Monday, October 19, 2009

Aku Sepasang Kasut Yang Derita

Aku tak tahu nak macamana cerita ni nak aku mulakan. Aku tak ingat dilahirkan di mana, tak ingat apa namaku dan asal keturunanku. Mungkin akibat tekanan dan bebanan kerja yang aku alami setiap hari sejak dibeli oleh tuan baruku ini membuatkan aku mengalami ' long term memory lost '.

Aku sepasang kasut yang bersaiz agak besar juga. Memandangkan aku tak pernah ke sekolah jadi aku tak kenal angka. Memang la saizku ada tertulis di badanku ni tapi ye lah...dah aku cakap aku tak kenal angka...takkan tu pun korang tak reti-reti lagi. Yang aku tahu, aku pernah terdengar rakan-rakan tuan ku berbual, untuk menyiapkan aku, tujuh lapan ekor juga la kerbau bersaiz sederhana berjalan tanpa kulit. Ye ke tidaknya...tak dapat la pulak aku pastikan.

Bila aku siap, aku ditempatkan di sebuah kedai. Kedai apa namanya tak tahu lah pulak aku. Yang aku pasti, kedai kasut. Takkan la pulak nak diletakkan di kedai roti...ye tak? Lama jugak la aku melahu kat kedai tu, takde orang yang nak beli. Kawan-kawanku yang bersaiz Asia dah ramai yang kena jual...aku je yang tak laku-laku lagi. Apa la nasib aku...kadang-kadang aku tertanya juga ...buruk sangat ke aku ni?

Satu hari, dari jauh aku terpandang seorang lelaki menuju ke arahku. Perasaan ku bercampur baur, antara gembira, gementar dan bimbang. Gembira kerana aku bakal menjadi milik orang hari ni, gementar bila mengenangkan beban yang mungkin aku tanggung apabila melihat saiz lelaki itu. Tapi sebagai seorang kasut, aku mesti menerima ketentuan Ilahi tu dengan tabah. Seorang kasut? Peduli hape aku...anak manusia yang gi sekolah sampai tingkatan 5 tu pun
penjodoh bilangan pun tak betul guna jugak...ni pulak aku, kasut! Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap gelita. " Ah sudah...", kata hatiku. " Nak pitam ke aku ni?", tanyaku sendirian. Oh...rupa-rupanya keadaan menjadi gelap kerana bakal tuan baruku itu terlalu besar orangnya. Aku ingatkan aku mengalami tekanan darah rendah tadi. Terlupa la pulak yang aku kasut... darah rendah datang dari mana, ye tak?

Lalu bertuan baru lah aku hari itu setelah tuanku itu berakad jual beli dengan seorang tokey cina. Macamana diorang berakad tak tahulah pulak aku, aku mana ada telinga nak dengar. Aku pun ikut la tuan baru ku itu ke Kumai, duduk felda la aku. hehe...

Panjang sangat dah pulak cerita aku ni. Aku takde masalah nak bercerita, takut Zahar la malas nak menaip. Dia tu bukannya jenis rajin sangat...ni pun menaip benda tak berfaedah, mahu la dia. Cuba kalau benda berfaedah...huh, jangan harap! Contohnya tu Adapp tu, mana dibuatnya. Mujur ada Matmie. Takpe...kita pendekkan!

Bermula lah kehidupan yang penuh penderitaan buat aku. Aku menanggung ratusan kilo punya beban setiap hari dan ia amat menyiksakan diriku. Tubuh badanku dah mula lari 'tune', dah mula herot-petot. Siksanya la aku. Satu hari masa perhimpunan di tempat kerja tuan aku tu, seorang rakannya menunjukkan kepada tuan ku itu keadaan badanku yang dah terkupas dan koyak rabak. Tapakku juga dah patah. Malangnya haram dipedulikan dek tuan ku itu. Katanya dia nak beli kasut baru. Aku rasa sangat gembira...padan la muka kasut baru tu karang. Bior dia mampus menanggung beban kerja yang melampau-lampau.

Tuesday, September 29, 2009

Udang Pulak Lagi....

Udang yang diperolehi di Sungai Pesagi. Naik hujung sepit, kering kontang air sungai. Merekah terus tanah...nak ngabor ke besornya. Ni baru sekor je koi tunjuk ni...hak lain tak dapat lagi! Hak ni pun aboh koi dapat...koi macam biasa la...ambik hak kecik kecik je. Hak besar besar banyak tulang...

Friday, September 4, 2009

Merdeka apa namanya?

Dah 52 tahun dah kita merdeka. Tak sedar je. Ramai pejuang kemerdekaan yang bertungkus-lumus menggadai nyawa untuk memerdekakan tanahair ni dulu dah takde dah gamoknya. Atas nama menghargai, setiap tahun kita pakat berarak la kononnya ke hulu ke hilir. Mana yang mengusung bendera, dengan benderanya. Mana yang gila bertempik, bertempik haje kerjanya...merdeka ke darat, merdeka ke baruh. Mana yang gila berucap, belejeh sokmo air liur. Kitnya yang koi nampok, kalau tuk nenek kita dulu berhempas pulas nak bebaskan Tanah Melayu daripada orang Inggeris, cucu cicit nya pulak sekarang ni sibuk nak jadi orang putih.

Acu pegi ke bandar. Tak payah bandar besar-besar la, padan dengan Temerloh tu je. Bersepoh-sepoh klon Britney Spears, Drew Barrymore, Angelina Jolie dan entoh sapa-sapa lagi. Pakaian memasing jangan la, seksi ngalahkan pelakon Hollywood. Lupa ke mak ayah nunggu di muka pintu di Lipat Kajang, di Lebok, di Paya Pasir, di Paya Pulai...takde pulok pun dalam surat beranok bertulis Ohio. Dalam berpakaian gitu, lupa juga ke hidung tu kepek ngalah kan baru lepas kena langgor dek kerbau. Orang putih sangat la kononnya tu. Merdeka ke gitu? Sikit lagi sok ada pulak la yang gi ke Pekan Sari bolen gitu haje, tengok la me tak pecaye...Merdeka la gelor kan...

Hak jantan nya pulok, rambut. Entoh mana dapatnya pesen gitu gaye koi pun tak tahu. Yang dah bangka tu tak kata la, tak dapat nak ejas dah. Yang darjoh enam pun rambut dah macam-macam gaye pesen. Kena pandang lama-lama baru nampok ada gaye orang. Me tidok, gaye cipan ada, gaya platipus ada, gaya musang kelong pun ada. Tak tau la apa nak jadi...

Tu baru Temerloh. Tak masuk lagi Kuantan, Penang, Kuala Lumpur, Kuala Ketil...Rasa koi banyokyang nyambut hari merdeka sambil mabuk-mabuk. Yang nyambut dengan konsert jangan cerita la. Berbilang taun ada... Kalau ikut ke koi, nunggu pukul 12 malam nak melaungkan merdeka tu pun tak payoh. Siang bukannya takde, buat menda buat keje ngantuk ke mata gitu. Tunku dulu dia sambut siang je, lagi la tenatnya dia yang mengusahakan merdeka tu. Ke maksudnya merdeka tengoh malam gitu, bini tidor di rumah kita bertempik di luar?

Hak bahagian berlakon dalam TV pulok jangan cerita la. Asal merajuk je lari ke London, asal merajuk je ke London. Macam la ke Sanggang, ke Kelebang tak boleh lari. Dialognya pulak satu hal. Cakap Melayu sepatoh, orang putih sepatoh. Cakap Malayu je la atau pun cakap orang putih sepenuhnya, senang. Kalau cerita orang putih tu, koi tak pernah dengor pun dia cakap selit-selit ngan Bahasa Melayu.

Merdeka ke gitu? Merdeka konon...


Budak Nak UPSR...

Hari ni hari terakhir persekolahan biasa sebelum UPSR minggu depan. Pejam celik, pejam celik...dah UPSR dah. Rasa macam baru ngat lagi awal tahun nya. Cepatnya masa berlalu, makin hari makin ke laju. Bimbang juga koi tengokkan budak-budak ni. Cukup dah ke ilmu yang koi bagi untuk budak-budak ni menjawab? Betul dah ke apa yang koi buat sepanjang sembilan bulan budak belajar ni? Bimbang betul...

Tapi koi tengok budak-budak relax je, takde masalah lalu gaya nye. Koi suruh gunakan peluang yang ada sikit-sikit untuk bertanya, takde lalu yang datang bertanya. Tak tahu la samada dah penuh sangat ilmu kat dada sampaikan dah takde kelompangan untuk disumbatkan dengan ilmu baru atau tak tahu apa yang nak ditanya. Berasa nak marah jugak tapi lantak la...dah namanya budak.

Buat la budak, apa yang patut. Sebagai cikgu, koi doakan awak orang boleh buat yang terbaik. Koi tak dapat apa-apa pun kalau awak orang berjaya...jadi, buatlah sesuatu untuk diri masing-masing.


Wednesday, September 2, 2009

Minyak Paling Pick-up di Dunia

Ini bukan soal politik. Koi tak ambik tahu hal-hal politik ni, koi tak berada di landasan yang betul dan tak ada pengetahuan tentang politik macam sesetengah orang tu. Koi hanya nak bercerita tentang apa yang benar-benar berlaku.

Baru-baru ni kerajaan umumkan pengeluaran minyak petrol baru RON95 dengan harga RM1.75 seliter. Okay la tu ye tak, biar pun murah 5 sen je berbanding dengan minyak yang sedia ada, tapi kira dah cukup baik la tu. Seliter memang le 5 sen beza harganya, cuba bayangkan kalau kita isi 5 juta liter, dah banyak mana kita jimat?

Tapi koi akui minyak ni memang bagus. Dia punya pick-up, perghhhh...mencanak pergi nya. Apa tak mencanaknya, seminggu sebelum tu umum harga RM1.75 seliter. Tak dan berapa hari dah naik RM 1.80 pulak dah seliter. Tak pick-up ke namanya tu? Minyak RON lain lambat. Nak naik tu lepas kaji, kaji..lepas kaji,kaji. RON95 ni takde, berdesup...

Huishhh...pick-up gile!

Tuesday, September 1, 2009

Bila Kekaguman Datang...

Semalam dalam perjalanan balik, untuk kesekian kalinya, koi bertembung dengan sekumpulan Mat Bangla, berjalan kaki di tepi lebuh besar di Triang 03. Masa tu lebih kurang pukul 6.15, sejam sebelum berbuka puasa. Ada la dalam empat lima orang. Biasa la diorang ni, dengan dressing yang warna-warninya. Seluar pink pun ada, dipadankan pulak dengan baju hijau berkilat. Tapi bukan itu yang koi nak cerita. Ada perkara lain yang lebih menarik perhatian koi.

Selalu jugak koi selisih dengan puak-puak ni dalam waktu lebih kurang sama. Masing-masing happy je berjalan kaki ramai-ramai sambil bergurau sesama mereka. Setiap kali berselisih, setiap kali tu juga la kekaguman menyelit dalam hati koi. Ini la puak yang seringkali diberikan gambaran dan konotasi negatif oleh orang-orang di negara koi yang makmur ni. Di hina, ditindas, tenaga diperah tanpa imbuhan yang setimpal, bukan perkara baru yang diorang ni hadapi. Tapi, atas rasa tanggungjawab, menyuap mulut tanggungan yang mereka tinggalkan, jauh pun jauh la. Diorang datang jugak atas nama mencari rezeki.

Tapi itu belum cukup untuk buat koi kagum. Bukan itu sebabnya. Kalau setakat macam tu, biasa la ye tak...dah memang namanya tanggungjawab, kena la buat.

Yang buat koi tersentuh, setelah sepanjang siang kerja di ladang sawit, diorang tak pernah lupa tanggungjawab diorang kepada Allah. Sampai masa, ramai-ramai pakat ke masjid. Jauh tu diorang berjalan kaki dari rumah kongsi yang disediakan oleh pihak Felda. Kalau koi sendiri pun, berjalan kaki sejauh itu, rasanya tak sanggup. Bagi kita sembahyang boleh dibuat di rumah, tapi mungkin bagi diorang, di masjid lebih afdal dan fadhilatnya lebih tinggi.

Masa tu koi terfikir ke anak-anak Malaysia yang sering mengaku dirinya lebih serba-serbi berbanding Mat Bangla. Ada je benda yang negatif, macam Bangla. Ada je perkara buruk, macam Bangla. Seronok sangat dapat melabelkan manusia dengan label gitu. Mat Bangla yang koman ngat pada kita tu, masuk je waktu, tak kira penat tak penat, terus ke masjid. Jalan kaki pulak tu. Koi? Kita? Ada kat mana masa tu....?

Kalau nak dibanding, lebihnya kita dengan Mat Bangla ni satu je...pakaian kita matching. Masuk bab tanggungjawab, keberanian, kegigihan, ketekunan bekerja, dan lebih penting keagamaan, kita jauh ngat tewasnya...

Monday, August 31, 2009

Agaknya macam ni...

Agaknya hidup ni macam ni...macam satu perjalanan sekumpulan manusia dalam hutan tebal. Walaupun kita rasa kita kuat, gagah, langgas dan tangkas tapi kita tak boleh laju sangat. Meninggalkan rakan sekumpulan di belakang mungkin bukan persoalan utama yang kita kena fikirkan. Yang membimbangkan kalau terlajak laju, kaki mungkin tersadung akar, mata tercucuk kayu dan kita tersungkur mencium tanah.

Kalau berjalan terlajak perlahan, dah tentu kita akan ketinggalan. Berseorangan di belakang pada ketika orang lain jauh ke depan bukannya kerja. Dalam perjalanan yang sarat dengan risiko, kita masih perlukan bantuan orang lain kalau apa-apa hal berlaku pada diri kita. Jadi, tak bolehlah terlalu santai sehingga melambatkan langkah.

Yang moleknnya, biar sederhana. Laju tak laju sangat, perlahan tak perlahan sangat. Tujuannya, supaya sepanjang melangkah tu, kita akan ada masa untuk memandang ke belakang melihat kalau-kalau ada yang tercicir sepanjang langkah kaki kita. Kita juga kena ada masa untuk tengok ke atas, kalau-kalau ada punggur yang menunggu nak menimpa kepala. Kita kena peruntukkan masa untuk melihat ke tanah, kut-kut ada duri yang menanti nak meradak kaki. Yang penting, kita kena ada masa untuk tengok ke depan supaya perjalanan kita tak tersasar daripada arah tuju.

Perjalanan ni yang betulnya...jangan main tibai je!

Monday, August 17, 2009

Bola oh Bola...





Gambar kejohanan kat Jerantut. Best team ni, semangat juang tinggi. Semangat setiakawan pun tinggi, mana yang dah balik di pertengahan kejohanan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, sanggup datang balik semata-mata ngenangkan kawan. Mana nak cari, beb! Yang terus tak balik2 ke rumah selama empat lima hari tu lagi la bestnya. Pendek kata, team ni memang best.
Nak jadi juara boleh ngat...tapi kome target no 2 je. Kalau juara kang takde benda pulak orang nak kutuk. Lagipun Johan ni malas la...takut riak!hehe

Main Gaya Orang Pandir






















Ni la antara koleksi terbaru yang koi dapat hasil dari main bola gaya orang pandir. Jatuh, terempap, terus lebam biru tangan. Padan muka koi... dua hari tak bergerok tangan. Bonjolan pada pangkal jari tu tu mulanya suspek patah atau retak, tapi ok...takde apa-apa. Alhamdulillah, lega!

Wednesday, August 5, 2009

Lagu Kelantan - Ehsan Hazlimi

Ketuk Puaka.

Tok cekak doh nok ketuk'
Mugo make nasik mentoh
Tubik beghuk-beghuk
Bini luga nok mutoh

Lepah dale kaing selimuk
Tok tidor pah ke ceroh
Idung tok cekak pekuk
Bini tok cekak maghoh

Kawe tak beso lagi setagho ni sakik peghuk
Make ubak pun tok jadi
Ughuk tok cekak ughuk
Maghi senok ulu ati
Mulo gelepar tokleh duduk
Pekakah Meli dio berehi
Tok leh lupo peta jeruk

Ketuk Meli busuk sengoti
Tok ubohnya baga tahik beghuk

Hok ambo tok leh sobar
Abe Li beketut waketu male
Oghe sughuh ketuk luar
Hungga masuk ketuk dale
Bilo taing peghuk lapar
Tengoh make tokleh tele'
Ketuk apa sogho kasar
Kade ketuk sapa sebule

oho ho ho
ketuk Meli paghok moda
Hacur sokmo selua dale

Kamus Pahang Versi Koi

Berikut adalah perkataan yang berikutnya;

1. Daya
Makna : Kait, jolok
Ayat : Daya la mutan te, me tunggu mutan te turun ke tanoh, mampus tak emboh.

2. julai
Makna :hujung
Ayat : Jangan manjat ke julai ngat budak, kang membuntur jatuh.

3. Ogoh
Makna : goncang, goyang
Ayat : Apa di ogoh rumoh koi ni, Kadir. Dah la herot...lerui lalu karang!

Tuesday, August 4, 2009

Kamus Pahang Versi Koi...

1. Rantang
Maksud : Kerjakan beramai-ramai
Ayat : Panas betoi ati koi, anok koi rantang dek kawan-kawannya di sekoloh. Koi nak pegi tolong, bimbang koi pulok rantang dek bebudok te...jaluk gitu haja!

2. Timpus
Maksud : Nipis
Ayat : Ngape nye Jamil te? Timpus je jubo nye...

3. Sengkeleng
Maksud : Lipat tak tentu arah
Ayat : Ape di sengkeleng ke tangan anok koi te cikgu? Aok ingat dia buat pada getoh?

4. Getan
Maksud : Geram
Ayat : Koi getan betoi mandang Jemino ni, ajok orang ngeteh, dia ntoh mana-mana mekrajnya.


ha...hafal kan la. Jangan baca gitu haje...esok peksa dah tak dapat jawab...

Monday, August 3, 2009

Bro, ada api tak?

Koi ke Kulai dengan keretapi dua hari Jumaat lepas dan balik ke Triang dengan keretapi juga hari Ahad. Sepanjang perjalanan ke Triang, koi ralit memerhatikan sekumpulan budak ( dalam lingkungan umur 12 ke 13 tahun ), ada la dalam pat lima orang. Puak ni tak duduk dalam koc, diorang lepak kat luar, kat pintu nun. Masing-masing agaknya rasa diri dah muda sangat la tu, dengan riuh rendahnya, dengan rokok kat tangan. Tapi lama koi perhatikan, rokok masing-masing hanya dipegang je, tak dicucuh. Pelik jugak koi mulanya tapi lantaklah. Bukan urusan koi pun...

Tak lama lepas tu anak koi merengek nak ke air. Koi malas nak dengar merengek tak tentu hala koi pun bangun la dengan malasnya menuju ke kantin keretapi. Sampai kat pintu tu, koi tolak pintu dan hujung pintu tu terkena la sikit kat salah sorang budak-budak tu. Cepat je mulut dia sound ' Apa ni, Bro...'. Koi senyum je dan kata sorry sepatah. Lepas koi beli air, koi lalu semula kat kumpulan budak-bodak tongong tu. Tetiba salah sorang daripada mereka kata ' Eh bro, lu ada api tak? ' Sakit hati je koi dengar soalan tu. Kepala hotak dia 'lu'. Koi pandang lama kat dia dan koi kata ' banyak api tok ki awak sini '. Dia balas balas balik ' lorat la brother ni...'. Heyy...kecik je koi mandang sorang-sorang. Tapi hati tak boleh diikutkan. Kalau koi terajang budak tu situ, tergolek budak tu ke bawah, gilis dek keretapi ke...apa ke...saja je panjang cerita.

Koi blah. Lantak awak la budak. Malang la nasib mak ayah awak!

p/s : Kalau anak koi buat macam tu, terajang kan je! Bior dia rasa!

Wednesday, July 22, 2009

Bila Yang Bisu Mula Bersuara

Koi saje je nak ulas satu kritikan rakan terhadap sesuatu yang dia tak puashati. Tak tau la ketidakpuasan hatinya tu terhadap sapa, apa untungnya pada dia dan apa pulok ruginya pada orang hak dia komplen te. Walau macam manapun, atas dasar rodong, kecik ngat masalahnya tu. Bak kate dek orang Temeloh ni, palor ke je.

Isu kenit gini, kalau panjang kan pun buat mempedo'oh aje. Lima ringgit bayor PSKPP te kalau isi minyok motor, dua kali pergi balik Kepayang ke Purun, dah kena ngisi pulok. Tapi koi hormati juga bab lima ringgit ni, bagi setengoh orang memang kecik. Bagi orang yang berkira bab duit ni, lima ringgit tu la antara permulaan lima ribu ringgit, lepas te lima puluh ribu, lepas te lima ratus ribu, lepas te lima juta, jem mesen kira.

Apapun, koi tetap respek rodong kita tu dalam bab mengutarakan ketidakpuasan hati. Koi tak maroh lalu malah tak rasa apa-apa pun. Tapi koi rasa terkilan pulok bila catatan tu cepat sangat di 'delete' kan. Tak dan ramai lagi yang baca dan sedor menda tu, dah delete. Kita kalau buat satu-satu menda ni, jangan alang-alang. Dah publish, bior lantaknya situ. Apa nok jadi...jadi.

Orang nampok yang negatif je, yang positif nya diabaikan. Nampok dok betapa banyoknya fungsi blog? Nok maroh ke rodong pun siar dalam blog. Fuh...teknologi...teknologi

P/s : Bila koi cerita ke bini koi benda ni...bini koi cakap : Bukan dia je tak puashati bab RM5 tu, mama pun tak puashati jugak. Nasib baik mama takde blog je, kalau tak...
Koi pun kaloh gitu haje la...

Tuesday, July 7, 2009

Ikut sangat perangai manusia


Kesan negatif yang dibawa oleh budaya kuning dan songsang telah menular dan anak mempelam ini turut terkena tempiasnya. Ia baru sebulan dipindahkan daripada polybag ke tanah. Dalam tempoh tak selama mana tu, dah bebunga dan dah gatal nak berbuah. Tu la, terpengaruh sangat dengan perangai anak manusia, umur dua tiga belas tahun dah sibuk nak beranak.

Thursday, July 2, 2009

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Sayang


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya di balas
Walau hanya dengan
Dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala
Jadi penerima
Walau dengan hanya
Ucapan dan manis doa

Kuingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulangtahun Ammar
Kini kau bersayap
Pergilah terbang
Rentaslah langit cita-citamu
Harap nanti kitakan bertemu

Selamat ulangtahun sayang
Jangan lah kau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal selamat jalan

Aku hanya inginkan agar kau setia
Kerana setialah yang mencipta bahagiamu

p/s : Besor dah awok yak...6 tahun dah. Hadioh mende ndok? Besiko? Esok kabo dek orang kedai Ah Soi..banyok ngat besiko. Pikir la dulu...mentara tu dan la duit aboh jemur tu kering, maklum la musim ujan ni

Wednesday, July 1, 2009

A Frustrated Happy Captain


This is the best channel for me to ask for apologies from all my teammates. We had tried at our best level and being defeated is one of the rules of the game that we have to obey. To all my teammates, forgive me for all the screams, for all the mistakes that I have done in the games. Yes, we were fighting to win and all the members had done their part very well.

This the the best team that I have ever played in. I feel a bit frustrated but at the same time happy for the commitment from all levels of this team...from management, players as well as the supporters!

I am thinking about to quit and releasing the arm band to another senior teammate, and I am still thinking very seriously about that. Until then, I am physically old and slow but mentally young and full of passions.

I like this team very much.

Friday, June 26, 2009

Semuanya Bermula Di Sini

Mungkin ramai yang tak perasan, ini lah tempat di mana rang undang-undang dibahaskan, akta-akta diperbincangkan, dasar-dasar negara diperdebatkan, penyata kira-kira keluar masuk wang negara dianalisa, diperbetulkan mana yang tak betul, diperhalusi dan seterusnya diluluskan.

Pengerusi biasanya tidak dilantik secara tetap. Siapa yang ada cerita menarik atau isu hangat yang nak dibincangkan, secara otomatik akan dilantik sebagai pengerusi. Tak la semestinya siapa yang duduk di hujung meja dia yang jadi pengerusi.

Buka la isu apa pun, kebanyakkan rekod dan perangkaan kepada isu tersebut ada tersimpan di sini. Biasanya, salah seorang dari kalangan para delegasi yang hadir pada satu-satu masa akan dengan sukarela membentangkan dan mengupas isu tersebut dengan panjang lebar. Bukan setakat tu sahaja, siap dengan tokok tambah dan lebih sadis lagi, dengan carut-marutnya.

Aku cadangkan kepada semua pihak, daripada tukang sapu sampah sampai la ke pentadbir sebuah dunia, datanglah ke sini jika anda menghadapi masalah dalam pentadbiran kerjaya anda. Pakar rujuk kepada segala jenis masalah berada di sini. Barrack Obama mungkin tak perlu pening kepala kalau dia sanggup luangkan masa menghadap Hj KM, segala perencah tentang kestabilan kaum dan agama di Selatan Thailand sudah lama difikirkan oleh Matmie hanya menunggu Abisheet, PM Tailand, datang mengadap. Matmie dah sedia nak persembahkan Power Pointnya. Ustaz Akhil Hayy pula tak perlu memikirkan jawapan yang tepat untuk dijawab kepada pihak media tentang rumahtangganya kerana semuanya sudah direkod oleh Padil.

Keterangan gambar : Para delegasi dengan seriusnya membincangkan tentang kegagalanTom ( seekor kucing ) yang telah berpuluh tahun cuba menangkap Jerry ( seekor tikus ) iaitu sejak dari para delegasi kecil-kecil lagi. Bangang punya Tom.

ps: Tu tengok dalam gambor tu, hak baju biru cair tu, berapa kali Effa Raziah kentut sehari dia tahu tu...hehehe

Tuesday, June 23, 2009

Dan janji Allah itu benar belaka...

Koi dikejutkan oleh panggilan pada pukul 2 pagi. Bila koi ambik telefon dalam keadaan mamai, koi terpandang no seorang kakak dan koi dah mula menjangkakan sesuatu yang tidak enak telah berlaku. Dalam mamai juga, koi buka mesej dalam inbox yang bersusun dan salah satunya berbunyi " assalamualaikum, saya nak beritahu mak saya dah meninggal dunia pagi tadi dalam pukul satu lebih...".

Lama koi termenung. Koi mengenalinya sejak zaman persekolahan disebabkan persahabatan yang akrab dengan anaknya. Dia seorang ibu yang baik, mulutnya tidak berhenti-henti bercerita, membuang segala perasaan silu jika bertandang ke rumahnya. Koi selesa dengan seorang ibu yang becok begitu.

Sebaik koi menjadi guru, koi masih terus menziarahinya. Terus mendengar celotehnya tentang penyakit yang dihadapinya, tentang tegarnya dia berulang alik ke hospital menjalani rutin hidupnya. Koi sambung study dan selalu jugak koi singgah menziarahinya ( rumahnya terletak di laluan koi setiap kali menghadiri kelas ). Habis belajar, kesibukan dan jarang keluar menghadkan masa untuk terus mendengar celotehnya. Selepas hampir dua tahun, koi singgah dan kesihatannya sudah mula menurun. Dia hanya terbaring tapi masih mampu bercerita. Bersungguh benar dia mahu bercerita dan koi tak rasa jemu pun melayaninya.

Bermula pagi ini, koi tak mungkin mendengar ceritanya lagi. Dia telah kembali kepada penciptanya. Yang masih terngiang di telinga koi sehingga sekarang hanya kata-katanya pada suatu masa " terima kasih la sebab awak datang juga melawat orang tua ni...".
Koi melakukannya atas dasar bahawa satu masa koi juga akan menjadi tua dan akan melalui apa yang dilaluinya.

Kepada semua anak-anaknya, Allah telah menjanjikannya dan janjiNya benar belaka. Dia maha mengetahui di mana tempat untuk ibu yang berjasa itu!
Al Fatihah.

Koi: Ada masanya koi terfikir alangkah baiknya kalau Allah mengambil koi terlebih dahulu supaya koi tak perlu melalui semua ni.


Monday, June 22, 2009

Tak puas hati betui koi

Yesterday, my wife fasting so I took her to the nearest pasar malam...kot2 la dia nak makan apa-apa. Tengoh duk jalan-jalan tu, koi terpandang satu peristiwa yang bagi koi sangat menyayat hati. Ada la sorang brother pertengahan umur sedang mengasingkan ikan sungai mengikut jenis, nak jual la gamaknya. Takpe la dia nak jual ikan sungai tu, nak digonekan pulak, ye tak. Dalam banyak banyak jenis ikan yang dilonggokkannya tu, koi terpandang beberapa longgok anak ikan toman. Ada la dalam sebesar ibu jari dan lebih kurang sejengkal panjang. Kalau dipandang secara kasar, mau dalam seseratus ekor lebih jugak la. Tekejut koi...anak ikan yang bergerak secara kumpulan macam tu memang senang ditangkap. Kat situ berakhirnya nasib anak-anak ikan yang masih merah tu.

Brother yang jual tu mungkin tak tahu sebanyak mana waris-waris toman baru yang boleh dilahirkan dengan nyawa yang dia dah tamatkan tu, sekiranya anak-anak toman tu dibiarkan terus hidup. Brother tu juga mungkin tak tahu, kalau orang yang biasa ke sungai, ikan toman orang tak makan. Bukannya sedap pun...koi kalau pancing toman pun hanya untuk test kemahiran dan sport fishing, tu aje. Kalau nak makan, sorry. Baik koi makan ikan bilis je...

Zalimnya manusia...tapi bila pikir semula, tak boleh juga nak salahkan brother tu. Entah anak-anak dia nak sekolah, belanja itu, belanja ini...mana lagi sumber duit yang ada selain dari cuba lakukan apa sahaja.

Bila koi bergerak je untuk blah dari situ, koi tahu yang satu masa anak koi mungkin tak kenal dah ikan toman dewasa, dah pupus kesemuanya. Tapi takpe la...kesinambungan hidup anak-anak penjual anak toman lebih penting daripada nyawa toman itu sendiri!

Puas Hati Koi...




Menewaskan si sepit biru memerlukan kepakaran yang jitu. Ada ijazah berjela pun belum tentu tahu cara nak mendaratkan spesis ini. Saksikan.....masa-masa macam ni...ijazah sepanjang lebuh raya PLUS pun tadak makna....

Friday, June 19, 2009

The Place I Want To Visit The Most.

Manusia yang hebat-hebat di Malaysia ni dah menetapkan tempat-tempat hebat yang mereka nak lawati. Dah tentu la tempat tu pulak mestilah sehebat status mereka. Aku tak terkejut bila ada yang menetapkan nak ke Kampuchea la, Vietnam la, England la, London la, situ la...sini la. Lantak la, ya tak...duit masing-masing.

Aku pun macam tu jugak. Aku ada satu tempat yang paling aku suka lawati. Aku dah lawati tempat ni beratus ribu kali sepanjang kehidupan aku bergelar orang. Yang menghairankan, lawat la sekerap mana pun, aku tak pernah jemu padahal aku jenis orang yang cepat menyampah kalau terpaksa menghadap sesuatu benda tu berulang kali.



Ngapa aku suka tempat ni? Mudah saja jawapannya...kat situ ada tugu yang kukuh yang tak pernah terjejas sedikit pun sejak puluhan tahun yang lalu. Tugu tu bernama Kasih Sayang. Setiapkali aku tiba, aku cuba memandang ke atas untuk melihat puncaknya. Tingginya menyapu awan.

Di situ juga bersemayam dua orang pemimpin ulung yang mungkin tidak hebat pada mata orang lain tapi maha hebat pada pandangan aku. Shakespeare yang di agung-agungkan oleh manusia lain di muka bumi ni, bagi aku hanya layak melutut di kaki mereka berdua ni. Bahasa Pahang pekat yang dipertuturkan mereka kedengaran lebih agung dari karya Mozart atau sesiapa sahaja.

Aku, adik adik aku akan terus melawat ke sini dari masa ke masa kerana ' petugas' di tempat ini tidak pernah menunjukkan wajah penat. Lawatilah pada bila-bila masapun, berapa kali pun dalam sehari, senyuman pasti akan menanti kami di muka pintu. Aku pasti akan membawa anak dan isteri aku terus melawat ke tempat kegemaran aku ni sepanjang kehidupan aku, insyaAllah. Ada banyak perkara yang boleh dipelajari di sini.

Oh ya...lupa nak bagitau, ni la gambar tempat tu...rumah mak aku!

Wednesday, June 17, 2009

Bantu la kami encik...

Satu malam Selasa, koi kat Temerloh. Saja jalan-jalan bawak anak isteri...dan koi berhenti kejap kat stesen minyak kat tapak pekan sehari tu. Masa tu dalam pukul 11 malam. Sebaik turun, datang la seorang budak perempuan dalam lingkungan tiga empat belas tahun umurnya. Di tangannya ada beberapa kotak yang koi tak tahu apa isinya dan beberapa gulungan kertas yang koi agak mungkin kalendar. Dia beri salam dan koi jawab seadanya. Katanya memohon derma untuk rumah anak yatim di Kedah. Koi yang tengah mengisi minyak hanya mendengar, nak tahu apa lagi ceritanya.

Selepas beberapa ketika, koi tanya budak tu adakah dia masih bersekolah dan dia kata ya, sekolahnya di Kedah. Koi tak pernah kisah tentang menghulurkan seseringgit dua untuk sama-sama mengongsi rezeki Allah. Seringgit dua koi tu mungkin tak dapat nak bina sekolah, tapi mungkin dapat mengisi perut budak tu kalau memang betul dia lapar ( dia kata dia belum makan lagi seharian ). Cuma koi macam tak percaya bila budak tu kata " bantu la kami encik...untuk kami meneruskan persekolahan seperti anak-anak lain".

Kata-kata macam tu boleh memancing kesedihan dan simpati. Yang terlintas di benak koi, kata-kata tu mungkin telah di ' program ' kan. Koi nak je tanya budak tu, kalau koi bagi dia berpuluh ribu pun, macam mana dia nak meneruskan persekolahan kerana malam tu sepatutnya dia berada di rumah mentelaah pelajaran, menyediakan buku-buku atau apa yang patut untuk persekolahan pada keesokkan harinya. Kalau nak kata selepas aktiviti memungut derma tu baru dia nak balik dan bersedia untuk persekolahannya keesokan hari, mustahil sebab sekolahnya di Kedah. Wallahuallam...

Koi tak boleh pikir banyak sangat. Haram bagi seorang Muslim untuk tidur dalam kekenyangan sedangkan seorang Muslim yang lainnya kelaparan. Koi kesian kat adik tu, dia tak sepatutnya merayau menjual kalendar pada ketika dia sepatutnya belajar untuk masa depannya. Koi teringat GPK Ko koi Tn Hj KM pernah kata, kalau kita usap saja kepala seorang anak yatim dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, Allah menyediakan sabuah mahligai untuk kita di syurga.

Sapa la yang zalim sangat suruh ' anak yatim ' semuda itu jual kalendar tengah-tengah malam?

Monday, June 15, 2009

Terasa Diri Dah Terlalu Tua...


Seksanya diri bila bermain dengan usia yang dah lanjut gaya koi ni. Ngengap...rasa nak muntah, rasa nak rebah...semuanya ada. Sebelum main rasa daya, rasa nak berlari ke serata padang. Dan je masuk dua tiga belas minit, mula dah...

Ramai dah yang seperaih dengan koi jadi penonton je walaupun pernoh jadi star dulunya. Koi? Tunggu la sikit lagi, sesetaun dua lagi. Sayang nok ninggalkan rodong-rodong...

Tuesday, May 19, 2009

Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedang ku telah terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu syurga
Duhai bonda bilakah akan kukecapi kasturi
Penebus maruah dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa, sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda hari-hariku
Kini berlari bagaikan bahtera tanpa layar dan kemudi

Bonda akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Semangat kasih sayangmu
Semangat kasih sayangmu

Bonda saatnya pertemuan semula
Kita kali ini akan kuabadikan
Semangat kasih sayangmu
Bonda....

p/s: Mintok tolong kawan2, ingat kan koi kalau satu hari sok koi lupakan mok koi kerana kesibukan menguruskan hal2 dunia.

Thursday, May 14, 2009

Pretty ' Latest Model of Tank"



Aku terbaca artikel yang mengatakan ATM ( Angkatan Tentera Malaysia ) bercadang nak beli kereta kebal baru untuk memperkuatkan angkatan tentera selaku barisan hadapan negara. Aku tak terlibat apa-apa pun dalam perancangan ATM ni tapi aku antara orang yang bertuah kerana mendapat peluang melihat kereta kebal yang cantik tu dari dekat. Itu pun ketika kereta kebal model terbaru tu singgah di Temerloh dalam perjalanannya menjelajah tanahair tercinta ni.

Aku jadi 'speechless'...lama aku diam tak terkata apa-apa. Aku dengar je 'jurucakap' kereta kebal tu bercakap tanpa aku faham sangat apa ulas butirnya. Fikiran aku menerawang ke mana entah...aku pun tak tahu. Aku yang selama ini rasanya cukup 'talkative' tiba-tiba jadi lebih banyak memerhati dan mendengar je.

Bila kenderaan besar yang membawa kereta kebal comel tu berlalu, aku terus terpaku kat situ. Lama jugak la aku termenung, teringat masa aku kecik-kecik dulu...

Dulu-dulu masa aku kecik kecik, aku cukup minat dengan kereta kebal ni....aku pernah terasa nak miliki satu, tapi aku tak fikir aku mampu nak bayar road tax dia. Orang hebat-hebat je yang mampu. Aku yang tak hebat ni jawabnya tengok je la...Hehehe...jauhnya illusi mengarut aku. Tapi takpelah, thanks god...for listening to my vioce of heart!

p/s : Aku nak suruh jurucakap tu tolong buka cermin hitam yang menutup 'mata' kereta kebal tu sebab aku nak tengok jauh dalam matanya, tapi takut pulak. Aku bukannya askar. Aku tak tau apa-apa tentang kereta kebal...kalau setakat kereta buruk aku tu boleh la!


The World's Queuing Day

One terrible day, I went to a bank in Temerloh to report the misplace of my passbook. The first thing I did was, taking the number at the guard's desk. My number was 3019. Okay, if I have to wait, then I'll wait. No doubt, coz the bank is not my father's. I waited from 3.30 pm...went out for a while to fight the boring moment. Then I came in to suffer again! My number was called right at quarter past 5. Lucky the policy of the bank is to attend all the waiting customers . Otherwise, the Pakcik Guard must be my first prey to show my anger...hehehe!
While my passbook was under process, the teller at the counter asked ' do you want to settle everything today sir? Or you wanna come again the next day?". My simple answer was " Even if this bank transfer all the money in to my account, I won't come again."

Then, I went back. My wife messaged me to buy something at one of the supermarket on my way. I dropped by. After picking the goods, I went to the counter. Then...I saw quite a long row of people there. It meant, I had to queue again. Oh, my...

After a few moments, I realized that it was the World's Queuing Day. I'm not going against the rules, just to express my anxiety towards my ACL injury. What a painful day...

Tuesday, May 12, 2009

Terbul kumpau

Hari ni koi, Jemino, Matmie, Nuar dan Nizam merancang satu trip ke Sungai Tementi. Ngail terbul. Janji pukul dua nak gerak tapinya main dengan Melayu belaka, pukul tiga juga baru bertolak. Takde la best sangat, air pulak tak cantik. Air keruh buat dek hujan lebat petang semalam. Boleh la buat layan kepala. Banyak sangat tu tak la tapi dapat la jugak...berbanding dengan Nizam yang layan seluang je. Kalau bekas ikannya jangan la, guni beras 5 kilo tu dibawaknya. Kahkahkah! Kena kencing dek koi je la puak-puak ni...

Ni la hasilnya lebih kurang...hero ye tak...kut mana-mana pun mesti menang punya! Bukan gaye puak-puak penjahat tu. Jangan marah aaaa....terbul ni, nak makan pancing tu dia pilih-pilih juge,
bang. Yang muka hensem-hensem tu dia makan la. Yang buruk-buruk tu baik dia puasa, dapat gak pahala!


p/s : Sedi, dok kang mung tahang maing tengok saje. Nok merase gak maghi le sini. Daripada meleleh air liur je, mane tahang! Menatang terebo tengoh banyok ni. Ajok la belake-belake...

Monday, May 11, 2009

Sehari Bersama Janda...


Semalam koi pergi melawat janda dengan Hazlimi. Koi bawak habis anak bini. Bior bini koi tengok sendiri janda pujaan koi ni. Alhamdulillah, bini koi cool aje walaupun pertemuan dengan janda tu memang koi rancang. Kira okey jugak lagi la janda ni, walaupun dah tua tapi masa mengancam lagi. Kami makan sama-sama, bakar-bakar ayam, ikan...janda tu melayan anok koi dan anok Hazlimi mandi. Mesra sungguh la kiranya! Buat masa ni memang okey lagi la janda ni. Ke depan ke depan nanti tak tau la...takut setahun dua akan datang ni, ternoda oleh kezaliman manusia.

Aku harap janda ni akan akan terus macam ni supaya kalau bosan-bosan nanti ada juga tempat nak mengadu, hilangkan pening.

Koi: Ini la janda paling best pernoh koi jumpe...JANDA BAIK, BENTONG.

Friday, May 8, 2009

Trip Haruan Lebak Seberang



Kalau banyak trip haruan yang koi join selama ni kumpau, koi kategorikan trip ke Lebak Seberang dengan Cikgu Amar hari semalam menjadi. Banyak strike yang koi terima walaupun kebanyakkannya rabut ( tak lekat ). Koi setuju dengan Amar, banyak ikan haruan di paya tu. Koi yang tak berapa yakin mulanya, bawa 6 ekor katak je. Mula nak guna Shimano 500 dengan tali 8lb je tapi takut sangkut kang, putus pulak. Malas nak ikat mata pancing kerap sangat, koi sambar je Abu Garcia 2000 dengan tali sulam 20lb. Kira selamat la walaupun dari segi sportnya, tak padan la kalau takat nak layan haruan yang saiznya tak berapa besar.

Sampai je kat port tu, koi tengok ada orang tempatan sedang menjala dan yang terlintas masa tu dalam kepala koi, makan angin je la hari ni. Kome bergerak ke atas melalui jalan yang kerbau pun tak sanggup nak lalu (lumpur sampai ke atas lutut tu )

Setengah jam mula-mula lansung tak ada strike dan bayangan kekumpauan mula terasa. Sakit juge tali perut bila dengar deburan haruan menangkap anak ikan di merata-rata. Teori Amar mengatakan haruan mungkin kenyang sebab ikan seluang janggut terlalu banyak, tapi deburan tu yang buat tak tahan tu. Bila koi beralih spot, koi menerima hentaman pertama tapi rabut. Cukup la...dapat tak dapat lain cerita, janji layan. Selepas beberapa kali rabut, dapat la sekor haruan curut ( gambar 2). Cukup la untuk meningkatkan paras adrenalin sekejap sebelum haruan tak cukup pengalaman tu terkulai di hujung Shakespeare koi. Kecik pun kira okey la, berbanding Amar yang habis segantang katak tapi sekor pun tak menyangkut.

Banyak kali juga koi menerima hentaman selepas itu tapi masih rabut. Dua masalah utama yang koi kesan ialah saiz alatan ( mata kail, umpan ) dan saiz ikan itu sendiri.

Tempat ni memang okey la, kalau paras air naik sikit...katak-katak berada di ambang bahaya. Kesimpulannya, tak ramai yang tahu thrillnya 'casting' macam ni. Orang rumah koi selalu jugak bising...'awak bukan nak makan pun haruan tu, pancing buat apa?' Jawapannya, ' awak tak kena lagi dia punya karan....' Koi kategorikan Paya Lebak Seberang ni sebagai ' boleh repeat '.


Koi: Ma, selia-selia ke la mana ada lagi port baik, kita kasi gempur. Tapi sebelum tu, brek motor tu bela la dulu. Tak daya tegolek...





Wednesday, May 6, 2009

Wajah Kesayangan Hamba...


Ni la wajah-wajah yang aku sayangi. Azzah, isteri aku...pemangkin semangat. Aku sambung study dan menamatkannya dengan jayanya kerana dia. Kalau tidak sebab dia, separuh jalan aku dah berhenti, malas! Dia pembaca berita tetap dalam rumah aku. Semua topik dia boleh jadikan berita dan aku lah yang biasanya terpaksa menjadi pendengar setia berita itu.

Amar, budak lasak yang mendakap patung penguin tu, anak jantan aku. Kalau wife aku tukang baca berita, dia pulak tukang menyediakan bahan beritanya. Dia yang buat nakal, habis dengan aku sekali
terpaksa dengar berita terus-menerus. Kadang-kadang tak larat juga mendengarnya tapi sekali-sekala dia tak ada, aku terasa sunyi tanpa bebelan berita-beritanya.Merekalah harta yang aku ada, dan sejak adanya mereka....akulah orang paling kaya di Tanah Melayu ni...

Osteochilus Hasselti mengganas lagi!


Takde menda sangat dah nak layan, terbul pun jadi. Lepak sejam lebih, dapat banyak ni. Nak apa lagi...ye tak...


Tuesday, May 5, 2009

Aku...


Tahun ini genap la 12 tahun aku di sekolah ini. Murid pertama aku di sini sudahpun berusia 24 tahun. Terasa lama tapi belum lagi terasa jemu. Murid silih berganti. Ada yang sudahpun berada di pusat-pusat pengajian tinggi dan ramai juga yang terus berada di kampung, aku tengok hari-hari. Aku tak pernah rasa apa-apa bila ada di kalangan bekas anak muridku yang berjaya, pulang ke kampung dengan seribu satu macam kehebatan. Tapi aku tersentuh bila melihat mereka yang kurang berjaya...mengusung sabit ke ladang, membanting tulang. Aku harap mereka begitu bukan kerana kegagalan aku mendidik mereka suatu masa dulu. Aku dah cuba segala yang terdaya...

Sekali- sekala menjengah ke padang bola, aku terasa tua bila budak-budak yang aku jerkah satu masa dulu, berada bersamaku, mengejar bola dengan susuk tubuh yang tegap, jauh mengatasi aku. Tak pun terfikir satu masa dulu, bahawa aku akan menjadi ' rakan sepermainan ' mereka satu hari. Hormat mereka terhadapku masih sama seperti dulu...

Berapa lama lagi aku akan berada di sini, bergantung kepada masa. Kalau aku tinggalkan sekolah ini nanti, aku pasti akan merinduinya!

Anok koi kalau pasal membuat gaya...



Ini la hero gua...
Ingat pesan abah..nanti dah besar jangan ngada-ngada nak hensem macam abah! Macam mama sudah...

Monday, May 4, 2009

Alang-alang mempedo'oh

Pagi itu, cuaca amat sejuk sekali. Semua air dalam batang paip di rumahku menjadi beku. Ayah menyuruh aku pergi mandi ke telaga di rumah jiran yang terletak kira-kira 8 km dari rumahku. Aku berjalan dengan pantas, empat belas minit kemudian, aku sudah terpacak di tepi telaga itu. malangnya, cuaca yang sejuk membuatkan air di dalam telaga itu turut menjadi beku. Aku mengambil keputusan untuk tidak mandi pada pagi itu lalu aku pulang semula ke rumah. Ibuku ketika itu sedang sibuk menyiapkan sarapan. Api dari dapur gas yang digunakan oleh ibuku juga menjadi beku kerana cuaca yang sejuk itu.

Selesai sahaja menyediakan sarapan, ibu menghidangkannya kepada kami. Cuaca yang terlalu sejuk membuatkan kami tidak selesa lalu ayah mencadangkan supaya kami bersarapan di dalam unggun api. Kami mengikut saja saranan ayah lalu buat kesekian kalinya bersarapanlah keluarga kami dalam unggun api untuk mengatasi kesejukan yang melampau itu. Ayah yang kurang sihat hanya sempat menghabiskan 38 ketul goreng pisang yang setiap satunya sepanjang setengah meter sebelum terlentang kekenyangan.


Selesai bersarapan, ibu mendesak aku agar menemaninya ke kedai. Aku malas lalu ibu mulai naik angin. Beliau meluru ke dapur dan keluar semua dengan parang di tangannya. Tanpa aku duga, ibu menikamku bertubi-tubi. Mulanya aku biarkan sahaja...tapi bila merasakan aku mulai hendak pitam akibat kekurangan darah, lalu aku pun bersetuju menemani ibuku ke kedai. Ibu hanya tersenyum lalu menikamkan pisau yang digenggamnya ke dada ayah yang sedang tidur. Simpan di situ katanya!


Kami bergerak seiringan menuju ke kedai. Perjalanan yang jauh membuatkan ibu mulai bosan lalu menyanyikan lagu-lagu kompang yang diketahuinya. Suaranya bertingkah dengan suara katak di parit berdekatan yang menyangka ibu mahu berbual dengannya. Aku biarkan sahaja ibu terus menyanyi. Dengan tidak semena-mena, lalu lah sebuah helikopter yang dipandu laju lalu kipasnya telah melibas belakang ibu. Ibu tercampak ke dalam gaung lalu menjerit " aduh!". Aku berlari mendapatkan ibu. Perlahan-lahan kulihat mata ibuku mulai menjadi hijau berbelang-belang. Aku mulai bimbangkan keadaan ibu. Lantas aku berpaling untuk mencari daun kapal terbang bagi merawat luka ibuku dilibas kipas helikopter tadi.


Sebaik sahaja aku menjumpai daun tersebut, aku berpaling semula mendapatkan ibu. Aku terkejut teramat sangat. Mata ibu yang hijau berbelang tadi rupanya menandakan dia begitu marah dengan apa yang terjadi padanya lalu menukarkan dirinya menjadi Incredible Hulk. Ibu mulai menjadi gagah..tiada apa yang selamat dari dilibasnya. Dengan tidak semena-mena, ibu melompat dari gaung lalu mengejar helikopter yang melanggarnya tadi. Pemandu helikopter itu terkejut lalu menukarkan dirinya menjadi kereta kecil. Rupa-rupanya helikopter itu adalah Transformer. Lalu mereka pun bertempur di udara. Asap kulihat berkepul-kepul naik ke udara menandakan pertempuran belum reda. Tiba-tiba dari jauh aku lihat debu-debu berterbangan ke udara.. Rupa-rupanya ayahku yang berlari hendak memberikan bantuan, kufikirkan unta!


Sebaik sampai ke medan pertempuran, ayah telah menukar dirinya kepada sejenis makhluk raksasa yang bernama Gadabon. Ibu yang terkejut telah menukarkan dirinya menjadi Ultraman Kosmos dan memfire ayah sehingga terbelah dua. Aku menjerit memberitahu ibu bahawa itu ayah lalu ibu turut memfire aku.


Ps : Ada lagi sape-sape nak lawan meraban? Moh la kalau daya...
Justify Full

Teladas Dah Tenat!
















Kalau ikutkan perancangan, koi terpaksa out station...ngail udang dengan sekutu-sekutu rapat koi. Tapi kesian pulok ke anok bini, asyik kena tinggal je. Koi bawok la diorang ke Maran, konon nak ke Teladas, mandi air terjun. Untuk pastikan tempat tu masih okay ke tak, koi call ke IPD Maran, tanya pak polisi. Pak polisi tu kata okey, masih beroperasi dan dah banyak perubahan. Okey la maklumat tu...lagi pun koi ke sana hampir 16 tahun dulu. Tentu banyak benda yang dah berubah.

Anok koi jangan cerita la...dia punya yahoo mengalahkan yahoo.com. Sampai di sana, koi tengok jalan runtuh. Tapi masih boleh lalu lagi, okey la tu. Sesampai je di sungainya, ya Rabbi...takde menda lalu dah. Nak salahkan maklumat pak polisi tu pun tak boleh jugak, sebab dia cuma kata dah banyak perubahan. Dia tak katapun perubahan yang macam mana. Berubah dari baik ke tenat pun, berubah jugak namanya, kan. Koi terus mati semangat. Dulu koi datang punya la cantik tempat ni, datang dengan bas lagi. Jalan kaki masuk ke dalam, tak terasa penat bila sampai. Punya la menarik.

Koi ingat nak ambik gambar dan masukkan dalam blog koi. Tapi dah jadi macam ni, koi ambik gambo papan tanda je la. Betul la kata orang tua...anak sungai lagikan berubah. Masa koi datang kali pertama dulu, koi tak terfikir pun yang satu masa " anak sungai ini akan berubah".

Trip Haruan Kumpau...


Koi terbaca satu artikel dalam satu majalah memancing tersohor tentang satu port toman dan haruan di Chenor. Tengok ke gambor dalam tu, gaye nye lambat lempor je umpan beletup terus kerje dek haruan dan toman. Koi pun terus kontek sekutu kuat koi, Wan Azizan. Cong dek koi lebih kurang, terus tegak rambut dia yang tak berapa ada tu. Apa nok kabor, segantang membeli katak, mencadang ke toman la katakan!Hehehe...

Sehari suntuk masa koi habis ngebalakan pancing je. Koi siapkan Shimano 500 koi dengan tali sulam 8lb. Konon nak layan la, walaupun bagi setengah pemancing, gila punya kerja layan toman dengan set 500 dan tali 8lb. Pancing koi, lantak koi la ye tak! Maka bertolak ka kome dengan penuh semangat cap unta. Koi tak makan pun ikan jenis tu...layan minat je.

Tengok la katak atas tapok tangan koi tu ha, senyum je dia. Ngata ke kome la tu..


Sampai je ke situ, koi disambut dengan satu deburan di celah lumut. Rupanya iklan je, sampai ke sudoh la haram tak disentuhnya katak yang kome bawok tu. Patut la koi tergerak nak guna set 500 je...rupanya kalau koi bawok set besor anok tungau pun takde hal, gerenti tak putus punya. Dah ikan tak makan...mana nak putus, ye tak? Tempat jangan cerita la lawonya. Tengok gambo kat bawoh ni..


Tapi tolongla paham...kome pegi bukan nak nengok pemandangan! Tempat lawo pun tak guna...


P/s : Jangan biarkan diri anda diperdayakan oleh gambor!



Thursday, April 30, 2009

Sistematiknya kawan kome...

Koi nak cerita sikit tentang seorang kawan kome di SK Kepayang ni. Puji la ni tapi takde niat tersembunyi. Dia bukannya boleh nyain borang biasiswa anok koi...jadi takde la kena-mengena dengan bodek-membodek tulisan koi ni.

Dia cikgu biasa je, macam cikgu-cikgu lain di Malaysia ni. Tengok dari luarannya dia sama je dengan kita. Tapi bagi koi dia ada banyak kualiti yang takde pada koi. Dia sorang yang tenang, relax je. Tak ada menda yang boleh buat dia menggelabah. Koi rasa dia ni, kalau langit dah runtuh separuh pun, dia selamba je menubuhkan jawatankuasa dan bermesyuarat. Punya la tenangnya dia.

Dia payah marah. Kutuk mengutuk dah jadi budaya sekolah koi. Siapa tak tahan, alih la telinga letak ke tempat lain. Tapi dia ok je...tak pernah berkerut kening menunjukkan kurang senang atau sebarang perasaan negatif. Ye, la dia pun kaki kutuk juge. Maroh la...me tak lunyai dahi kena tengkeh, aci apa...

Dia setelkan kerja on-time dan perfect. Bagi la kerja apapun, setel punya. Tak pernah nampok gaya serius pun, tapi hasilnya tip-top dan marvellous. Mengikut skima.

Dia sistematik. Yang ni koi paling kagum dan tak mampu nak lawan. Koi buat apa-apa main larung je tapi dia memang sistematik habis. Nak buat sesuatu tu, siap dengan check-list, nota-nota kecik kiri kanan poket. Tak ada benda yang dia terlepas pandang, kelas gitu!

Dia jenis tak kesoh. Contohnya bidang sukan, dia bagus main bola. Dengan susuk tubuh dia tu dia boleh jadi star kalau dia nak tapi dia tak kesoh pun. Adik dia bekas pemain bolasepak Malaysia ( betul ni ) tapi dia kasut bola pun haram takde!

Dia tekun. Bukanlah tempat peniaga-peniaga kecil buat pinjaman tu. Nak tahu dia tekun ke tak tekun, tengok kalau dia memancing. Pandangan dia tak lepas dari hujung joran, ada masanya tali tangsi dah sekerat abis makan dek udang, dia tekun je tengok. Tu bukan tekun, tu terlelap!

Dia memang best la...besor sok koi nak jadi macam dia!

p/s : Meenor, bodek macam ni gaya takkan tak dapat lalu teh secawan? Seluruh dunia boleh baca cerita awak ni...main-main...

Alasan perokok...

Tanya la perokok apa alasan mereka merokok. Mungkin anda akan berjumpa dengan salah satu jawapan di bawah.

1. Hilangkan tension - kerja banyak, hisap rokok boleh menghilangkan tension.
2. Pening kepala - nak hilangkan pening.
3. Fikiran serabut - merokok boleh membantu menenangkan fikiran yang libang-libu.
4. Membantu kerajaan - cukai rokok boleh membantu menjana ekonomi negara.
5. Memastikan kesinambungan hidup anak-anak penanam tembakau - kalau tak de siapa nak merokok, tembakau tak laku. Kesian ke anak penanam tembakau bila ayah mereka tiada sumber pendapatan.
6. Saranan doktor - doktor kata kalau tak isap rokok nanti badan gemuk, penyakit mudah datang. Kat mana spesis doktor ni belajar koi pun tak tahu la.
7. Nak test organ dalaman - nak tengok jantung dan paru-paru setahan mana. Agak-agak tak tahan, baru la berhenti. Kalau tahan takde hal la...
8. Duit lebih - takut nak simpan duit banyak-banyak maklumla sekarang ni macam-macam cara orang boleh dapatkan duit kita. Jadi, bakar je senang!
9. Nyamuk banyak - bila ada asap tu tahan la sikit nyamuk. Lagipun, isap banyak2, mati, takde la kisah ke nyamuk lagi dah!
10. Macho - nampak la macam hero filem orang putih tu. Kelas la sikit ye tak?
11. Kesian kat gambar - dah kerajaan tampal gambar-gambar kat kotak rokok, takde orang nak tengok, kesian la pulak. Beli la jugak...
12. Takut rambut uban - hisap rokok banyak-banyak, mati cepat takde la uban kat rambut.
13. Yang awok sibuk-sibuk ngape? duit koi...ikut koi la! ( alasan paling TOP! )
12.

Wednesday, April 29, 2009

Siapa koi sebelum ni...

1. Pengait sawit - koi pernah terjebak dengan pekerjaan ni dulu. Tenang dan mendamaikan. Koi dengan Isam, jiran sebelah rumah yang dah koi anggap macam keluarga sendiri. Bangun pagi, capai galah sabit, bermula la kerjaya untuk hari tersebut. Setandan 50 sen. Takde supervisor, takde line leader...ada koi ngan Isam je. Galah 2o kaki lebih, jatuh je galah ke tanah...balik! Ngape koi berhenti? Indon dah ramai...

2. Store keeper di Supermarket Pelangi, Temerloh - ada la dalam dua bulan koi kerja kat sini. Temuduga store keeper, lepas tu kena jaga department kat depan. Ala macam salesgirl tu...mana tahan! Alasan majikan, hari pembukaan supermarket tu, orang ramai. Jadi department tak cukup tenaga, semua budak-budak stor kena jaga kat depan. Dua kali je kawan sekampung datang dan tanya " Awok keje kat sini, Long?" terus koi berhenti.

3. Operator di Kilang Plywood kat Mentakab - koi pernah juga terjebak kerja kat sini. Koi berulang-alik dengan bas kilang bersama Allahyarham Ijan ( meninggal ditimpa dahan di Chenor semasa memancing )Masa tu koi jaga HotPress Kitagawa 20. Fungsinya menekan plywood yang belum siap setebal setengah kaki kepada setengah inci. Kat sini la koi tengok tangan mat indon terkapit, hancur dan masak di bawah suhu yang tinggi. Koi berhenti ngape? Koi swing satu budak India, dan koi terus tak pergi kerja lepas tu sebab takutkan Pembalasan si Pitung.

4. Pekerja kampung di Paya Pulai - koi dengan Cu Pik ( Pak Chu Taufik - lulusan U ) kononya nak merasa kerja kampung. Ambik kontrak gali longkang di ladang sawit. Bagai nak mampus menggali, membuang tanah yang menimbun dalam kalbot, RM30 je bayar dek kontraktor. Panas la perut! Lansung tak pegi dah!

5. Guru sandaran di SK Rentam - ada la dalam 6 bulan koi ngajor di Rentam, tempat koi dibesarkan. Bukan lalu jiwa koi kalau diikutkan, tapi koi bertahan sebab ia di kampung sendiri. Takde apa yang perlu koi risaukan. Lagipun ada Jalal masa tu ( tukang kebun ) yang koi rasa boleh masuk dengan kepala koi. Kat sini la koi melepak sehingga koi di tawarkan ke Maktab Perguruan Kent, Sabah pada penghujung 1993.

6. Cikgu di Bera - koi gembira dengan apa yang koi ada sekarang. Di sekeliling koi kawan-kawan kaki ngelekek, keluarga yang supportive dan segala-galanya. Dah 13 tahun koi terlibat dalam dunia pendidikan ni dan koi rasa puas dengan kerja sambilan koi ni. Kerja sambilan...? Ya, semua kerja yang koi senaraikan di atas tu adalah sambilan, kerja utama koi NGAIL!

Tuesday, April 28, 2009

brothers.....+ sister

















Ni la gambo kome adik beradik. Lawo-lawo belaka ye dak? Kalau BURUK SIKIT pun koi aje...yang lain tu semuanya BURUK BANYAK! kahkahakakahkakahaktui... Kalau setakat bolasepak 7 sebelah, cukup dah ni. Yang baju jalur kuning kat lengan ( duduk ) tu coach, yang baju merah tu tukang buat sirap, yang baju putih kat belakang tu kerani. Kerani? Boleh la...janji ada jawatan dalam pasukan. Ada sorang lagi ( lelaki ) takde dalam gambo, jadi pemain simpanan je la dia.

P/s : Ada kereta gaya keretapi pun tapi takde diorang semua ni, tak guna weh!

Monday, April 27, 2009

Boikot oh boikot...

Riuh - rendah satu Malaya dengan saranan supaya memboikot produk-produk yang dikeluarkan oleh negara-negara yang menyokong Zionis. Sana sini koi tengok macam-macam pamplet, brosur dan pelbagai gaya benda bercetak yang memaparkan senarai produk-produk yang perlu diboikot. Serba salah dibuatnya.

Tapi macam biasa la...koi terpaksa menetapkan sendiri apa yang boleh diikuti dan apa yang tidak boleh. Jauh dalam hati koi, koi adalah seorang Muslim yang tersentuh dengan apa yang ditanggung oleh saudara seMuslim koi di Palestine dan di mana-mana juga ceruk dunia yang terhasil dari kekejaman mana-mana pihak pun. Tak kira la Amerika ke, Israel ke... Koi tak pernah setuju dengan apa yang berlaku dan pendirian serta kesedaran koi terhadap perkara ini adalah jelas!

Walau macam manapun tidak semua saranan boikot tu koi mampu ikuti. Kalau setakat tak gosok gigi guna Colgate koi rasa okey lagi. Ubat gigi jenama lain bersepah di pasaran. Yang koi tak tahannya, bila anak nak KFC. Anak koi bukan gaya anak orang...dan dia nak sesuatu benda tu, huru-hara dalam rumah koi sama tenat je dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza kalau koi tak dapatkan kehendak dia tu. Mana boleh tangguh-tangguh. Dia mana nak ambik tahu berapa percent daripada belian ayam goreng tu disumbangkan kepada tabung peluru Zionis. Kalau koi bagitau dia pun dia faham ke?

Koi tak setuju duit koi disumbangkan untuk membeli peluru membunuh saudara seagama koi
( kalau betul la...) tapi dalam masa yang sama koi tak daya mendengor anak koi merahang nak ke KFC. Kepada tukang saran boikot-memboikot tu, minta maafla bebanyak kalau nampak koi berbaris dalam KFC. Daripada koi kena menggoreng ayam sendiri, baik la koi beli!

Belasungkawa...

Janji Allah tak dapat dijangka.

Koi berborak dengan Mohd Rozi ( orang Paya Pulai kenal dia dengan panggilan Ji Katok ) di kedai Megat suatu hari. Dia tanya koi anok dah berapa orang. Koi kata sorang. Koi tanya dia pulak dia kata belum lagi. Koi tanya dia ngape lambat sangat? Tunggu apa lagi? Dia jawab dalam nada bergurau, koi nak tunggu sampai ke tahap maksimum. Tak tahu la apa maksud dia, koi pun tak tanya dah sebab sibuk melayan anak koi membeli cekedi.

Jumaat malam Sabtu baru ni koi balik ke Paya Pulai, sampai depan simpang tu koi tengok banyak polis dengan dua buah motor berkecai. Koi lalu je la...malas la nak sama sibuk je ngambik statement situ. Bior polis je la ye tak? Esoknya koi dengor cerita Ji Katak yang kemalangan kat situ. Tekejut besor koi. Terkopak kepala dan cedera teruk di muka...nauzubillah.

Baru ngat lagi rasanya koi bergurau ngan dia. Janji Allah tak pernah mungkir... Allah maha mengetahui di mana tempat untuk dia. Al Fatihah...

Nota ibu jari kaki : Tengok akhbar Sinar hari Ahad 26/04/09.

Hero pun ada masanya tipu dek lais halus je...
















Jumaat baru ni, lepas je sembahyang, kome tiga orang, koi, Nuar, Matmie terus berangkat ke Purun, Rizal dah stanby kat sana. Masing-masing tengoh kemaruk nak pegi ngail. Projek terasnya nak pegi ngail puyu. Rizal kata dalam ladang Purun nun puyu punya la banyok. Bergantang la masing-masing membawok cengkerik. Sampai je, puyu puasa. Lepas Nuar dapat dua tiga ekor dan Rizal dapat 2 ekor, terus senyap. Yang diorang dapat tu puyu yang non-Muslim la agaknya ( sebab tak puasa ).

Bosan punya pasal, plan kedua dirangka. Berangkat pulok kome ke Sg Gesing, dekat Bukit Serdang. Layan lais ....setiap seekornya seberat kira-kira 0.0000004 gram, nampok balik sana gitu. Dapat la dalam 30 ekor, orait la tu. Yang pentingnya layan... Heran jugak koi, rekod sungai ni biasanya tak pernah menghampakan. Ke mana pegi habis lais dalam sungai ni? Terbongkang dalam jermai la agoknya.

Port punya la cantik. Tak pecaya? Tengok kat atas nun haa..

Thursday, April 23, 2009

Head Count Course

Yesterday, I was attending my Head Count Course conducted by my friends who have nothing to do. I walked in with a little understanding in my head and at the end of the course, after a lot of efforts and explanation made by my Facilitator, Encik Hasbullah Kamaruddin, an officer of Kementerian Pelajaran Malaysia, my understandings were all gone!

According to Tuan Hj Mohamed KM Abu Bakar, my GPK Koko, nobody would ask you about the ETR, OTI and all those confusing terms if you go to Chinese shops to buy equipments for your piping works.

Because of no encouragement and all those non-motivational opinion made the people around me, I simply switched off my CPU inside my head and kept it 'hanging' until the course over.

My wish is...stop doing this kind of course again!

Wednesday, April 22, 2009

Koi tak puas hati sampai hari ni...

Koi bukan pendendam. Jarang sangat la koi marah lama terhadap sesuatu perkara. Tapi ada satu kejadian yang koi tak boleh maafkan sampai hari ni. Koi tak boleh terima!

SM Mengkarak ( 1989 ) Tingkatan 5. Koi memang budak degil, koi akui. Koi ketua tingkatan tapi ada masanya koi buat juga kesalahan-kesalahan disiplin. Satu hari koi kena panggil ke bilik warden asrama atas tuduhan merokok dalam hutan belakang asrama. Koi pergi dengan yakin sebab koi tahu koi tak bersalah. Koi tak pernah merokok jadi koi nak takut apa.

Ustaz Saharudin ( kalau tak silap koi namanya ) tengking koi dengan kasar. Tengkingan dan jerkahannya hari tu koi masih ingat sampai hari ni. Koi tak sempat nak bela diri, dia dah jatuh hukum. Rotan! Banyak kali koi kena, tak terkira. Macam koi dah bunuh orang! Pecah tapak tangan koi. Sedih, marah, sakit hati, teraniaya...bercampur aduk. Dah la gitu...dia bebelkan pulak koi tengah-tengah kawan-kawan lain dan bagitau kawan-kawan jangan ikut macam koi. Sepatutnya dia bagitau kawan-kawan koi jangan jadi macam dia, menghukum tanpa usul periksa.

Untuk ustaz tu, dia harus akui dia dah berdosa dengan koi. Koi tahu koi bukan murid sanjungan dia dan bukan pelajar harapan sekolah tapi dia kena tahu, koi tak pernah merokok sebagaimana tuduhan dia tu , dulu, masa ni dan pada bila-bila pun. Koi tak pernah terniat pun meletakkan sebatang rokok di bibir untuk dihisap sehinggalah sekarang. Katalah ustaz tu datang jumpa koi sekarang dan menghulur tangan untuk bersalaman, koi akan sambut salam dia dan lepas tu, koi suruh dia balik. Koi cakap, koi akan buat!

Dan bila koi dah jadi cikgu sekarang, koi tak pernah bertindak ke atas murid setiapkali kes disiplin diadukan pada koi. Koi takut melakukan kesilapan yang sama. Koi tak nak budak mendendami koi atas kerakusan koi menggunakan kuasa. Biorla...cikgu lain ramai lagi!

Nak Cerita Pun Dah Naik Malas!




























Nak cerita beria ngat kang entoh awok kabo pedo'oh
. Tengok je la gambo-gambo ni. Gambo tak emboh mempedo'oh. Air liur te jangan bior ke belejeh... Tiga gambor yang memula ni adalah spesis ikan yang bernilai tinggi di pasaran.


Osteochilus hasselti ( terbul )


Osteochillus hasselti atau terbul ( gambar ) adalah spesis yang hidup berkumpulan dalam kebanyakkan sistem saliran di negara kita. Spesis ini diketahui menjadikan alga ( lumut ) sebagai makanan utama selain buah kelapa sawit atau ubi sebagai diet sampingan. Selain dari kepakaran yang jitu, tiada jalan mudah untuk memancing spesis ini kerana mulutnya yang kecil selain tabiat makannya yang seakan-akan menyedut. Ikan ini tiada nilai pemakanan kerana tulangnya yang banyak dan hanya sesuai untuk dibuat pekasam.

Manakala Amarius KurusSus atau nama biasanya Amir Fahmi Ahmad Izhar adalah anok koi...hak pegang ikan tu la. Dia pun tiada nilai pemakanan sebab dia tu orang!

Info : Pejabat Ikan yang berhampiran


Koi : Agaknya ini lah gaya bahasa standard yang koi kena guna dalam blog koi. Koi tak reti la standard ngat gitu. Koi takde standard!

Your blog is not up to the standard!

My friend ( Indian ) messaged me that my blog is not up to the standard. Everything for him is okay, except for the language used. What's wrong with the language? Can anybody tell me if anything wrong with my language?

I am really opened for any criticism, no heart feeling! But for my blog, I've set up my own standard and I've made up my mind on how I'm gonna present it. When I used my 'kampung' language in my writing, it illustrates myself and most important, my stand!

However, thanks to that bro for the honest opinion. My blog, I'm quite sure that only be accessed by Malaysian or narrower, by the people around me. Barrack Obama might be too busy to log on to my blog as well as GAPENA, who is now very busy fighting for the demolish of eTEMS. So they don't have time to read as well as to complaint my language used in my blog. Don't they?

I am pure Temerloh...if I refuse to popularize my language, who else? Is my stand clear enough?

Koi : I am the master of my plan!

Tuesday, April 21, 2009

Sukan sekoloh koi...















Ni la gambor sukan sekolah koi, ari Ahad baru ni ( 19.04.09 ). Gambo memula tu masa ngacuh padang membuat urat...line la maksudnya. Ramai lagi kuncu-menguncu ( tak tahu sape kuncu sape ) tapi yang ada dalam gambor ni sorang bedua je. Tak payoh la ramai ngat, ye dak?
Koi tu mempedo'oh je...bekelip je kemera, rata dah tempurung nyor te lutu dek koi. Yang baju kuning belakang tu kebetulan je dia melintas, mak dia suruh pegi kedai, beli gula. Enterframe la tu....

Gambor bebudok ramai-ramai tu masa Hari Sukan sebeno la tu. ah...malaslah cerita!

Air Keruh Datang Lagi


Pagi tadi koi balik koi tengok air sungai dah keruh, sekaligus bermakna koi kena menyediakan penampal luka secukupnya. Apa perlunya penampal luka? Untuk persediaan kalau-kalau terkena sengat baung kat jari!

Tak paham betul koi dengan perangai ikan ni. Ada ikan yang makan masa air jernih, contohnya terbul. Ada yang makan masa air kelabu-kelabu, macam ikan lais contohnya. Baung ni pulak makan masa air betul-betul keruh. Ada ikan terus tak makan lansung. Contohnya patung ikan.

Baung-baung yang koi pamerkan ( dalam gambar ) tu koi dapat dalam tempoh tak sampai dua jam ketika air mula-mula naik dan betul-betul keruh. Bila air dah mula berhenti naik dan mulai bergerak surut, baung dah tak makan lagi dah. Pelik, kan?

Tak pelik lansung...Tuhan dah aturkan perjalanan setiap sesuatu atas muka bumi ni dengan baik dan tersusun. Kalau ikan hanya bergerak mencari makanan ketika air jernih dan surut, abis masa air keruh koi nak buat apa? Tak kan tak payah gi mancing kot. Mana boleh...mancing ni koi dah masukkan dalam buku rekod mengajar weh...Bila dah masuk buku rekod, maknanya dah jadi SKT. Kalau ujung tahun bos koi tengok banyak sesi memancing koi tak hadir, teruk la markah prestasi koi. Tak naik pangkat la koi!

Baung la spesis yang paling mudah dipancing. Hulur je...makan. Hulur je...makan. Ada masanya kalau malas sangat nak menyentak, kena suruk umpan. Kalau tidok, umpan dalam bekas pun dia naik makan. Apa koi buat dengan baung sebanyak itu? Soalan yang baik...KOI BUAT PENGAT!

Untuk sape-sape yang rasa lawo...



















Manusia berebut-rebut nak memilih yang lawo-lawo. Bini nak yang lawo, suami nak yang hensem-hensem. Berkawan nak dengan orang yang lawo-lawo je. Tak tau la apa yang ada dalam pemikiran manusia hari ni.

Sepatutnya ada kursus khas meneutralkan kembali keobsesan manusia terhadap yang lawo-lawo ni.. Buat pemulaan, gambor yang koi sediakan ni mungkin boleh menjadi pemangkin ke arah kesedaran baru dalam minda manusia
( kita ), cantik dan hensem tak membawa kita ke mana-mana dan tak bertahan selama-lamanya.

Kita kena tahu, sebalik wajah lawo, hensem, cantik dan macam-macam lagi yang seringkali mendorong kita menghina manusia lain, inilah kita sebenarnya. Yang ada disebalik semua kecantikan yang kita pilih itu adalah tengkorak kering seperti gambor di atas sana. Jesteru, bekawan la dengan sesiapa sahaja kerana tengkoraknya sama buruk je dengan tengkorak kita.

nota ibu jari kaki: Jangan Update Blog Sampai Tinggal Tengkorak!

Thursday, April 16, 2009

Anak Bapak!


Ni la anak jantan koi, Mohd Ammir Fahmi . 6 tahun umur dia dan sekarang belajar di Pra-sekolah di SK Triang 3.

Tak payoh la koi kabor ke awok hobi dia apa...tengok je la gambor yang koi letok kat sini. Dia lambat petang je, asal petang je...fishing, asal petang je, fishing. Takde kira ke koi ni penat ke, apa ke...yang dia tahu, petang dia nak pegi memancing. Koi ikutkan je selagi dia tak minta benda pelik-pelik yang tak bersesuaian dengan umur dia. Dah minat dia ke situ...apa nak kata.

Koi pernah juga bawak dia ke padang, tengok koi main bola terutamanya bila koi ada game. Lepas tu dia mula la sibuk nakkan kasut bola. Koi ikutkan jugak. Manalah tahu nanti dia minat bersukan, okey juga. Koi belikan Reebook. Banyak jugak la RM nya tapi dan la pakai 2 hari. Lepas tu taknak dah. Katanya licin dan nak yang baru. Tunjuknya pulak Nike yang 6 studs tu. Katanya kalau pakai yang kat bawahnya besi ( studs ) baru la tak licin. Okey la...koi beli. Porak peranda jugak la poket koi, tapi dah namanya anak. Rupanya sama jugak, dapat je kasut baru tu...pakailah dua hari. Lepas tu pakainya gi mancing. Dia ingat bapak dia cap duit apa? Lantak la...janji dia bahagia.

Koi cuba luangkan masa untuk dia walau sesibuk mana pun koi. Sebabnya mudah...koi tersentuh betul bila koi dengor lirik lagu ' Cats In The Cradle ' nyanyian Ugly Kids Joe. Ceritanya tentang anak yang akan mengikut seratus peratus acuan bagaimana kita membentuk mereka. Kalau dari kecil koi ajor dia yang koi ni sibuk dan takde masa untuk dia, besor nanti dia akan ulangi benda yang sama pada koi. Bior dia membesor depan mata koi dan mamanya dengan penuh rasa dihargai dan disayangi.

Hasilnya? Koi pening...sejak dia berusia setahun setengah, dia nak semua keperluannya disediakan oleh koi, bukan mamanya. Daripada bangun malam menyediakan susu, mandi, makan, serba-serbi lah semuanya koi. Bila dia besor, besiap nak ke sekolah, mengaji, atau bila nak ke mana-mana, semuanya nak dengan koi. Mama dia jadi mandur je la. Kalau mama dia pergi kursus, tak kira la berapa lama...tak pernah dia tanya. Tapi kalau koi takde...hanset kena tutup. Kalau tak, lima minit sekali berbunyi nanya ke koi bila nak balik.

Koi harus memberikan kredit untuk cikgu Pra Triang 3. Pada usianya 5 tahun, dia tak kenal satu huruf pun walaupun ke Tadika hari-hari. Koi tahu bukannya cikgu tadika tak berusaha tapi anak koi yang malas. Dan koi rasa gembira bila selepas 4 bulan dia di Pra, dia dahpun boleh membaca! Alhamdulillah... and tkanks a lot, cikgu!

Koi dan mamanya tak minta banyak dari dia...cukup la kalau besor nanti dia jadi manusia!

Nota ibu jari : Kepada mak-mak ayah yang sibuk, cari la lagu Cats In The Cradle nyanyian Ugly Kids Joe. Dengor dan fahamkan baik-baik.