Wednesday, April 15, 2009

PPSMI dari sisi seorang guru...















Kalau kebanyakkan tulisan saya sebelum ini banyak merapu tentang minat dan pendedahan terhadap aliran cara fikir saya, kali ini saya mahu dilihat dari sisi yang lain, seorang guru Bahasa Inggeris.Isunya pula tentang PPSMI, satu perkara yang sudah begitu tenat dipolitikkan. Perjuangannya berkisar kepada kedaulatan Bahasa Melayu, konon katanya penggunaan Bahasa Inggeris akan menenggelamkan bahasa ibunda kita itu.

Di sini saya catatkan kata-kata 'pejuang bahasa' yang saban hari tanpa jemu memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu.

Pejuang A : " Koi tak bekenan lalu ke eTem ni. Esok-esok anok-anok kite Bahasa Melayu pun puntang panting buat dek seme mende nok diajor dalam Bahase Inggeris ".

Pejuang B : " Hawau lahabau punya Bahasa Inggeris, maruah Melayu tercabau dan tercalau ".

Pejuang C : " Banggo sangak ko Bahso Inggeris, oghe Melayu doh nok mapuh dah dio tok tahu".

Pejuang D : "Depa tak tau sat lagi Bahasa Melayu oghang pakat lupa. Tadak sapa nak ambik peduli. Yang depa dok ghalit bercakap kut Bahasa Inggeris, haghu...haghu..."

Pejuang E : " Aku dok setuju setarang abaroh puok-puok ni duk ngajor dalang Bahse Inggerih. Bahse Melayu duk cacang situ nak wak guane gamok?".

Dah baca? Mana daulatnya Bahasa Melayu yang diperjuangkan? Saya tak nampak pun...yang ternampak di mata saya ialah kata-kata klise yang telah diprogramkan. Tidak bolehkan kalau eTems ini kita terima dari sudut ilmu dan kepentingannya kepada wajah-wajah bersih di sekeliling saya di dalam gambar di atas. Rugi ke kalau kita menguasai bahasa lebih dari bahasa ibunda? Bukankah junjungan kita Nabi Muhammad SAW bersabda " tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China". Atau kita sekadar mengulang apa yang kita dengar di mana-mana? Jadi belatuk hutan la kita...

No comments:

Post a Comment