Tuesday, April 14, 2009

Kadang-kadang tak daya juge...

Hari ini TV bebayor menayangkan cerita anak-anak muda menghadiri uji bakat untuk menjadi artis program realiti. Koi sangat jarang menonton cerita-cerita gitu...minat koi terhadap muzik dan hiburan ni sangat terhad. Lagi pun program realiti ni dah koi declare sebagai my number one enemy! Sebabnya? Buat dek program ni la koi tak dapat nengok bola TV1, ala...Super League yang main macam budak Darjah Satu tu la...tak kan tak tau!

Sambung balik tentang ujibakat tadi. Bila koi tengok betui-betui, koi tak nampok bakat dan kesungguhan, tapi yang koi nampok keinginan pandir yang tak dapat ditahan-tahan nak jadi penyanyi. Mana yang suara gaya katak tertelan kabait, mana yang mekap gaya tokey opera, semuanya ghairah nak jadi penyanyi. Jangan tak tau, ada yang tudung atas kepala tapi suruh dek 'penemuduga' berjoget, apa nok kabor. Lupa ke dunia! Alasannya, nak membantu keluarga. Kesiannya la koi nengokkan, punya la makmurnya Malaysia ni, macam-macam menda boleh buat, ke situ kemaruknya budak-budak kita.

Koi ingat kehairanan koi habis di situ je, rupenya tak. Ada la pulak laporan menunjukkan mak ayah ' bakal pelajar akademi' menangis-nangis dan tak berhenti-henti mengucapkan syukur apabila anak daranya terpilih sebagai calon 'pelajar'. Kembang lalu tekok koi. Apa ni? Beresak tangis la kononnya depan kamera bila terpaksa berpisah dengan anak yang nak pergi ' menimba ilmu'. Agaknya dua tiga hari sebelum anak masuk akademi, mak tak duduk diam dah membayangkan gone la rupa bentuknya kulit album anak ni esok bila dah jadi artis. Ayah pulak gi kedai main berlari je dah, nak membelikan anak dye rambut. Ye lah, anak nak masuk akademi, takkan dengan rambut tak berkaler. Mana ada kelas!

Pun pelik koi tak habis setakat tu je. Kata dek penonton setia program ni ( bini koi la...) ada yang dah masuk universiti sanggup tangguhkan pengajian sebab terpilih menyertai akademi ni. Patutla...tak reti la koi mentafsir kegilaan orang-orang sekarang ni. Tahniah la untuk mak ayah yang berfikiran demikian, latih la anak-anak sejak kecil bior nanti bila besor sikit diorang tak la kekok berdepan dengan penonton, dan menyanyi dengan mikrofon.

Boleh dah mengumpul dye rambut pelbagai warna bermula sekarang...esok-esok manalah tau dye habis di pasaran...tak 'jangok' la pulok anok kita.

Koi : Kalau koi menyanyi, pecoh perut katok suka.

No comments:

Post a Comment