Saturday, April 11, 2009

The beginning...


These are our beginning...

Bermulanya cerita kami dari dua orang tua ini. Yang lelakinya tak sehensem David Beckham dan yang perempuannya tak secantik bidadari. Tapi kami bangga, kalaulah tidak kerana mereka, tiada lah kami di sini.

Di sinilah kami bermula. Ceritanya sama...cuma mungkin perjalanannya yang berbeza-beza. Mereka tidak pernah mengeluh membesarkan 8 putera dan satu puteri yang setiap seorangnya tak serupa orang kelakuannya.

Tidak pernah mengadu penat, mintalah apa-apa, pada bila-bila masa. Andai mampu diada, akan diusaha.

Mereka dulunya bermula berdua...lalu ditentukan melalui hidup dengan putera dan puteri yang membuatkan rumah sentiasa huru hara, dan kini kembali berdua bila putera puterinya dan membawa haluan ke merata hala.

Betapalah tersenyumnya mereka bila dijenguk sekali sekala, menyaksikan cucunda-cucunda melompat ke sini sana. Tidak sukar diteka bahagianya mereka, bila putera dan puteri meletakkan mereka tinggi di puncak rasa. Cucunda-cucunda pula mengambil alih tugas menyusahkan mereka!

Letaklah matahari di tangan kanan kami, dan bulan di tangan kiri, takkan mampu menukar "orang tua" berdua ini.

Ya Allah, kurniakan mereka sejahtera!

No comments:

Post a Comment