi, ari Ahad baru ni ( 19.04.09 ). Gambo memula tu masa ngacuh padang membuat urat...line la maksudnya. Ramai lagi kuncu-menguncu ( tak tahu sape kuncu sape ) tapi yang ada dalam gambor ni sorang bedua je. Tak payoh la ramai ngat, ye dak?
Koi tu mempedo'oh je...bekelip je kemera, rata dah tempurung nyor te lutu dek koi. Yang baju kuning belakang tu kebetulan je dia melintas, mak dia suruh pegi kedai, beli gula. Enterframe la tu....

Gambor bebudok ramai-ramai tu masa Hari Sukan sebeno la tu. ah...malaslah cerita!

Air Keruh Datang Lagi


Pagi tadi koi balik koi tengok air sungai dah keruh, sekaligus bermakna koi kena menyediakan penampal luka secukupnya. Apa perlunya penampal luka? Untuk persediaan kalau-kalau terkena sengat baung kat jari!

Tak paham betul koi dengan perangai ikan ni. Ada ikan yang makan masa air jernih, contohnya terbul. Ada yang makan masa air kelabu-kelabu, macam ikan lais contohnya. Baung ni pulak makan masa air betul-betul keruh. Ada ikan terus tak makan lansung. Contohnya patung ikan.

Baung-baung yang koi pamerkan ( dalam gambar ) tu koi dapat dalam tempoh tak sampai dua jam ketika air mula-mula naik dan betul-betul keruh. Bila air dah mula berhenti naik dan mulai bergerak surut, baung dah tak makan lagi dah. Pelik, kan?

Tak pelik lansung...Tuhan dah aturkan perjalanan setiap sesuatu atas muka bumi ni dengan baik dan tersusun. Kalau ikan hanya bergerak mencari makanan ketika air jernih dan surut, abis masa air keruh koi nak buat apa? Tak kan tak payah gi mancing kot. Mana boleh...mancing ni koi dah masukkan dalam buku rekod mengajar weh...Bila dah masuk buku rekod, maknanya dah jadi SKT. Kalau ujung tahun bos koi tengok banyak sesi memancing koi tak hadir, teruk la markah prestasi koi. Tak naik pangkat la koi!

Baung la spesis yang paling mudah dipancing. Hulur je...makan. Hulur je...makan. Ada masanya kalau malas sangat nak menyentak, kena suruk umpan. Kalau tidok, umpan dalam bekas pun dia naik makan. Apa koi buat dengan baung sebanyak itu? Soalan yang baik...KOI BUAT PENGAT!

Untuk sape-sape yang rasa lawo...



















Manusia berebut-rebut nak memilih yang lawo-lawo. Bini nak yang lawo, suami nak yang hensem-hensem. Berkawan nak dengan orang yang lawo-lawo je. Tak tau la apa yang ada dalam pemikiran manusia hari ni.

Sepatutnya ada kursus khas meneutralkan kembali keobsesan manusia terhadap yang lawo-lawo ni.. Buat pemulaan, gambor yang koi sediakan ni mungkin boleh menjadi pemangkin ke arah kesedaran baru dalam minda manusia
( kita ), cantik dan hensem tak membawa kita ke mana-mana dan tak bertahan selama-lamanya.

Kita kena tahu, sebalik wajah lawo, hensem, cantik dan macam-macam lagi yang seringkali mendorong kita menghina manusia lain, inilah kita sebenarnya. Yang ada disebalik semua kecantikan yang kita pilih itu adalah tengkorak kering seperti gambor di atas sana. Jesteru, bekawan la dengan sesiapa sahaja kerana tengkoraknya sama buruk je dengan tengkorak kita.

nota ibu jari kaki: Jangan Update Blog Sampai Tinggal Tengkorak!

Thursday, April 16, 2009

Anak Bapak!


Ni la anak jantan koi, Mohd Ammir Fahmi . 6 tahun umur dia dan sekarang belajar di Pra-sekolah di SK Triang 3.

Tak payoh la koi kabor ke awok hobi dia apa...tengok je la gambor yang koi letok kat sini. Dia lambat petang je, asal petang je...fishing, asal petang je, fishing. Takde kira ke koi ni penat ke, apa ke...yang dia tahu, petang dia nak pegi memancing. Koi ikutkan je selagi dia tak minta benda pelik-pelik yang tak bersesuaian dengan umur dia. Dah minat dia ke situ...apa nak kata.

Koi pernah juga bawak dia ke padang, tengok koi main bola terutamanya bila koi ada game. Lepas tu dia mula la sibuk nakkan kasut bola. Koi ikutkan jugak. Manalah tahu nanti dia minat bersukan, okey juga. Koi belikan Reebook. Banyak jugak la RM nya tapi dan la pakai 2 hari. Lepas tu taknak dah. Katanya licin dan nak yang baru. Tunjuknya pulak Nike yang 6 studs tu. Katanya kalau pakai yang kat bawahnya besi ( studs ) baru la tak licin. Okey la...koi beli. Porak peranda jugak la poket koi, tapi dah namanya anak. Rupanya sama jugak, dapat je kasut baru tu...pakailah dua hari. Lepas tu pakainya gi mancing. Dia ingat bapak dia cap duit apa? Lantak la...janji dia bahagia.

Koi cuba luangkan masa untuk dia walau sesibuk mana pun koi. Sebabnya mudah...koi tersentuh betul bila koi dengor lirik lagu ' Cats In The Cradle ' nyanyian Ugly Kids Joe. Ceritanya tentang anak yang akan mengikut seratus peratus acuan bagaimana kita membentuk mereka. Kalau dari kecil koi ajor dia yang koi ni sibuk dan takde masa untuk dia, besor nanti dia akan ulangi benda yang sama pada koi. Bior dia membesor depan mata koi dan mamanya dengan penuh rasa dihargai dan disayangi.

Hasilnya? Koi pening...sejak dia berusia setahun setengah, dia nak semua keperluannya disediakan oleh koi, bukan mamanya. Daripada bangun malam menyediakan susu, mandi, makan, serba-serbi lah semuanya koi. Bila dia besor, besiap nak ke sekolah, mengaji, atau bila nak ke mana-mana, semuanya nak dengan koi. Mama dia jadi mandur je la. Kalau mama dia pergi kursus, tak kira la berapa lama...tak pernah dia tanya. Tapi kalau koi takde...hanset kena tutup. Kalau tak, lima minit sekali berbunyi nanya ke koi bila nak balik.

Koi harus memberikan kredit untuk cikgu Pra Triang 3. Pada usianya 5 tahun, dia tak kenal satu huruf pun walaupun ke Tadika hari-hari. Koi tahu bukannya cikgu tadika tak berusaha tapi anak koi yang malas. Dan koi rasa gembira bila selepas 4 bulan dia di Pra, dia dahpun boleh membaca! Alhamdulillah... and tkanks a lot, cikgu!

Koi dan mamanya tak minta banyak dari dia...cukup la kalau besor nanti dia jadi manusia!

Nota ibu jari : Kepada mak-mak ayah yang sibuk, cari la lagu Cats In The Cradle nyanyian Ugly Kids Joe. Dengor dan fahamkan baik-baik.

Wednesday, April 15, 2009

PPSMI dari sisi seorang guru...















Kalau kebanyakkan tulisan saya sebelum ini banyak merapu tentang minat dan pendedahan terhadap aliran cara fikir saya, kali ini saya mahu dilihat dari sisi yang lain, seorang guru Bahasa Inggeris.Isunya pula tentang PPSMI, satu perkara yang sudah begitu tenat dipolitikkan. Perjuangannya berkisar kepada kedaulatan Bahasa Melayu, konon katanya penggunaan Bahasa Inggeris akan menenggelamkan bahasa ibunda kita itu.

Di sini saya catatkan kata-kata 'pejuang bahasa' yang saban hari tanpa jemu memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu.

Pejuang A : " Koi tak bekenan lalu ke eTem ni. Esok-esok anok-anok kite Bahasa Melayu pun puntang panting buat dek seme mende nok diajor dalam Bahase Inggeris ".

Pejuang B : " Hawau lahabau punya Bahasa Inggeris, maruah Melayu tercabau dan tercalau ".

Pejuang C : " Banggo sangak ko Bahso Inggeris, oghe Melayu doh nok mapuh dah dio tok tahu".

Pejuang D : "Depa tak tau sat lagi Bahasa Melayu oghang pakat lupa. Tadak sapa nak ambik peduli. Yang depa dok ghalit bercakap kut Bahasa Inggeris, haghu...haghu..."

Pejuang E : " Aku dok setuju setarang abaroh puok-puok ni duk ngajor dalang Bahse Inggerih. Bahse Melayu duk cacang situ nak wak guane gamok?".

Dah baca? Mana daulatnya Bahasa Melayu yang diperjuangkan? Saya tak nampak pun...yang ternampak di mata saya ialah kata-kata klise yang telah diprogramkan. Tidak bolehkan kalau eTems ini kita terima dari sudut ilmu dan kepentingannya kepada wajah-wajah bersih di sekeliling saya di dalam gambar di atas. Rugi ke kalau kita menguasai bahasa lebih dari bahasa ibunda? Bukankah junjungan kita Nabi Muhammad SAW bersabda " tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China". Atau kita sekadar mengulang apa yang kita dengar di mana-mana? Jadi belatuk hutan la kita...

Tuesday, April 14, 2009

Kadang-kadang tak daya juge...

Hari ini TV bebayor menayangkan cerita anak-anak muda menghadiri uji bakat untuk menjadi artis program realiti. Koi sangat jarang menonton cerita-cerita gitu...minat koi terhadap muzik dan hiburan ni sangat terhad. Lagi pun program realiti ni dah koi declare sebagai my number one enemy! Sebabnya? Buat dek program ni la koi tak dapat nengok bola TV1, ala...Super League yang main macam budak Darjah Satu tu la...tak kan tak tau!

Sambung balik tentang ujibakat tadi. Bila koi tengok betui-betui, koi tak nampok bakat dan kesungguhan, tapi yang koi nampok keinginan pandir yang tak dapat ditahan-tahan nak jadi penyanyi. Mana yang suara gaya katak tertelan kabait, mana yang mekap gaya tokey opera, semuanya ghairah nak jadi penyanyi. Jangan tak tau, ada yang tudung atas kepala tapi suruh dek 'penemuduga' berjoget, apa nok kabor. Lupa ke dunia! Alasannya, nak membantu keluarga. Kesiannya la koi nengokkan, punya la makmurnya Malaysia ni, macam-macam menda boleh buat, ke situ kemaruknya budak-budak kita.

Koi ingat kehairanan koi habis di situ je, rupenya tak. Ada la pulak laporan menunjukkan mak ayah ' bakal pelajar akademi' menangis-nangis dan tak berhenti-henti mengucapkan syukur apabila anak daranya terpilih sebagai calon 'pelajar'. Kembang lalu tekok koi. Apa ni? Beresak tangis la kononnya depan kamera bila terpaksa berpisah dengan anak yang nak pergi ' menimba ilmu'. Agaknya dua tiga hari sebelum anak masuk akademi, mak tak duduk diam dah membayangkan gone la rupa bentuknya kulit album anak ni esok bila dah jadi artis. Ayah pulak gi kedai main berlari je dah, nak membelikan anak dye rambut. Ye lah, anak nak masuk akademi, takkan dengan rambut tak berkaler. Mana ada kelas!

Pun pelik koi tak habis setakat tu je. Kata dek penonton setia program ni ( bini koi la...) ada yang dah masuk universiti sanggup tangguhkan pengajian sebab terpilih menyertai akademi ni. Patutla...tak reti la koi mentafsir kegilaan orang-orang sekarang ni. Tahniah la untuk mak ayah yang berfikiran demikian, latih la anak-anak sejak kecil bior nanti bila besor sikit diorang tak la kekok berdepan dengan penonton, dan menyanyi dengan mikrofon.

Boleh dah mengumpul dye rambut pelbagai warna bermula sekarang...esok-esok manalah tau dye habis di pasaran...tak 'jangok' la pulok anok kita.

Koi : Kalau koi menyanyi, pecoh perut katok suka.

Monday, April 13, 2009

BILA HANTU BERCERITA TENTANG HANTU...

Hari ni koi melayan sorang pakcik berborak tentang hantu. Tentang pengalaman silam dia berdepan dengan hantu. Koi baik punya layan, dan pakcik tu pulok baik punya temberang. Mekalau dengor ke ceritanya, takde spesis hantu yang dia tak pernah jumpa. Pakcik tu ingat koi percaya sangat la tu...dia tak tahu aliran pemikiran koi tentang benda-benda mistik ni. Kalau dia tahu, emboh dia pulok naik hantu.

Dia kabo kalau jalan tengah - tengah malam kat jambatan Sg Batu dekat Kepayang ni kena hati-hati. Sebab dia pernoh kena kejor dek perempuan muda dukung anak kecik. Koi sengih je, dalam hati koi kalau nak kejor, kejor la. Kalau hantu tu start ngejor kat jambatan tu, paling-paling pun kat Simpang Kerayong baru dapat. Tu pun kalau lampu merah, koi kena berenti. Kalau tidak mau dekat Buntut Pulau baru dapat. Masa tu elok dia dah letih, maklumlah terbang jauh ngejor kereta. Masa tu kalau koi jilat taring dia pun takpe dah...dia tak mampu buat apa-apa dah main dengan letih.

Dia cerita juga tentang lembaga berbalut kain putih terlompat-lompat mengejor kereta dia. Dia siap berkumunikasi lagi dengan lembaga tu, dia kabor la. Ye ke tidok entoh la... dia kata kalau orang yang tak ada kebolehan macam dia, memang kena kejor la dengan lembaga tu. Tu pun koi sengih je. Dalam hati koi masa tu, kalau lembaga tu terlompat-lompat ngejor kereta koi, betapa lah tak adilnya koi. Koi orang sukan dan keadilan dalam sukan tu amat penting dalam melahirkan atlit yang berwibawa. Kalau koi dalam kereta dan hantu tu melompat-lompat di luar kereta, koi akan turun melompat sekali dengan dia. Barulah perlawanan itu menjadi adil dan saksama.

Kalaulah pakcik tu tahu apa yang koi fikirkan, mampus koi! Tak kena gaya mau dia suruh bayor sebab banyok buang masa dia bercerita. Come on la Melayu, berenti-berenti la bimbang ke hantu. Hantu bimbang takut tersampuk perangai kita, kita tak tahu!

Sori la pakcik, nanti kalau kita jumpa lagi...koi bagi pakcik bunga!

THE BIGGEST TRANSFORMATION IN LIFE....


















Dulu koi obses sangat dengan kasut bola...koi tak boleh hidup tenang tanpa main bola. Tak sabar tunggu petang, ada kalanya kalau hujan petang, berasa nak marah. Nauzubillah...punya la gilanya ke bola. Sehingga bila koi masuk bidang perguruan, peluang untuk koi pergi jauh dalam sukan ni mula terhad. Kekangan tugas dan keperluan lain yang lebih perlu diutamakan. . Tapi alhamdulillah, koi pernah juga merasa mewakili pskpp negeri ke peringkat kebangsaan selama 5 tahun. Rata juga la koi berjalan dengan bermain bola.

Seiring dengan peningkatan usia, hobi tu mulai perlahan-lahan koi tinggalkan. Berlaku la tranformasi besor dalam hidup koi. Menjinjit adidas copa mundial beloh petang bukan lagi satu kemestian. Koi dah ada 'cinta' lain.

Cinta koi sekarang ni mula beralih kepada ryobi, shimano, abu garcia dan daiwa. Koi tak kisoh buang banyak modal untuk rapala, abu tormentor dan entoh apa nama lagi suku sakat gewang yang tersimpan dalam koleksi koi. Masa koi sekolah dulu pun, memancing dah jadi kegilaan cuma terhalang oleh minat terhadap bolasepak. Dan sekarang la masanya untuk koi membalas dendam. Koi tak kisoh lalu tak dapat ikan asalkan dapat memancing. Koi tak peduli terpaksa bergelumang dengan katak buat umpan haruan. Padahal koi bukan makan pun ikan tu. Lantak la...janji puas! Banyak kali pula koi terserempak dengan tedung sela ( king cobra ) tapi koi bukan cari dia.

Bola? Koi masih main lagi liga-liga peringkat daerah, main cara orang tua. Dan ia lebih kepada nak jumpa kawan, senang nak mempedo'oh. Bukan nak menang lagi dah macam dulu-dulu. Copa mundial koi masih banyak yang tak berpakai. Dan koi harap anak jantan koi akan mengambil alih semua kasut bola tu nanti bila tiba masanya. Tapi entoh la...tak nampok gaya lalu. Dia pun sekarang lain macam je koi tengok, asal balik je sekolah " aboh...boring la. Jom fishing"

apa nok kabor...belari ngali cacing. Mujur la bini koi faham!

P/s : tahu dah kat mana nak cari koi? Tahu takpe!


Laaaa...baung lagi. Lemoh!


Aishhh...lemoh! asal gi mancing je, dapat baung. Asal gi mancing je ,dapat baung. Bosan betoi...bukan apa...sian la kat orang yang tak dapat tu.

Dah la baung, besor pulak tu! kalau kecik-kecik tu tahan jugak, tak la terasa hati ngat rodong-rodong.

Tengok je la gambor ni kalau tak percaya. Tapi ye la...gambor ni tak menepati syarat sebenornya. Kalau ikutkan, subject utama gambor ni ikan baung tu. Tapi, jadi terbalik pulak, baung tu relax je, buat tak pada je ...tukang pegang pulok yang posing lebih-lebih!

Selain dari gembira layan tarik ikan ni, koi juga terasa insaf setiap kali menatap gambor ni. Betapa lah zalimnya seorang abah, sibuk pegi beri ikan makan kat sungai. Anok sendiri tinggal tulang, besor sikit je dari baung! Takpe la...koi dah insaf dah ni. Lepas ni koi janji, umpan yang dah siap bermata kail untuk baung tu...koi suap ke anak pulok. Bior gemuk

Awok orang rezeki mata je la....

Susah sangat ke nak cakap maaf...

One fine day, I sent my wife for a course in Temerloh. Sampai je kat lampu isyarat bandor baru, lampu pulok meroh. Nak langgor je lampu, kang berkecai pulok. So, koi pun tunggu la. Tengoh dok menung nunggu lampu tu, tetiba koi rasa kereta koi bergegar. Anok koi yang baru lima tahun masa tu sound," aboh, ada orang langgar car kita". Koi pun turun dan bila koi tengok je ke belakang, satu BMW dan kissed habis bumper koi. Buta gamoknya!

Koi approached BMW tu dan dalam balam-balam tinted window dia , koi nampok driver (perempuan) locked pintu. Mula tidok la nok maroh ngat, tapi bila nampok gitu, mula la meloya. Koi suruh dia turunkan cermin dan minta dia turun.

Rupanya ada tiga akok dalam tu. Hak bawok kereta tu tak terkata apa dah. Kalau masuk wad dengan muka gaya dia masa tu, mau kena masuk 11 paint darah. Hak berdua tu pulok yang suara lebih. Dia kata ' drebor pening kepala, brek kereta tak makan '. Koi kata kalau tau brek tak makan, ngapa tak brek dari jauh, bawak kereta tak memandang ke depan ke? Kereta koi dah lama berhenti, bukannya mengejut! Dia banyak bunyi la pulak. Kalau orang tak tau punca, mungkin akan ingat koi pulak yang langgor kereta dia. Agaknya sebab dia drive BMW tu la yang jadi gitu tu, agaknya laaa...

Bila dia tengok koi macam tak puas hati je, dia pun sound" hei encik, kalau nak sangat duit cakap je la. Kitorang boleh bayor la...". Menyirap daroh koi. Koi tak pernoh lagi berdepan dengan penghinaan macam ni sekali. Dia ingat koi hadap sangat duit dia tu. Koi pun sound antara lembut dangan tak berapa lembut..."simpan je duit awok tu. Tadi awok cakap kawan awok ni pening, kan. Kereta awok brek tak makan, kan? Daripada awok bagi koi duit tu, lebih baik awok belikan ubat pening kawan awok ni. Ataupun tolong dia baiki brek kereta dia ni.."

Koi pun tarik tangan wife koi, masuk kereta and blah! Akak dua tiga orang tu lupe agaknya, selain duit dia yang dia rasa besor sangat, sepatah perkataan 'maaf' di permulaan insiden tadi lebih tinggi maknanya!

Tinggi sangat ke darjat kita untuk meminta maaf? Agaknya kita lupe...besor mana pun kereta kita, gunanya tetap sama...untuk buat gelek taik lembu je!

Saturday, April 11, 2009

My 'mem' and I...


I do not know what to call her actually, coz' she can be anything. Anything? Whatever la...

I meant she can be my friend, sometimes accompanying me deep into the jungle for fishing.
She can be likes my mom, non-stop mumbling for the whole day long.

She always be my lover, talking to me when I'm lonely.

She is also my story teller, telling me story that I have missed for the day.

She is also my 'ice-cube' , cooling me whenever I got "hot'.She is always pulling me back to the track whenever I go wrong.

She can be my clown, fulfilling my life with joy and happiness.

All the time, she is my ' developer', she is always busy developing my tummy to make it bigger and bigger!

Thank you, my deer...er...dear!

SMK MENGKARAK - banyak yang tertinggal di sini















Umpama mimpi ku kecap kenangan, taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyummu kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati, kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkan ada lagi saat-saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

Dalam kelam engkau datang memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tanganmu ku terasa

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat bila melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam namun nan cahaya purnama
Menyuluh ukiran yang memanggil seribu seri
Yang menghias taman ini penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya...

p/s : Huih...bala, bala. Meleleh air idung dengor lagu ni. Rase nok belari ke Mengkarok..

The beginning...


These are our beginning...

Bermulanya cerita kami dari dua orang tua ini. Yang lelakinya tak sehensem David Beckham dan yang perempuannya tak secantik bidadari. Tapi kami bangga, kalaulah tidak kerana mereka, tiada lah kami di sini.

Di sinilah kami bermula. Ceritanya sama...cuma mungkin perjalanannya yang berbeza-beza. Mereka tidak pernah mengeluh membesarkan 8 putera dan satu puteri yang setiap seorangnya tak serupa orang kelakuannya.

Tidak pernah mengadu penat, mintalah apa-apa, pada bila-bila masa. Andai mampu diada, akan diusaha.

Mereka dulunya bermula berdua...lalu ditentukan melalui hidup dengan putera dan puteri yang membuatkan rumah sentiasa huru hara, dan kini kembali berdua bila putera puterinya dan membawa haluan ke merata hala.

Betapalah tersenyumnya mereka bila dijenguk sekali sekala, menyaksikan cucunda-cucunda melompat ke sini sana. Tidak sukar diteka bahagianya mereka, bila putera dan puteri meletakkan mereka tinggi di puncak rasa. Cucunda-cucunda pula mengambil alih tugas menyusahkan mereka!

Letaklah matahari di tangan kanan kami, dan bulan di tangan kiri, takkan mampu menukar "orang tua" berdua ini.

Ya Allah, kurniakan mereka sejahtera!

Friday, April 10, 2009

Inilah koi...















Tolak cerita zaman berenang ramai-ramai dulu, ni la wajah koi pada permulaan jadi orang. Gambor tu dah kelabu? Dok...bukan gambor tu kelabu, koi yang memang sedia kelabu! Masa ni usahkan ngail...rejam lembing pun koi tak reti lagi! Membawok besiko henda tinggi lagi la tak reti nya. Amenda? Comel? Aih...lama dah koi tahu. Aboh koi kerap cakap...

Apa jadi lepas tu? Ha..ni koi nak bagitau ni.

Tak payoh cerita la dak...tengok je la dalam edisi update yang berikutnya nanti. Malas cerita la...


BAUNG TEKINI...KHAS UNTUK SEDI


Cerita banyok pun tarak guna...balik sekolah semalam ikan pelaling koi dah beli dah siap-siap. Habis je waktu sekolah mula la resoh. Bini pun dah mula jeling lain macam je. Tapi dia tau dah, asal ada je ikan pelaling pat lima ekor dalam peti tu, maknanya dia akan 'kehilangan' koi la dalam waktu-waktu terdekat.

Macam-macam la alasan dia nak menggagalkan perancangan koi. Suruh tebang pisang nak buat kerepek la, suruh temankan anok tidor dulu la. Suruh buang sampoh la..bagai bagai gaye!
Layan je la. Ralit-ralit dia membala ke pisang, koi kontek pengasuh anok koi, Pkcik Baki. Mentor koi la kiranya orang tua ni. Bedesup hilang!

Bawok je balik baung 4 ekor, dia pun ' sound'..."kalau mama ikut tadi lain pulak ceritanya". Koi dan agak dah modus operandi dia sebenornya, nok ngikut! Eh, lupa pulok ke Sedi, guane mung? Dok makang baung le mung kalu dok maing serebis kerete je pepagi bute...

Gulai tempoyok sudoh!

Thursday, April 9, 2009

Soldier Of Fortune

I have often told you stories, about the way
I lived the life of a drifter, waiting for the day
When I'd take your hand and sing you songs
Then maybe you would say
Come lay with me love me, and I would surely stay

But I feel I'm growing older
And the song that I have sung, echo in the distance
Like the sound of a windmill going round
I guess I'll always be a soldier of fortune

Many times I've been a traveller, I looked for something new
In days of old when night were cold
I wandered without you
But those days I thought my eyes
Had seen you standing near
Though blindness is confusing
It shows that you're not here

Now I feel I'm growing older
And the song that I have sung, echo in the distance
Like the sound of a windmill going round
I guess I'll always be a soldier of fortune

p/s : koi nak letak lirik "A Shoulder To Cry On " tapi koi takut ada orang merabok pulok...

Udang beb...


Ada sape-sape kat luor sana nak belawan udang besor? Cube tengok saiz yang koi dapat di Kuala Bera ni? Rodong koi kabo naik sebeloh sepit, 2 kaki air Sungai Pahang surut!

Awok tengok yang mana? Yang seluor kuning tu anok koi. Dia mana ada sepit!

Bekerak mesen kail koi kena udang ni. Shimano dah tu... me mesen cap ayam, hancai gamoknye. Umpan mende koi pakai? Ikan pelaling gaul ngan kunyit. Tak pecaya? Cuba sendiri. Ikan kerapu boleh juga...tapi siap kepala la tengkuh dek bini dengan senduk. Anak nak makan goreng ikan bilis keras...nak mancing beli ikan kerapu buat umpan. Aral la jawabnya...

Hak koi ambik gambor ni hak besor-besor je. Me setakat jari kelengkeng, koi buat udang kering je. Kalau mood tak berapa molek, koi hulur ke kucing je! Nak ngikut koi ngail? Tak payoh la...dengor cerita koi je sudoh!

Baung sesaje


Haaaa...ni namanya Baung. Menda? Baung...ye pandai. Umpan mende koi pakai? Lidi besiko... Ada la dalam dekat 2 kilo, Me tak caya bandingkan dengan surat kabo utusan yang koi buat alas tu. Surat kabor besor yang saiz lama, hak gaye gebor tu la!

Ngail dengan anok koi je ni. Tempatnya? Koi malas la kabor belakang kilang Triang 03. Me tidok..lacuh kije dek kutu.

Umpan pelaling sudoh!

Appreciation

Assalamualaikum wbh...tengkiu my prens 4 elping me completing my blog. i'm no good at blogging or to be onest, at computer actually. too old to generate mai interest in computer! pic of the pish isnt impoten actuali, the pic of the owner is....kahkahkahkahaktui!

koi anok peneroka, sulung dari 9 beradik. Kome susoh dari segi material tapi kaya dari aspek ukhwah adik beradik. Alhamdulillah...bila masing-masing dah dewasa, dah bekeluarga...mok aboh masih berada di level paling atas dalam hati kome.

Aboh koi? Sempoi gila! Dia bukan saja ayah yang sangat baik tapi juga kawan yang hebat! Koi tak pernah sekalipun sepanjang hayat hidup kena cubit dek dia. Punya la baiknya dia. Adik koi merasa juga kena ketuk dengan tukul sebab memanjat tak tentu aroh. Koi kalau gi ngail, biasanya dengan dia je. Mok koi? Dia kejenya ketawa je...dulu-dulu garang juga. Nak memastikan anak-anaknya jadi orang!

Adik beradik koi? Tak payoh cerita la...nak tengok kuihnya macam mana, tengok je la acuannya.Mak aboh koi, isteri dan anok koi, ngah, de, teh, iruan, linda, ije, epi dan adik, ipor duai koi....kalaulah kasih sayang koi tu adalah objek macam bukit, dah lama ada yang terlanggar. Punya la besornya!


See me here whenever you feel like seeing me!

Terjun koi ke Sungai Pahang


Bukan main ikan ni weh, gaye je kenit kitnya membabor koi terjun ke air nyambor joran. Ikan lucut tak berapa ngat ralatnya... me shimano tu jadi tukun, pelat la koi bercakap.

Terjun Sungai Pahang tu, bang. Bukannya kecik-kecik sungai. Entoh mana boye, nage nunggu di bawoh. nauzubillah...bila pikir kemudian la. Masa terjun tu, takde pikir apa apa pun. Boye pun boye la...sapa suruh dia duduk situ, ye tak? Besepoh lagi luasnya bumi Tuhan ni tempat nak duduk, tempat koi nak terjun tu juge la dia nak lepak... nasib dia la!

Koi je dapat hari tu, ada dua tiga orang lagi rodong yang sama-sama gi ngail petang tu dapat nengok je la. Agoknya ikan kerai ni instinct dia tinggi, dia pilih kail yang tuannya berkualiti je! Kahkahkah...Azmeenoor n Asri, sori la bro, mak gua lahirkan gua bulan ceroh!